Perempuan ‘brutal’. Ya, itu aku. Mereka
gelarkan aku dengan nama itu. Mungkin sebab aku tidak bertudung labuh seperti
mereka, aku tidak baik seperti mereka, aku juga jarang menunaikan solat fardhu. Pokoknya, apa yang tidak baik
semuanya ada pada diriku. Nak salahkan siapa? Salah diri sendiri juga yang
tidak mahu berubah. Memang layak pun aku digelar sebegitu rupa.
“Hai Mina, termenung panjang nampak.
Teringat pakwe ke?” sapa Aisyah.
Aisyah, sedap namanya.
Teringat aku tentang Sayidatina Aisyah r.a isteri Rasulullah S.A.W. Baik
orangnya dan gigih mencari ilmu. Eh, aku tahu siapa isteri nabi? Mestilah aku
tahu. Sejahat –jahat aku, aku masih lagi berilmu cuma sayang aku tak
menggunakan ilmu aku.
“Takdelah, engkau ni asal nampak aku
termenung je teringat pakwe. Aku ni takdelah 24 jam nak ingat lelaki. Aku ni
masih waraslah. Daripada ingat lelaki je lebih baik aku berzikir ye dak,” jawab
aku.
Entah kenapa
kadang-kadang aku agak terkilan dengan sahabat aku sendiri. Mungkin dia sekadar
bergurau tetapi guraunnya seolah-olah menghina aku. Apa jahat sangatkah aku ni
sampaikan setiap masa aku nak fikir pasal ajnabi?
“Wah, pandai jugak kau ni menjawab ! Hehe,
aku bergurau je. Jangan ambil hati. Aku tahu engkau tak macam tu. Engkau ada
masalah ke? Em, diorang ada hantar surat teguran lagi ke?”
“Ada. Atas meja tu.
Bacalah. Aku malas dah nak ambil tahu.”
Surat teguran? Apa tu? Itulah surat yang
hampir setiap minggu aku terima daripada sekumpulan ahli-ahli badar yang ‘bajet
suci’. Jahatkkah aku menggelarkan mereka begitu? Kadang-kadang aku dapat
rasakan gelaran itu memang patut diberikan kepada mereka. Ya, memang aku jahat
tetapi sejahat-jahat aku, aku tidak akan menghina orang lain di khalayak ramai.
Jahat-jahat aku, kalau tegur orang berhikmah macam yang dipesan Rasulullah. Apa
mereka fikir surat begini mampu mengubah aku? Tidak. Mereka mengherdik aku
seolah-olah merekalah yang paling baik. Aku perlukan pebimbing bukan penghina.
“Sabar Mina, mari aku bacakan apa yang
diorang tulis kali ni,” lembut Aisyah bertutur supaya aku bersabar.
“Assalamualaikum gadis
bandar brutal, kitorang dah penatlah nak tegur engkau. Kau ni masih tak reti-reti lagi nak berubah.
Kitorang dah cakap dah, jangan bawak ajnabi datang ke kawasan asrama. Dahtu
main cuit-cuit pulak. Ingat kolej ni bapak kau punya ke? Sakit mata kami
memandang. Astagfirullahalazim, berubahlah Aminah ! Dahtu, semalam kami nampak
kau tak pakai sarung kaki keluar asrama. Cantik sangat ke kaki tu nak tayang kat
lelaki? Sekian teguran kali ni. –Ahli badar Kolej Islam Anjung Tasik, Rahimah.”
“Allahuakhabar, pedih
kataa-kata ini. Siapa lelaki yang dimaksudkan Rahimah tu?” soal Aisyah setelah
selesai membacakan isi surat tersebut.
“Abang aku.” Jawab aku
ringkas. Aku mengeluh. Entah sampai bila mereka hendak bersangka buruk terhadap
aku.
“Sabar Mina, aku paham
perasaan kau. Aku pun tak tahu dah nak buat macam mana lagi. Diorang tu
berkuasa. Em, kalau aku berkesempatan esok aku ceritakan perkara sebenar.” Sayu
Aisyah berkata-kata. Mungkin dia dapat merasakan sakitnya hati aku apabila
difitnah sedemikian rupa. Benarlah Islam mengajar kita supaya jangan bersangka
buruk kerana jika tidak, inilah jadinya.
