Hyep assalamualaikum !
Harini merupakan 2 Jun 2016 bermakna esok merupakan 3 Jun 2016 yang juga membawa maksud hari result PSPM 2 keluar. Jeng jeng jeng. Ya ampun ya ampun gi mana ini sihhh aku udah khuatir nii. Sabar-sabar. Kita serahkan pada Allah. Dia dah susun cantik dah semuanya. Alhamdulillah.
So harini apa sebenarnya Hana nak cerita? Asing? Korang pernah rasa nak jadi asing? Nak mengasingkan diri daripada orang ramai. Nak cari identiti sendiri. Aceywah ayat. Tapi ni serius nih.
Setelah beberapa lama Hana cuba carik kekuatan, Hana rasa Hana dah dapat kekuatan tu untuk mengasingkan diri memandangkan next week pun dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang teramatlah mulia. Bulan yang dinanti-nanti. Hana dah delete wechat, disable instagram. Whatsapp Hana cuma profile pic bagai nampak macam tak aktif tapi sebenarnya tak uninstall pun sebab benda tu penting nak dapat information tarikh-tarikh penting bagai. Setakat ni yang tulah yang paling Hana kerap bukak Hana dah delete.
Kadang bagus tau, kita cuba nak mengasingkan diri nih sebab entah. Dunia ni terlalu banyak tipu helah. Perkara lagha. Fitnah sana sini. Kita pun secara tak langsung terlibat sama. Allahu. Paling Hana nak jauhkan diri sebenarnya daripada instagram sebabtu payahnya nak carik kekuatan tu ha nak disable. Ingat nak delete ja teruih tapi banyak gambar kmpp yg Hana sayang Hana buh dalam insta. Disable means kawan-kawan dah tak dapat tengok account Hana. Maksudnya dah tak wujudlah gittew.
Instagram ni sangatlah bahaya. Entahlah Hana jadi serabut bila tengok. Dulu media tulah buat Hana tenang sebab Hana dapat tengok gambar-gambar yang cantik especially kat Japan. Tapi makin lama makin tercemar. Dia macam ni tau, bila tekan button explore tu kat satu sudut nampak sekumpulan niqabis bergambar. Satu sudut lagi sekumpulan anak dara Islam yang tak menutup aurat terdedah masyAllah takyah cakaplah. So macam serabut ah, satu sudut kita nampak yang bagusnya satu sudut lagi astagfirullah. Rasa macam hilang kekuatan nak dakwah tu. Sebab Hana fikir betapa banyaknya badan dakwah, orang berdakwah dalam media sosial, tapi di sudut yang lain betapa banyaknya ummah Islam kita yang masih terkapai-terkapai.
Tu belum masuk yang keluar gambar perempuan seksi-seksi yang budak lelaki post. MasyaAllah. Hana tadak kekuatan untuk semua tu. Dengan kadang-kadang kita tamau like gambar kawan-kawan kita yang tak tutup aurat tapi kadang terlike gak sebab kawan kita, kita kesian kot. Kawan kot ! Takkan tak like gambar kawan. Dia jadi macam apa sebenarnya tujuan aku buat Instagram? Untuk berdakwah? Kalau untuk berdakwah, kenapa aku still sokong benda maksiat? Kenapa aku still tengok gambar-gambar seksi yang terkeluar kat explore tu?
Sungguh aku benar-benar tidak punya kekuatan itu. Nak kata diri nih? Of course Hana sendiri tak baik. Ya Allah, Hana ni memang jahat. Kita kenal diri kita siapa. Allah ja tutup aib kita. Sebabtu Hana terduduk, tengok media-media sosial yang tercemar ni dan rasa macam mana aku nak jawab kat Allah nanti . Apa tujuan aku buat media sosial ni semua. Macam mana aku berhadapan dengan Rasulullah nanti. Sedang diri Hana ni sendiri ikhtilat pun ergh, lepastu terumbang-ambing lagi pi pulak tambah menghadap media sosial yang tercemar. Korang pernah terfikir tak?
Jadi Hana buat kesimpulan nak mencari identiti diri sendiri selama sebulan Ramadhan ni. Tapi blog Hana masih aktif. Takkan nak futur kot? Tidak ! Hana akan terus berdakwah melalui blog. Taktaulah masih ada yang nak baca atau tak sebab blog ni orang dah malas bukak en. Tapi sekurang-kurangnya Hana cuba. Terima kasih pada yang masih setia megikuti perkembangan blog Hana. Moga Allah berkati kalian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment:
Post a Comment
Think before you act. ;)