Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Sunday 30 November 2014

Garisan Halus : Bab 2

Bab 2 : Garisan Halus
   
“Assalamualaikum..”
    Aku memberi salam. Sungguh aku tidak sangka yang aku berani untuk bertemu dengan Ahfaz. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu apa tujuan aku datang ke sini tetapi selepas sahaja bertemu dengan Ustazah Shuhada tadi terus saja aku ke sini. Ajaib sungguh. Apa agaknya ustazah jampi kepada aku ni?

“Waalaikumussalam, kejap ye.” Entah suara siapa yang menjawab salam. Aku berharap bukan Si Rahimah ‘jet suci’ itu.

“Eh, Aminah?” Nasib aku baik harini. Ahfaz yang membuka pintu. Kalau Si Jet Suci tu yang buka pintu tadi, sah-sah aku lari.

“Ye, akulah. Kenape? Aku comel sangat ke sampai kau terkejut tengok aku?” Kenapa agaknya aku tidak cuba berkata-kata dengan nada yang lebih mesra. Alahai, memang aku ni cari nahas kat depan bilik orang lain.

“Ye, engkau nampak comel bertudung menutupi dada. Marilah masuk. Tak perlu risau, Rahimah takde.”

  Aku mengambil tempat untuk duduk di sebuah katil kosong yang kemas dan rapi. Katil Jet Suci ke ni? Getus hati aku.

“Ye, itu katil Rahimah. Pandai kau teka.”

“Haaa? Kau boleh baca apa yang aku fikirke?”

“Takdelah. Cara kau termenung pun aku dah boleh agak. Ha, engkau ada ape datang sini? Ade masalah yang engkau nak kongsikan ke? Atau ade benda yang engkau musykil bab-bab fekah ni?”

“Eh, tak ! Bukan sebab tu aku datang. Kalau bab-bab fekah aku straight away je tanya Ustazah Shuhada,”

“Oh, habistu?”

“Aku nak..nak mintak maaf dengan engkau,”

“Mintak maaf dengan aku? Kenape? Kau mengumpat aku ekk,”
   
 Aku tidak berasa ganjil apabila berbual dengan Ahfaz. Dia sangat mesra walaupun selama ini surat teguran yang aku terima langsung tidak bernada kemesraan. Dia memaafkan aku atas kesalahan aku bersangka buruk. Dia juga meminta maaf kerana merahsiakan perkahwinannya itu dan tidak bertegur sapa dengan aku selama ini.

“Sebenarnya, aku juga nak minta maaf atas kekasaran Rahimah selama ini kat kau. Aku rasa dia sebenarnya tak berniat pun nak buat macam tu,”

“Ah, aku tak kisah pun . Apa yang penting, aku terima nasihat-nasihat dia walaupun sakit untuk aku terima. Memang salah aku pun tapi aku harap engkau tolong aku ya dalam perubahan aku ni,”

“InsyaAllah, selagi aku masih hidup selagi itulah aku akan bantu engkau,”

“Terima kasih Puan Ahfaz. Hehe.”

“Eh, tuanya gelaran puan tu!”

................................

    
“Aisyah, kau tak teringin ke nak pakai niqab?”

“Niqab? Tingginya harapan engkau nak suruh aku berniqab Mina oi,”

“Takdelah. Engkau tu aku tengok, macam sempurna je. Tak salahkan engkau nak ke step seterusnya?”

“Tak naklah aku. Bagi aku, aku pandang orang yang berniqab ni punya ilmu yang banyak. Memang aku respect orang yang berniqab ni. Aku ni banyak lagi kelemahannya. Gelak pun masih kuat terbahak-bahak lagi macam manalah nak berniqab,”

“Oh, begitu rupanya. Aku pun teringin juga nak tengok kau pakai niqab. Saje je,”

“Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal ni?”

“Takdelah. Aku tengok senior-senior kita yang berniqab tu lawa sungguh. Aku nampak muka diorang waktu tengah makan tadi. Kalau aku jadi lelaki, dah lama cair doh!”