“Takpelah Aisyah, aku
malas nak berbahas dengan diorang pasal benda ni. Takde gunanya. Esok aku nak
jumpa Ustazah Shuhada. Ada benda aku nak bincang dengan dia.”
..........................
“Rahimah, engkau tak rasa ke yang surat kau
hantar tu terlalu berkeras?” soal Ahfaz yang merupakan rakan sebilik Rahimah
juga merangkap ahli badar.
“Berkeras? Aku rasa
selama ni aku dah cukup berlembut dah dengan dia. Tak ubah-ubah jugak. Dahla
solat pun malas. Nak jadi apa? Pelacur?” Rahimah berkata-kata dengan nada yang
sengaja ditinggikan.
“Astagfirullahalazim
Rahimah mengucap ! Tak baik kau doakan dia yang bukan-bukan. Kau ingat sikit,
kau tu pegang amanah besar dalam badan dakwah ni. Jangan sampai kau pulak yang
sama taraf dengan dia.”
“Nak jahat aku pun, aku
ni 10 kali ganda lebih baik daripada dia. Aku takkan pernah jadi macam dia.
Jangan samakan aku dengan dia !”
Rahimah bergegas keluar dari biliknya
setelah selesai mengenakan hijabnya. Ahfaz hanya mampu beristigfar dan berdoa
dalam hati moga-moga Rahimah dapat mengawal emosinya.
Di sudut bilik A103, aku termenung sendiri.
Dah boleh dendangkan lagu Aishah pula gamaknya. Termenungku sendiri, mengenang rindu tidak menentu. Ewah sedap
juga suara aku ni, ngomel aku sendirian. Petang ini, cuaca agak dingin . Sudah
beberapa hari hujan turun tanda rahmat Allah. Orang kata, waktu hujan-hujan
macam inilah doa kita dimakbulkan. Aku nak berdoa apa ya agaknya? Berdoa bagi
Si Rahimah tu jatuh longkang bagus juga. Kehkeh.
“Apa yang kau buat tu Mina?” Tegur Aisyah
yang entah dari mana munculnya. Aisyah ni aneh orangnya. Dia mampu muncul di
mana-mana sahaja waktu aku termenung. Ilmu apa agaknya yang dipakai?
“Daripada kau termenung
tu, lebih baiklah kau berdoa waktu hujan-hujan macam ni,”
“Ha, yang itulah yang
dari tadi aku tidak habis fikir. Aku nak berdoa apa agaknya. Aku ingat nak doa
bagi Rahimah jatuh longkang je,”
“Engkau ni dah buang
tebiat ke Mina? Mana ada doa yang tak baik macam tu dimakbulkan. Haih, cubelah
doa yang baik-baik je kat orang. Ingat, sejahat-jahat mana pun orang kepada kita,
kita tak boleh balas balik dengan kejahatan. Buatlah baik walaupun orang jahat
dengan kita. Ingat tak nabi pesan? Jangan menyakiti kalau tidak mahu disakiti
lagi,”
“Amboi, engkau ni bukan
main tazkirah kat aku ! Haha ! Itulah engkau, aku dah suruh ujibakat Ustazah
Pilihan haritu engkau taknak. Ha, sekarang engkau nak suruh aku jadi hakim
pula. Aku tak reti nak judge kau ni ha ! Hehe.”
“Yeke? Aku boleh jadi
ustazah ke? Haha. Engkau ni kan, ke situ pula. Aku ni tak penuh lagi ilmu di
dada. Engkau kena tolong aku. Kita sama-sama bantu. Ha, nasihat aku tu
dengarlah. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri pula ye,”
“Yelah. Aku tahu. Aku
tak pernah lupa pun apa yang kau selalu nasihat kepada aku.”
...........................
“Ya Ahfaz sayangku manis, sudah lama kita
tidak bersua wahai kekasih pujaan hatiku,” sapa Aliff kepada Ahfaz.
Aliff merupakan kekasih Ahfaz sejak mereka
kecil lagi. Ahfaz sebenarnya tidak suka mereka digelarkan pasangan kekasih.
