Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Monday 30 May 2016

Resipi : Ayam Goreng Berkerak

Hyep assalamualaikum !

Sorry haritu janji nak share banyak resipi tapi alih-aih baru dua ja masuk kalini haha. Masak tu rajin yang tak rajinnya nak menulis balik apa yang kita masak. Kan kan. Korang pun mesti macam tulah. Ok harini memandangkan Hana rajin sikit ja pastu resipi kalini pun senang dan sangat simple so Hana rajinlah nak tulis.

Bahan-bahan

7 ketul ayam.
Dua biji telur.
Tepung jagung.
Rencah Maggie Cukup Rasa.
Garam secukupnya.
Lada hitam.

Cara-cara memasak

1. Lepas dah basuh ayam tu, korang salutkan ayam-ayam tadi tu dengan dua sudu tepung jagung. Nak lebih sikit pun takpa.

2. Lepastu pecahkan telur tadi tu atas ayam yang dah disalut dengan tepung jagung tu. Salutkan pulak dengan telur. Bagi celup-celuplah kena telur tu.

3. Dahtu buh garam cukup rasa and then buh Rencah Maggie Cukup Rasa ikut korangla nak buh banyak mana. Hana main campak ja. Tapi jangan banyak sangat kang masin pulak. Boleh ja tak pakai maggie cukup rasa ni. Kalau korang ada pilihan rencah lain yang korang selalu pakai pun boleh buh macam Known Pasti Sedap tu ka .

4.  Lepastu buh lada hitam kat atas ayam-ayam tu secukupnya. Lepastu goreng sampai garing ! Dah siap !


Kerak tak banyak sebab adik-adik dah telan.





Thursday 26 May 2016

Interview : Architecture in UKM

Hyep assalamualaikum !

Korang sihat? Kalau sihat ucapkan Alhamdulillah moga Allah kuatkan kudrat Hana dan korang dengan kesihatan yang baik tu untuk berterusan buat ibadah kepadaNya.

Hokey. Ha nak cerita sikitlah. Semalam 25/5/2016 Hana pergi interview program sarjanamuda sains seni bina (architecture) kat UKM. Actually that one was my second choice. First choice major in physics kat UKM jugak tapi rezeki Allah bagi pi iv untuk archi.

Banyak gila dugaan nak pi iv ni. Asyik kena marah ja dengan mak abah. Dengan abang. Sebab Hana tak sahkan sijil salinan lah lepastu tak bawak sijil sokongan lah . Huhu k but then iv tu berakhir dengan baik. Hana punyalah hafal prospect archi lah, famous archi, maksud architect maksud term-term bagai sebab tengok blog budak Uitm yang architecture kan banyak depa tulis depa iv dapat soalan cemtu. Mai kat iv, lecturers smua baik-baik dahtu just suruh cerita pasal diri sendiri. So masing-masing cerita pasal diri sendiri ja lah. Kami sekali iv 4 orang kena panggil.

Hana sebenarnya berat sikit nak go on course ni sebab ramai lelaki. Aduh susah weyh. Even abang Hana pun cakap budak archi ni kadang tidur kat studio and depa sosial lah gak. So Hana macam hmmmm entahlah. Hana berserah pada Allah. Mungkin Hana still nak letak first choice untuk UPU fasa 2 ni Physics jugak. Sebab lecturer tu kata iv ni mcm pra syarat ja and dia pun boleh support kita untuk masuk course lain. Apa-apa pun Hana memang impikan nak masuk UKM sebab dah terbiasa duk hantar abang apa semua and environment dia Hana suka. So kena berdoa banyaklah nampak gayanya. Anyway good luck semua yang bakal pi iv kat mana-mana. Moga Allah permudahkan urusakan kalian.

*tatau cemana nak jadi arkitek dengan badan yang kecil.
*muka penat
Sunday 22 May 2016

Anime Festival ! : Magical Summer

Hyep assalamualaikum !

