Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Sunday 30 November 2014

Garisan Halus : Bab 2

Bab 2 : Garisan Halus
   
“Assalamualaikum..”
    Aku memberi salam. Sungguh aku tidak sangka yang aku berani untuk bertemu dengan Ahfaz. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu apa tujuan aku datang ke sini tetapi selepas sahaja bertemu dengan Ustazah Shuhada tadi terus saja aku ke sini. Ajaib sungguh. Apa agaknya ustazah jampi kepada aku ni?

“Waalaikumussalam, kejap ye.” Entah suara siapa yang menjawab salam. Aku berharap bukan Si Rahimah ‘jet suci’ itu.

“Eh, Aminah?” Nasib aku baik harini. Ahfaz yang membuka pintu. Kalau Si Jet Suci tu yang buka pintu tadi, sah-sah aku lari.

“Ye, akulah. Kenape? Aku comel sangat ke sampai kau terkejut tengok aku?” Kenapa agaknya aku tidak cuba berkata-kata dengan nada yang lebih mesra. Alahai, memang aku ni cari nahas kat depan bilik orang lain.

“Ye, engkau nampak comel bertudung menutupi dada. Marilah masuk. Tak perlu risau, Rahimah takde.”

  Aku mengambil tempat untuk duduk di sebuah katil kosong yang kemas dan rapi. Katil Jet Suci ke ni? Getus hati aku.

“Ye, itu katil Rahimah. Pandai kau teka.”

“Haaa? Kau boleh baca apa yang aku fikirke?”

“Takdelah. Cara kau termenung pun aku dah boleh agak. Ha, engkau ada ape datang sini? Ade masalah yang engkau nak kongsikan ke? Atau ade benda yang engkau musykil bab-bab fekah ni?”

“Eh, tak ! Bukan sebab tu aku datang. Kalau bab-bab fekah aku straight away je tanya Ustazah Shuhada,”

“Oh, habistu?”

“Aku nak..nak mintak maaf dengan engkau,”

“Mintak maaf dengan aku? Kenape? Kau mengumpat aku ekk,”
   
 Aku tidak berasa ganjil apabila berbual dengan Ahfaz. Dia sangat mesra walaupun selama ini surat teguran yang aku terima langsung tidak bernada kemesraan. Dia memaafkan aku atas kesalahan aku bersangka buruk. Dia juga meminta maaf kerana merahsiakan perkahwinannya itu dan tidak bertegur sapa dengan aku selama ini.

“Sebenarnya, aku juga nak minta maaf atas kekasaran Rahimah selama ini kat kau. Aku rasa dia sebenarnya tak berniat pun nak buat macam tu,”

“Ah, aku tak kisah pun . Apa yang penting, aku terima nasihat-nasihat dia walaupun sakit untuk aku terima. Memang salah aku pun tapi aku harap engkau tolong aku ya dalam perubahan aku ni,”

“InsyaAllah, selagi aku masih hidup selagi itulah aku akan bantu engkau,”

“Terima kasih Puan Ahfaz. Hehe.”

“Eh, tuanya gelaran puan tu!”

................................

    
“Aisyah, kau tak teringin ke nak pakai niqab?”

“Niqab? Tingginya harapan engkau nak suruh aku berniqab Mina oi,”

“Takdelah. Engkau tu aku tengok, macam sempurna je. Tak salahkan engkau nak ke step seterusnya?”

“Tak naklah aku. Bagi aku, aku pandang orang yang berniqab ni punya ilmu yang banyak. Memang aku respect orang yang berniqab ni. Aku ni banyak lagi kelemahannya. Gelak pun masih kuat terbahak-bahak lagi macam manalah nak berniqab,”

“Oh, begitu rupanya. Aku pun teringin juga nak tengok kau pakai niqab. Saje je,”

“Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal ni?”

“Takdelah. Aku tengok senior-senior kita yang berniqab tu lawa sungguh. Aku nampak muka diorang waktu tengah makan tadi. Kalau aku jadi lelaki, dah lama cair doh!”

“Haha! Engkau ni lah. Itulah yang aku takut. Kalau engkau sendiri sebagai perempuan pun dah cair apatah lagi lelaki. Aku tak mampu nak kawal. Aku tak kuat macam tu. Macam mana kalau ade lelaki tackle aku ke, aku cair macam mana?”

“Sape yang nak kat engkau. Setakat ni pakwe pun takde. Haha!”

So mean !”
.......................

   
“Engkau mesej dengan sape tu Ahfaz? Aliff ke?” Soal Rahimah dengan nada yang tegas.

