Friday 19 December 2014

Garisan Halus : Bab 3

BAB 3 : GARISAN HALUS

“Weyh Rahimah, tolong aku kejap,” panggil Zharif.

“Tolong ape?”

“Ni ha aku tak fahamlah bab haid ni. Complicated  sungguhlah. Boleh kau terang tak? Nasib baiklah aku tak jadi perempuan. Kalau tak, aku sendiri asyik blur ja bila waktunya datang haid dan bila waktunya darah istihadhah.”

“Kau nak tahu ape? Perbezaan ke?”

“Ha,”

“Darah haid ni kau tahu kan ia sejenis darah kotoran yang keluar daripada rahim wanita manakala darah istihadhah ni pula ialah sejenis darah penyakit yang mengalir keluar daripada rahim wanita. Tak kisahlah penyakit sebab apa, kadang-kadang stress pun boleh keluar jugak darah istihadhah ni. Ha, darah istihadhah ni selalunyalah akan mengalir sebelum atau selepas tempoh haid seseorang wanita. So, wajib juga solat fardhu sebab ia bukan darah haid,”

“Macam mana nak tau tu darah haid ke darah istihadhah?”

“Haa, darah istihadhah ni akan datang pada tempoh yang bukan tempoh haid seseorang perempuan. Kau belajarkan Science form 3 dulu yang bab 4 tu? Haa kitaran-kitaran haid perempuan tu selalunyalah paling lama pun 15 hari je. Kalau datang lebih dari tempoh tu maksudnya, darah yang still mengalir tu bukanlah darah haid. Sebabtu perempuan kena aware dengan perkara ni. Kena rajin catat bulan ni dia datang haid bila. So dia boleh kira dah berapa hari dia suci, bila haid dia nak datang balik semua tu,”

“Ada syarat tak bila datang darah istihadhah ni?”

“Ade. Bila datangnya darah istihadhah, wudhuk perempuan tu tak boleh pakai dua kali. Maksudnya bila dia nak solat Zohor maka wudhuk yang dia ambil tu hanya untuk solat Zohor je. Dia tak boleh sep wudhuk dia tu untuk Asar pulak. Dia kena ambil lagi sekali. Pad pun kena tukar setiap kali nak solat fardhu tu. Kalau nak buat solat sunat, dibolehkan pakai wudhuk yang sama. Lepas tu, yang saya pernah dengar, kalau solat berjemaah, perempuan tu kena duduk dalam saf yang paling belakang sekali. Wallahualam, kalau kau nak yang lebih lanjut tanye ustazah atau ustaz.”

“Oh, payah jugak arh jadi perempuan ni!”

“Kalau nak jadi suami, kenalah tahu bab-bab ni. Kata nak jadi ketua keluarga? Kalau bab-bab ni pun kau tak tahu sebenarnya kau tak layak lagi jadi suami,”

“Eh, aku tahulah ! Ni tengah belajar dengan kau. Anyway, terima kasih Rahimah,” Zharif tersenyum dengan bahagianya lalu pergi meninggalkan Rahimah.
    Hati Rahimah terusik apabila melihat senyuman Zharif. Dia beristighfar lalu berdoa dalam hati.

‘Ya Allah, jika dia jodoh aku, engkau dekatlah kami dengan cara yang diredhaimu. Jika dia bukan untuk aku, engkau jauhilah kami. Peliharalah hati aku ini ya rabb.’

.....................................

“Fasubuhanallazii biyadihi malakutukullishain wailaihiturjauun..” Aminah menghabiskan bacaan Suratul Yassin ayat 83.

“Assalamualaikum,” suara Aisyah kedengaran memberi salam.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah, Aisyah. Lambat kau balik hari ni?” Aminah bertutur sambil menyimpan kitab Al-Furqannya ke dalam laci.

“Aku baru balik dari pejabat Ustazah Shuhada. Kau nak tahu berita yang paling menggembirakan aku?” Terserlah kegembiraan di wajah Aisyah.

“Em, ape?”

Aku dapat tawaran belajar ke Mesir !”

“MESIR?!” Jeritan Aminah tu bukan main kuat mengalahkan jeritan Komander Azeem merangkap warden asrama putera.

“Ish, kau ni Mina. Tak perlulah jerit kuat sampai macam tu sekali. Hehehe,”
    
     Mungkin bagi Aisyah ini berita paling menggembirakan baginya tetapi tidak bagi aku. Mesir kot, siapa yang suka kalau berpisah dengan sahabat jauh beribu-ribu batu. Walau bagaimanapun, Aisyah memang layak ke sana. Sudahlah bijak, cantik, alim pula tu. Mungkin ini peluang dia untuk menambahkan ilmu pengetahuannya lagi di negara orang. Di sana, lebih banyak kitab-kitab para ulamak yang boleh dipelajarinya.

“Universiti Al-Azhar?” Aku mula bersuara.

“Yep. Alhamdulillah inilah yang aku idam-idamkan sangat. Kau mesti banggakan dapat kawan macam aku? Hehe”

“Mestilah aku bangga. Kau bukan setakat kawan, kau sahabat dan kaulah segalanya bagi aku. Aku akan doakan kau baik-baik saja di sana. Bolehlah kau cari pakwe kat sana macam cerita Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih. Fuhh!”

“Amboi kau kemain lagi berangan. Niat aku ke sana untuk mencari ilmu Allah, bukannya nak cari cinta manusia. Nanti tak licin urusan aku nak belajar bila niat salah. Ingat, Innamal a’malubinniyat. Setiap perkara itu berdasarkan niat.”

“Ampun buk ! Aku bergurau je, hehe. Kau dah buat sujud syukur?”

“Astagfirullahalazim,  lupa ! Nasib baik kau ingatkan aku, Mina. Aku nak ambil wudhuk dulu ye, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”Aku terdiam. Ya Allah, sedihnya rasa hati ini untuk berpisah dengan sahabat.


0 comment:

Post a Comment

Think before you act. ;)