Yang tengah cuti tu buat apa ja cuti ni? Mesti korang bosan kan? Korang tak pergi ke Anime Festival? Gempah ah banyak cosplay. Tapi hati-hati dengan cosplay yang seksi-seksi. Al-maklumlah anime kan. Tadi Hana ajak adik pergi festival tu. Kat Dewan Sri Pinang, Penang. Banyak cosplay ! Kawaii nee~ Tapi cosplay Usui Takumi tadak. Sedih huhu. Banyak cosplay yang Hana tak berapa familiar sangat. Ada jualan CD anime discount siap 50% lagi tuu. Dari awal episod smpai habis. Tapi duit tadak. Ticket nak masuk ja dah rm15. Next year maybe ada lagi. So kita tunggu next year lah haha.


Kawaii ne~~ Baru Hana sedar Hana ni kecik ja sebenarnya. Huhu. Gadis ni Hana taktau watak cita apa. Dia orang mana pun Hana taktau. Cakap english mcm tak faham. Cakap melayu lagi lah dak. Cakap jepun pun lagi macam tak faham. 

Yosh !


Kame kame haa !!


Ni tatau watak apa. Macam pernah nampak. Hehe terasa tinggi pulak sebab dia ni pendek.

ok until now sayounara guys !
Saturday 14 May 2016

Kawan : Bukan cerminan kita

Hyep assalamualaikum!

Pernah dengar tak atau baca kat mana-mana yang sahabat tu adalah cerminan pada diri kita. Siapa sahabat kita, itulah kita. Tak kira dia tu otak masuk ayaq ka, cakap banyak ka, kaki mengumpat ka, kaki bodek ka, kaki gossip ka, suka tolong orang, cepat kesian, alim ka apa ka semua tu apa-apa saja yang ada pada kawan kita walau tak semua tu menggambarkan diri kita yang sebenar.



Tapi apa yang Hana nak kongsi harini kat korang pasal kawan. Kawan yang bukan cerminan kita. Maksudnya kita tak boleh nak rapat dengan dia. Setakat kawan biasa-biasa ja bolehla. Tak sampai ke tahap sahabat lagi. Jadi cuba korang fikir, kadang-kadang kenapa dalam kehidupan kita nih, kita ada sahabat, memang rapat gila ah, tapi lepas masing-masing sambung belajar tempat lain atau sambung kerja tempat lain dah tak rapat. Contact pun tak ! Kadang contact pun dah macam tak sehaluan. Dah tak masuk. Kita dan dia dah macam stranger !

Waktu tu mulalah korang fikir, aku yang dah berubah atau dia yang dah berubah. Sebenarnya cuba fikir balik, kadang takda siapa pun yang berubah. Cuma kau dengan dia sebenarnya bukan cerminan pada diri masing-masing. Mungkin dari awal sebenarnya dia dan kau takda cerminan tu tapi sebabkan korang masing-masing perlukan each other so korang pun bertahan sampailah waktu memisahkan korang.



Yalah cuba korang fikir, kadang kawan korang tu kaki mengumpat. Tapi korang tak macam tu pun. Kalau boleh time dia nak mengumpat tu kononnya nak luahkan kat korang, korang pun macam malas ja nak dengar. Kadang ada yang berani bagi nasihat, tak baik cakap pasal orang and kawan korang pun macam ok. Tengok, dia bukan cerminan pada kau.

Ada part lagi, kau jenis yang rajin study tapi kawan kau tak. So dia banyak habiskan masa dia lepak ke cemana kau pulak stay dalam bilik untuk study. Jenis yang rajin study nih mestilah nak tegur kan kawan kalau tak study suruh study tapi kawan kau tanak dengar cakap. So gaduh sikit tapi bertahan sebab kau perlukan dia dan dia perlukan kau. Tengok, dia bukan cerminan pada kau.