“Eh, taklah . Aliff sibuk kerja,”

“Habistu? Sejak bila kau pandai mesej selain daripada Aliff ni?”

“Ini em kawan aku. Kawan sekolah rendah, jumpe balik waktu keluar outing haritu,”

“Oh, ok”
    
Ahfaz merahsiakan persahabatannya dengan aku. Aku tahu itu. Aku sendiri yang minta supaya dia merahsiakannya. Aku tak nak Rahimah menjadi penghalang kami berkawan.

“Aku gagal,” Tiba-tiba Rahimah bersuara.

Gagal apenya?”

“Aku gagal mengawal hati aku untuk tidak jatuh cinta terhadap ajnabi,”

“Rahimah, jatuh cinta itu fitrah manusia. Allah berikan kita rasa cinta itu untuk menguji kita sejauh mana kita boleh bertahan untuk tidak terjebak ke lembah zina,”

“Itu yang aku takut,”

“Sape dia? Aku kenal ke? Pelajar sini ke?”

“Zharif,”

“Zharif?! Engkau biar betul Rahimah ! Setegas-tegas engkau ni kau boleh jatuh cinta kat lelaki yang emm playboy macam tu?”

“Aku nak solat. Assalamualaikum”
   
 Rahimah meninggalkan Ahfaz terpinga-terpinga. Ahfaz sungguh tidak sangka bahawa Rahimah seorang muslimah yang sangat tegas pendiriannya mampu jatuh hati kepada lelaki yang sebegitu. Zharif juga merupakan pelajar kolej yang sama. Dia mempunyai perwatakan yang amat buruk kerana dia sering dipanggil ke bilik kaunseling. Dia juga merupakan seorang kasanova. Lelaki yang mampu memikat sesiapa sahaja wanita yang ingin didekatinya.

....................................

“Andaiku tahu, kapan tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku..”
   
 Aku menyanyi sendirian. Memang sedap sangat suara aku ni. Hai, kenapalah aku tak ujibakat AF haritu. Kalau tidak, boleh kalahkan Firman doh !

“Tak sedap pun suara engkau. Sedap lagi suara engkau kalau baca Al-Quran. Dah lama aku tak nampak engkau baca Al-Quran, sentuh pun tidak,”

“Eh, aku sentuhlah ! Waktu nak solat aku selalu sentuh Al-Quran. Aku malaslah. At least, aku sentuh juga daripada tak kan?”

“Aku rasa macam nak tonyoh je muke kau dengan sabun pencuci yang aku baru beli tadi. Pandainye engkau cakap. Engkau tahu tak, ade orang sehari dia tak baca Al-Quran pun hati dia dah jadi gelisah. Rasa macam tak tentu arah. Kita ni macam mana? Daripada hari-hari engkau cium gambar Jun Matsumo tu baiklah engkau cium Al-Quran tu. Dialah yang nak tolong kita kat akhirat nanti. DIA! Takde sape dah yang boleh tolong kita tapi kita ni nak ke bantuan dia? Kita kata kita nak, hasilnya kita tak cuba pun cari dia untuk minta bantuan?”

    
Tanpa aku sedari, Aisyah menitiskan air matanya. Aku sedar salah aku. Lama dah aku tak baca Al-Quran tu. Aisyah memang baik. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku seorang sahabat yang sangat baik. Tanpa dia, aku hilang arah ya Allah. Aku hilang.

.............................

Alhamdulillah, ini penulisan Hana yang kedua. Moga-moga bermanfaat. Bagi yang tak baca lagi Bab 1. Boleh tekan sini . Garisan Halus : Bab 1
Friday 28 November 2014

Garisan Halus : Bab 1

    Perempuan ‘brutal’. Ya, itu aku. Mereka gelarkan aku dengan nama itu. Mungkin sebab aku tidak bertudung labuh seperti mereka, aku tidak baik seperti mereka, aku juga jarang menunaikan  solat fardhu. Pokoknya, apa yang tidak baik semuanya ada pada diriku. Nak salahkan siapa? Salah diri sendiri juga yang tidak mahu berubah. Memang layak pun aku digelar sebegitu rupa.
   
“Hai Mina, termenung panjang nampak. Teringat pakwe ke?” sapa Aisyah.

Aisyah, sedap namanya. Teringat aku tentang Sayidatina Aisyah r.a isteri Rasulullah S.A.W. Baik orangnya dan gigih mencari ilmu. Eh, aku tahu siapa isteri nabi? Mestilah aku tahu. Sejahat –jahat aku, aku masih lagi berilmu cuma sayang aku tak menggunakan ilmu aku.
   