Cukup hanya sebagai teman walaupun perasaannya terhadap Aliff lebih daripada
seorang teman. Namun baginya dia tidak mahu ada fitnah yang timbul antara
mereka berdua.
“Assalamualaikum Aliff,
belajar di Mesir pun masih tak tahu beri salam ke?” Tegur Ahfaz. Dia agak
kecewa dengan sikap Aliff yang makin lama makin pelik sedangkan Aliff baru
sahaja tamat pengajian di Universiti Al Azhar, Mesir. Sudah tentu ilmunya lebih
tinggi berbanding Ahfaz.
“Waalaikumussalam
warahmatullah, alahai maafkan abang ye sayang. Abang saje je nak bergurau.
Masamnya muka, cuba senyum sikit. Senyum tu kan sedekah? Ni abang bawakan
makanan untuk awak. Awak jangan lupa makan. Bagilah sikit kepada kawan-kawan
asrama.”
“Abang buat apa datang
sini? Tak manis orang tengok. Lain kali nak hantar makanan, kirim je kepada guard kat depan tu kan senang,”
“Alah, abang rindu
kepada Ahfaz sebab itulah abang ajak jumpa. Pedulikan apa orang kata, kita
bukannya buat maksiat pun.”
“Sudahlah abang, saya
ambil makanan ni. Terima kasih, assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Ahfaz pun beredar dan meninggalkan Aliff.
Aliff bergegas masuk ke dalam keretanya dan menghilang dari pandangan mata.
Tanpa mereka sedar, perbualan mereka itu didengari oleh Aminah.
‘Amboi, bukan main lagi
jumpa pakwe. Aku jumpa abang je dah kena sound dengan korang. Yang korang tu
jumpa pakwe, macam mana pulak? ‘ Getus hati aku.
.......................
“Yeke apa yang kamu nampak tu Aminah?” Soal Ustazah Shuhada selepas aku
menceritakan padanya tentang apa yang aku lihat sebentar tadi.
“Ye ustazah. Saya rasa
sangat terkilan. Tegur saya tak boleh bawa ajnabi masuklah itulah inilah tapi
diri sendiri buat macam itu. Sedangkan haritu saya bawa masuk abang saya.”
“Kamu tahu tak siapa
lelaki itu?” Senyuman ustazah sewaktu itu sungguh manis. Senyuman itu mampu
menyejukkan hati sesiapa sahaja yang sedang marah.
“Pakwe dia lah kot?"
“Astagfirullahalazim
Aminah. Berapa kali ustazah dah pesan, kamu kena sentiasa husnudzon.”
“Husnudzon tu ape
ustazah?”
“Husnudzon tu bersangka
baik. Kalau kamu tak bersangka baik dengan orang maka orang takkan bersangka
baik dengan kamu. Ha, kamu tahu tak lelaki yang jumpa Ahfaz tu sebenarnya suami
dia. Mereka nikah gantung. Tetapi itulah, ustazah tak boleh nak salahkan kamu
100 peratus sebab bersangka buruk. Ahfaz sendiri yang merahsiakan ye dak.”
“Suami dia????!!! Biar
betik. Aduh, kenapa dia layan suami dia macam ajnabi ustazah? Saya ingat
boyfriend dia. Dia dah kawin rupanya.”
“Yelah, dia tak nak
perkahwinannya diketahui. Dia takut menganggu konsentrasi dia untuk study
walaupun sebenarnya ustazah tak berapa setuju dengan keputusan dia. Ada faham?”
“Oh, faham ustazah !
Saya dah salah sangkalah ni.”
“Takpa. Istigfar, buat
solat taubat dan pergi minta maaf dengan tuan badan.”
“Haa?? Ustazah giler
ke. Ada nak pergi buat baik dengan dia. Tak naklah saya,”
“Kalau kamu ikutkan
sangat emosi, sampai bila pun kamu tak boleh berbaik dengan mereka,”
“Hmmm..”
-Sekadar penulisan pertama daripada Hana. Moga-moga bermanfaat ! Arigatou gozaimasu . -
0 comment:
Post a Comment
Think before you act. ;)