Ada kes kau pulak bukan cerminan pada orang tu. Kau sayang dia. Dia pun sayang kau. Tapi kau tak macam dia. Dia baik, alim semua. Kau biasa je. Kadang kalau dia ajak kau pergi surau ke contohnya. Atau dia ajak kau buat benda-benda baik, kau tanak ikut. Kau malas. Lama-lama kau dan dia renggang. Dalam kes ni kita yang bukan cerminan pada dia. Kita yang tinggalkan dia dalam kita tak sedar. Bukan dia yang tinggalkan kita. Sebab tu orang baik-baik ni, kau kena buat kawan. Jadikan orang soleh solehah ni kawan korang. Sebab depa ni boleh tolong korang masuk syurga nanti.

Selalunya orang baik-baik ni takkan tinggalkan kita melainkan kita yang tinggalkan depa. Kita yang tamau ikut depa. Ingat, walaupun kita tak mampu buat amalan macam diorang, just dampingi depa sebab depa ni mampu bentuk kita jadi orang baik-baik.

So Hana nak bukak minda korang ! Macam mana Hana cuba bukak minda Hana. Korang pun kena cuba. Jangan salahkan sesiapa kalau kau dan kawan kau dah tak sehaluan. Cuba lihat diri kita. Mungkin kita bukan cerminan pada dia atau dia bukan cerminan pada kita. Kalau kita yang buruk, perbaiki salah kita. Kalau kawan kau yang buruk, kau jangan salahkan dia, salahkan diri sebab tak mampu bentuk kawan kau jadi baik. Jadi selama kau perbaiki diri, Allah akan temukan kau dengan cerminan kau.

Jangan berhenti, jangan give up untuk carik sahabat yang punya cermin kau tu. Dia pegang cermin yang kau pegang jugak. Ada. Dia ada mencari kau jugak. ;)

#mogabermanfaat
Wednesday 11 May 2016

Resipi Udang Butter Cheese

Hyep assalamualaikum!

Harini Hana nak share resipi paling senang untuk masak udang. Mestilah udang masak butter plus cheese ! Yang baru nak belajar masak pun boleh je masak udang butter ni tau.

Bahan-bahan

Buttercup (dalam 1/4)
Cili padi 3 (saiz kecil, boleh tambah kalau nak pedas lagi)
Bawang putih 3 ulas (boleh tambah kalau suka)
Udang 16 ekor.
Susu sejat.
Sekeping cheese keping.(cheese Mozarella, Cheddar ke yang bukan jenis kepingan pun boleh)

Cara-cara memasak

1. Sediakan bahan untuk tumis dulu macam cili padi dan bawang putih yang korang dah hiris. Tumiskan bawang putih dan cili padi tadi. Tumiskan dengan minyak boleh, dengan butter pun boleh. Buh butter cukup untuk tumiskan bahan tumisan tadi dulu. *kalau guna butter untuk tumis, pastikan api perlahan takut butter hanguih.

2. Lepas bahan tumisan dah naik bau, korang masukkan buttercup yang 1/4 tadi tu. Api sedang-sedang je kot. Tak perlu api besar. Nanti hanguih pulak butter ngan bawang.

3. Dah cair butter, masukkan susu sejat tadi agak-agak yang banyak mana korang nak kandungan kuah dia. Kalau korang nak udang butter korang berkuah, buhla susu sejat tu dalam setengah mug. Kalau nak yang jenis kering, buh sikit sudah dalam 1/4 mug.

4. Masukkan 16 ekor udang korang tadi. Ni resipi Hana buat untuk 16 ekor udang. Kalau korang pakai udang kurang sikit atau lebih, kena pandai agak nak buh susu sejat tadi. Tapi boleh ja banyak mana.. Rasa dia tetap sama.

5. Tunggu sampai udang nampak kemerah-merahan tu, lepastu masukkan cheese ! Sebenarnya cheese ni ikut koranglah nak masukkan banyak mana. Tapi nanti pekat dan berlemak sangatlah kalau banyak. Sebabtu Hana just masukkan sekeping cheese keping. Dah cair cheese tu. Udang pun dah masak. And siap ! *kalau korang nak kuah dia kering tunggu lama sikit tapi jangan lama sangat sebab udang cepat masak.


Jeng-jeng siappp

Lepasni Hana akan share banyak lagi resipi yang Hana dah masak. Tunggu yaaa ;)