“Takdelah, engkau ni asal nampak aku termenung je teringat pakwe. Aku ni takdelah 24 jam nak ingat lelaki. Aku ni masih waraslah. Daripada ingat lelaki je lebih baik aku berzikir ye dak,” jawab aku.

Entah kenapa kadang-kadang aku agak terkilan dengan sahabat aku sendiri. Mungkin dia sekadar bergurau tetapi guraunnya seolah-olah menghina aku. Apa jahat sangatkah aku ni sampaikan setiap masa aku nak fikir pasal ajnabi?
    
“Wah, pandai jugak kau ni menjawab ! Hehe, aku bergurau je. Jangan ambil hati. Aku tahu engkau tak macam tu. Engkau ada masalah ke? Em, diorang ada hantar surat teguran lagi ke?”

“Ada. Atas meja tu. Bacalah. Aku malas dah nak ambil tahu.”
    
Surat teguran? Apa tu? Itulah surat yang hampir setiap minggu aku terima daripada sekumpulan ahli-ahli badar yang ‘bajet suci’. Jahatkkah aku menggelarkan mereka begitu? Kadang-kadang aku dapat rasakan gelaran itu memang patut diberikan kepada mereka. Ya, memang aku jahat tetapi sejahat-jahat aku, aku tidak akan menghina orang lain di khalayak ramai. Jahat-jahat aku, kalau tegur orang berhikmah macam yang dipesan Rasulullah. Apa mereka fikir surat begini mampu mengubah aku? Tidak. Mereka mengherdik aku seolah-olah merekalah yang paling baik. Aku perlukan pebimbing bukan penghina.
  
“Sabar Mina, mari aku bacakan apa yang diorang tulis kali ni,” lembut Aisyah bertutur supaya aku bersabar.

“Assalamualaikum gadis bandar brutal, kitorang dah penatlah nak tegur engkau. Kau  ni masih tak reti-reti lagi nak berubah. Kitorang dah cakap dah, jangan bawak ajnabi datang ke kawasan asrama. Dahtu main cuit-cuit pulak. Ingat kolej ni bapak kau punya ke? Sakit mata kami memandang. Astagfirullahalazim, berubahlah Aminah ! Dahtu, semalam kami nampak kau tak pakai sarung kaki keluar asrama. Cantik sangat ke kaki tu nak tayang kat lelaki? Sekian teguran kali ni. –Ahli badar Kolej Islam Anjung Tasik, Rahimah.”

“Allahuakhabar, pedih kataa-kata ini. Siapa lelaki yang dimaksudkan Rahimah tu?” soal Aisyah setelah selesai membacakan isi surat tersebut.

“Abang aku.” Jawab aku ringkas. Aku mengeluh. Entah sampai bila mereka hendak bersangka buruk terhadap aku.

“Sabar Mina, aku paham perasaan kau. Aku pun tak tahu dah nak buat macam mana lagi. Diorang tu berkuasa. Em, kalau aku berkesempatan esok aku ceritakan perkara sebenar.” Sayu Aisyah berkata-kata. Mungkin dia dapat merasakan sakitnya hati aku apabila difitnah sedemikian rupa. Benarlah Islam mengajar kita supaya jangan bersangka buruk kerana jika tidak, inilah jadinya.

“Takpelah Aisyah, aku malas nak berbahas dengan diorang pasal benda ni. Takde gunanya. Esok aku nak jumpa Ustazah Shuhada. Ada benda aku nak bincang dengan dia.”

..........................
   
“Rahimah, engkau tak rasa ke yang surat kau hantar tu terlalu berkeras?” soal Ahfaz yang merupakan rakan sebilik Rahimah juga merangkap ahli badar.

“Berkeras? Aku rasa selama ni aku dah cukup berlembut dah dengan dia. Tak ubah-ubah jugak. Dahla solat pun malas. Nak jadi apa? Pelacur?” Rahimah berkata-kata dengan nada yang sengaja ditinggikan.

“Astagfirullahalazim Rahimah mengucap ! Tak baik kau doakan dia yang bukan-bukan. Kau ingat sikit, kau tu pegang amanah besar dalam badan dakwah ni. Jangan sampai kau pulak yang sama taraf dengan dia.”

“Nak jahat aku pun, aku ni 10 kali ganda lebih baik daripada dia. Aku takkan pernah jadi macam dia. Jangan samakan aku dengan dia !”
   
Rahimah bergegas keluar dari biliknya setelah selesai mengenakan hijabnya. Ahfaz hanya mampu beristigfar dan berdoa dalam hati moga-moga Rahimah dapat mengawal emosinya.
  