“Haha! Engkau ni lah. Itulah yang aku takut. Kalau engkau sendiri sebagai perempuan pun dah cair apatah lagi lelaki. Aku tak mampu nak kawal. Aku tak kuat macam tu. Macam mana kalau ade lelaki tackle aku ke, aku cair macam mana?”

“Sape yang nak kat engkau. Setakat ni pakwe pun takde. Haha!”

So mean !”
.......................

   
“Engkau mesej dengan sape tu Ahfaz? Aliff ke?” Soal Rahimah dengan nada yang tegas.

“Eh, taklah . Aliff sibuk kerja,”

“Habistu? Sejak bila kau pandai mesej selain daripada Aliff ni?”

“Ini em kawan aku. Kawan sekolah rendah, jumpe balik waktu keluar outing haritu,”

“Oh, ok”
    
Ahfaz merahsiakan persahabatannya dengan aku. Aku tahu itu. Aku sendiri yang minta supaya dia merahsiakannya. Aku tak nak Rahimah menjadi penghalang kami berkawan.

“Aku gagal,” Tiba-tiba Rahimah bersuara.

Gagal apenya?”

“Aku gagal mengawal hati aku untuk tidak jatuh cinta terhadap ajnabi,”

“Rahimah, jatuh cinta itu fitrah manusia. Allah berikan kita rasa cinta itu untuk menguji kita sejauh mana kita boleh bertahan untuk tidak terjebak ke lembah zina,”

“Itu yang aku takut,”

“Sape dia? Aku kenal ke? Pelajar sini ke?”

“Zharif,”

“Zharif?! Engkau biar betul Rahimah ! Setegas-tegas engkau ni kau boleh jatuh cinta kat lelaki yang emm playboy macam tu?”

“Aku nak solat. Assalamualaikum”
   
 Rahimah meninggalkan Ahfaz terpinga-terpinga. Ahfaz sungguh tidak sangka bahawa Rahimah seorang muslimah yang sangat tegas pendiriannya mampu jatuh hati kepada lelaki yang sebegitu. Zharif juga merupakan pelajar kolej yang sama. Dia mempunyai perwatakan yang amat buruk kerana dia sering dipanggil ke bilik kaunseling. Dia juga merupakan seorang kasanova. Lelaki yang mampu memikat sesiapa sahaja wanita yang ingin didekatinya.

....................................

“Andaiku tahu, kapan tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku..”
   
 Aku menyanyi sendirian. Memang sedap sangat suara aku ni. Hai, kenapalah aku tak ujibakat AF haritu. Kalau tidak, boleh kalahkan Firman doh !

“Tak sedap pun suara engkau. Sedap lagi suara engkau kalau baca Al-Quran. Dah lama aku tak nampak engkau baca Al-Quran, sentuh pun tidak,”

“Eh, aku sentuhlah ! Waktu nak solat aku selalu sentuh Al-Quran. Aku malaslah. At least, aku sentuh juga daripada tak kan?”

“Aku rasa macam nak tonyoh je muke kau dengan sabun pencuci yang aku baru beli tadi. Pandainye engkau cakap. Engkau tahu tak, ade orang sehari dia tak baca Al-Quran pun hati dia dah jadi gelisah. Rasa macam tak tentu arah. Kita ni macam mana? Daripada hari-hari engkau cium gambar Jun Matsumo tu baiklah engkau cium Al-Quran tu. Dialah yang nak tolong kita kat akhirat nanti. DIA! Takde sape dah yang boleh tolong kita tapi kita ni nak ke bantuan dia? Kita kata kita nak, hasilnya kita tak cuba pun cari dia untuk minta bantuan?”

    
Tanpa aku sedari, Aisyah menitiskan air matanya. Aku sedar salah aku. Lama dah aku tak baca Al-Quran tu. Aisyah memang baik. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku seorang sahabat yang sangat baik. Tanpa dia, aku hilang arah ya Allah. Aku hilang.

.............................

Alhamdulillah, ini penulisan Hana yang kedua. Moga-moga bermanfaat. Bagi yang tak baca lagi Bab 1. Boleh tekan sini . Garisan Halus : Bab 1

0 comment: