BAB 4 : GARISAN HALUS
“Aisyah, kau pasti
takde barang yang kau tinggalkan?” soal Aminah sambil membetulkan tudungnya.
Sudah 10 minit agaknya dia membetulkan tudungnya tetapi ada sahaja yang tidak
kena.
“Alhamdulillah semua
dah bawa rasanya. Ha, kau tu Mina dari tadi asyik tiup-tiup je tudung tu. Tak
jadi lagi ke tudung tu?”
“Tak. Aku tak tahu la
kenapa harini juga dia nak buat hal. Kembung pulak tudung ni.”
“Alah, kau bukan nak
pergi dating ke ape. Kau nak hantar aku je kan?”
“Yelah, tapi macam kau
tak kenal perempuan. Kalau kau pun mesti geram kalau tudung tak jadi.”
“Sini aku tengokkan.
Bismillahirahmanirrohim. Ha, kan dah jadi?” Aisyah membetulkan tudung Aminah
dengan lembut sekali beserta bacaan ‘bismillah’. Akhirnya tudung Aminah ‘jadi’
seperti yang dimahukan.
Hari ini merupakan hari terakhir Aminah
bersama Aisyah. Aisyah akan bertolak ke Mesir pada hari ini dan sudah pasti
Aminah mahu kelihatan cantik untuk kali terakhir dia bersama sahabatnya.
Bukanlah kali terakhir yang membawa maksud berpisah selama-lamanya tetapi
maksud terakhir tu bagi Aminah ialah terakhir dia belajar, bergelak-tawa dengan
Aisyah dan mendengar nasihat Aisyah. 3 tahun kot Aisyah pergi. Entah apalah
yang lama sangat dibuatnya di sana, fikir Aminah.
....................................
“Mina, jaga diri kau tu baik-baik ya.
Jangan nakal-nakal waktu aku takde. Jangan buat benda-benda yang Allah larang.
Buatlah baik-baik dengan Rahimah ye?” lembut Aisyah berpesan kepada Aminah.
“Yela yelah. In sha
Allah, aku jage diri aku bebaik. Kau tu ha pun sama. Jaga iman ek kat sana.
Yelah, tempat orang kan. Kita tak tahu apa yang bakal jadi. Aku takut. Aku
risaukan engkau Aisyah,” Aminah cuba menguatkan hatinya supaya tidak menitiskan
air mata di depan Aisyah. Tak ‘macho’ lah kalau dia menangis.
“In sha Alah, kau
doakan aku ye. Fi hifzillah Aminah,” Aisyah meleraikan pelukan mereka lalu menarik
begnya yang agak besar. Dia berjalan meninggalkan Aminah dan juga keluarganya
Sayu hati Aminah. Terasa bagaikan satu
hentakan yang kuat di hatinya apabila melihat Aisyah berlalu pergi. Ish,
siapalah agaknya yang nak support dia
nanti bila dia ada masalah? MasyaAllah, sungguh engkau uji aku kali ini Ya Rabb.
..................
“Hai Aminah !” sapa
satu suara yang agak garau. Kalau garau tu lelaki punya suaralahkan. Tak
mungkin perempuan, fikir Aminah.
“Hai. .. Er.. Zharif?
Kau buat ape kat sini,” soal Aminah agak terkejut. Aminah sememangnya kenal
dengan jejaka yang bernama Zharif ini. Sememangnya seorang yang agak popular . Siapa tak kenal? Nama yang
selalu disebut-sebut oleh mahasiswi di sini , tetapi agak pelik secara
tiba-tiba dia disapa oleh jejaka ini. Berkenalan pun tak pernah?
“Saja ja. Aku suka
tengok kau. Kau comel, dah lama aku teringin nak berkenalan dengan kau. Lagipun
kau pelajar first year kan?” soal
Zharif dengan riak wajah yang sungguh menggoda.
‘Ah, handsomenya mamat nih !’ jerit hati
Aminah. ‘Ish, tapi aku tak boleh cair nih. Ni semua tipu helah buaya darat yang
jarang masuk sungai nih! Eh, ape aku merepek?’
“ Awak suka saya?
Lawaknye. Sorrylah Encik Zharif. Saya takde masa untuk semua ni. Saya dah
berpunya,” jawab Aminah selamba. Jual mahal jugak aku ni walaupun tak berpunya
lagi, fikirnya.
“Yeke? Kalau macam tu
takpelah. Haha, aku gurau je! Aku sebenarnya nak tackle budak-budak perempuan kat sini so that diorang boleh siapkan assignment
aku ni. Tak sangka kau ni lain
pulak. Kalau budak lain confirm cair!”
“Maksud kau bila
diorang cair, diorang sanggup tolong siapkan
assignment kau ke?” bertukar pulak gelaran Aminah ke ‘kau aku’.
“Ha’ah. Aku memang
selalu buat macam tu. Kuat jugak iman kau. Jarang nak jumpa perempuan macam
kau.”
‘Ini bentuk pujian ke?
Heh, nak seronok ka apa ni.’ Fikir Aminah.
“Yeke? Aku ni kuat
iman? Tak semestinya aku tolak maksudnya aku ni kuat iman. Banyak je perempuan
alim yang akan tolak kau berbanding aku. Ha yang kau ni, tak baik la nak
mainkan perasaan perempuan macam tu. Mesti budak lain ingat kau suke diorang. Seriously aku tak setuju cara kau buat
macam tu. Kalau nak orang lain buat assignment
kau, bayarlah diorang. Kan senang? Daripada buat bende yang berbentuk
penindasan macam tu,”
“Bayar? Ha’ah bijak
jugak otak kau nih. Kau selalu duk buat ek?”
“Aku? Mestilah aku buat hahaha.” Aminah termalu sendiri kerana mengaku. Ish ish.
“Dah agak. Anyway aku Zharif . Jangan lupa nama
aku. Kau Aminah, aku akan ingat nama kau. Bye, see ya !”
Entah kenapa Aminah terasa selesa bergaul dengan
Zharif walaupun baru saja berkenalan. Ish, ikhtilat kena jaga ! Pesan hati
Aminah.
...........................
“Assalamualaikum
ustazah,” Aminah memberi salam tatkala memasuki pejabat Ustazah Shuhada.
“Wa’alaikumussalam, ha
duduk,” senyuman Ustazah Shuhada sekali lagi menenangkan hati Aminah.
“Saya panggil awak ni
beritahu. Esok, awak akan dapat roommate
baru.”
“Roommate baru? Dari
mana tu ustazah?”
“Dia tu bekas pelajar
sini juga. Cuma dia nak ulang semula exam dia kat sini. Dia gagal di sana, di Mesir,”
“Eh, macam tu pun ade
ke?”
“Adalah dah ada.
Ustazah nak kamu jagakan dia ye,”
“Jaga dia? Dah sah-sah
dia tua lagi daripada saya. Takkanlah saya yang nak kena jaga dia? Dia tu
sekarang mesti setaraf dengan budak tahun ketigakan?”
“Nampaknya macam tulah
cuma dia dah gagal kat sana. Dia amik
final kat sini sajalah. Ulang balik,”
“Hmmmm. Kenapa dia
gagal? Tiga tahun kan belajar di sana? Macam Aisyah akan tempuhi sekarang?”
“Entahlah Aminah, nanti
kamu tahulah.”
“Harap-harap Aisyah ke
sana tak gagal macam dia.”
Tapi apa sebenarnya gagal yang dimaksudkan ustazah?
-Assalamualaikum, Hana mintak maaf banyak-banyak sebab lambat update.
0 comment:
Post a Comment
Think before you act. ;)