  Di sudut bilik A103, aku termenung sendiri. Dah boleh dendangkan lagu Aishah pula gamaknya. Termenungku sendiri, mengenang rindu tidak menentu. Ewah sedap juga suara aku ni, ngomel aku sendirian. Petang ini, cuaca agak dingin . Sudah beberapa hari hujan turun tanda rahmat Allah. Orang kata, waktu hujan-hujan macam inilah doa kita dimakbulkan. Aku nak berdoa apa ya agaknya? Berdoa bagi Si Rahimah tu jatuh longkang bagus juga. Kehkeh.
   
“Apa yang kau buat tu Mina?” Tegur Aisyah yang entah dari mana munculnya. Aisyah ni aneh orangnya. Dia mampu muncul di mana-mana sahaja waktu aku termenung. Ilmu apa agaknya yang dipakai?

“Daripada kau termenung tu, lebih baiklah kau berdoa waktu hujan-hujan macam ni,”

“Ha, yang itulah yang dari tadi aku tidak habis fikir. Aku nak berdoa apa agaknya. Aku ingat nak doa bagi Rahimah jatuh longkang je,”

“Engkau ni dah buang tebiat ke Mina? Mana ada doa yang tak baik macam tu dimakbulkan. Haih, cubelah doa yang baik-baik je kat orang. Ingat, sejahat-jahat mana pun orang kepada kita, kita tak boleh balas balik dengan kejahatan. Buatlah baik walaupun orang jahat dengan kita. Ingat tak nabi pesan? Jangan menyakiti kalau tidak mahu disakiti lagi,”

“Amboi, engkau ni bukan main tazkirah kat aku ! Haha ! Itulah engkau, aku dah suruh ujibakat Ustazah Pilihan haritu engkau taknak. Ha, sekarang engkau nak suruh aku jadi hakim pula. Aku tak reti nak judge kau ni ha ! Hehe.”

“Yeke? Aku boleh jadi ustazah ke? Haha. Engkau ni kan, ke situ pula. Aku ni tak penuh lagi ilmu di dada. Engkau kena tolong aku. Kita sama-sama bantu. Ha, nasihat aku tu dengarlah. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri pula ye,”

“Yelah. Aku tahu. Aku tak pernah lupa pun apa yang kau selalu nasihat kepada aku.”

...........................

   “Ya Ahfaz sayangku manis, sudah lama kita tidak bersua wahai kekasih pujaan hatiku,” sapa Aliff kepada Ahfaz.
    
Aliff merupakan kekasih Ahfaz sejak mereka kecil lagi. Ahfaz sebenarnya tidak suka mereka digelarkan pasangan kekasih. Cukup hanya sebagai teman walaupun perasaannya terhadap Aliff lebih daripada seorang teman. Namun baginya dia tidak mahu ada fitnah yang timbul antara mereka berdua.

“Assalamualaikum Aliff, belajar di Mesir pun masih tak tahu beri salam ke?” Tegur Ahfaz. Dia agak kecewa dengan sikap Aliff yang makin lama makin pelik sedangkan Aliff baru sahaja tamat pengajian di Universiti Al Azhar, Mesir. Sudah tentu ilmunya lebih tinggi berbanding Ahfaz.

“Waalaikumussalam warahmatullah, alahai maafkan abang ye sayang. Abang saje je nak bergurau. Masamnya muka, cuba senyum sikit. Senyum tu kan sedekah? Ni abang bawakan makanan untuk awak. Awak jangan lupa makan. Bagilah sikit kepada kawan-kawan asrama.”

“Abang buat apa datang sini? Tak manis orang tengok. Lain kali nak hantar makanan, kirim je kepada guard kat depan tu kan senang,”

“Alah, abang rindu kepada Ahfaz sebab itulah abang ajak jumpa. Pedulikan apa orang kata, kita bukannya buat maksiat pun.”

“Sudahlah abang, saya ambil makanan ni. Terima kasih, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”
   
Ahfaz pun beredar dan meninggalkan Aliff. Aliff bergegas masuk ke dalam keretanya dan menghilang dari pandangan mata. Tanpa mereka sedar, perbualan mereka itu didengari oleh Aminah.

‘Amboi, bukan main lagi jumpa pakwe. Aku jumpa abang je dah kena sound dengan korang. Yang korang tu jumpa pakwe, macam mana pulak? ‘ Getus hati aku.
 .......................

    “Yeke apa yang kamu nampak tu  Aminah?” Soal Ustazah Shuhada selepas aku menceritakan padanya tentang apa yang aku lihat sebentar tadi.

“Ye ustazah. Saya rasa sangat terkilan. Tegur saya tak boleh bawa ajnabi masuklah itulah inilah tapi diri sendiri buat macam itu. Sedangkan haritu saya bawa masuk abang saya.”

“Kamu tahu tak siapa lelaki itu?” Senyuman ustazah sewaktu itu sungguh manis. Senyuman itu mampu menyejukkan hati sesiapa sahaja yang sedang marah.

“Pakwe dia lah kot?"

“Astagfirullahalazim Aminah. Berapa kali ustazah dah pesan, kamu kena sentiasa husnudzon.”

“Husnudzon tu ape ustazah?”

“Husnudzon tu bersangka baik. Kalau kamu tak bersangka baik dengan orang maka orang takkan bersangka baik dengan kamu. Ha, kamu tahu tak lelaki yang jumpa Ahfaz tu sebenarnya suami dia. Mereka nikah gantung. Tetapi itulah, ustazah tak boleh nak salahkan kamu 100 peratus sebab bersangka buruk. Ahfaz sendiri yang merahsiakan ye dak.”

“Suami dia????!!! Biar betik. Aduh, kenapa dia layan suami dia macam ajnabi ustazah? Saya ingat boyfriend dia. Dia dah kawin rupanya.”

“Yelah, dia tak nak perkahwinannya diketahui. Dia takut menganggu konsentrasi dia untuk study walaupun sebenarnya ustazah tak berapa setuju dengan keputusan dia. Ada faham?”

“Oh, faham ustazah ! Saya dah salah sangkalah ni.”

“Takpa. Istigfar, buat solat taubat dan pergi minta maaf dengan tuan badan.”

“Haa?? Ustazah giler ke. Ada nak pergi buat baik dengan dia. Tak naklah saya,”

“Kalau kamu ikutkan sangat emosi, sampai bila pun kamu tak boleh berbaik dengan mereka,”


“Hmmm..”

-Sekadar penulisan pertama daripada Hana. Moga-moga bermanfaat ! Arigatou gozaimasu . -
Wednesday 26 November 2014

Kembali .

Hyep assalamualaikum !

Are you, are you
Coming to the tree
They strung up a man
They say who murdered three.
Strange things did happen here
No stranger would it be
If we met at midnight
In the hanging three.

Pernah dengar lagu ni? Sapa tengok Hunger Game:Mockingjay mesti tau punya.. Lagu ni mendalam woh maksud dia selain daripada berkaitan dengan cerita tu.

So its been a while tak bukak blog or in Japanese we call it 'sashiburi' . SPM alhamdulillah habis dah. Senang ka susah entahla susah gila kot. Haih, dah buat dah pun. Hana harap bolehla dapat yang terbaik. Hidup makin lama makin banyak pengalaman Hana dapat. Makin banyak ujian makin matanglah kita,

Keputusan Hana untuk pindah dari Mad Jiwa haritu keputusan yang Hana rasa baik sebabnya result Hana improve especially Chemistry. Masuk ja HSBM terus minat gila Chemist. Kalau dak tak minat langsung tapi seriously Cikgu Nadiah ajar paham gila. Sayang cikgu <3.

Sebenarnya Hana still rindu Mad Jiwa. Hana rindu Afiqah pastu duk rasa macam bila pindah sebab sakit tu macam suatu kesalahan. Rupa-rupanya tak menjadi kesalahan pun. Apa yang Allah tetapkan sungguh cantik, tinggal kita ja nak gilap ketetapan ya Rabb tu supaya sentiasa cantik dan tak berhabuk.

Tahun ni tak banyak sangat dugaan macam kat Form 4 dulu. Al maklumlah duduk rumah ja. Banyak pun dugaan sakit, dugaan pelajaran . Alhamdulillah semuanya cantik-cantik belaka ujian Tuhan bagi.
Hana pun dah makin pandai nak jaga perasaan sendiri supaya tak senang terasa. Hahaha.

Perubahan yang Hana nak buat lepas SPM ni, Hana nak berubah jadi lagi berilmu dalam bab agama, berubah dari segi penampilan supaya nampak lagi keperempuanan, nak renovate sikit muka semua bagi nampak elok. Apa pun keputusan Hana buat untuk bersaing pada masa depan..

Macam boring ehh kalini Hana cerita. Macam formal sangat pulak. Ahhh nanti kita buat syok-syok lagi nahh kat lain post. Jumaat ni nak pergi mandi dengan kawan-kawan kat The Carnival. Yeayyy^^

 Baju Hana besar. Hana tak gemok >0<

#HanaShuhadaSPM9A