Bagi yang belum membaca part 1, jangan gelabah. Klik sini
Sudah
setahun berlalu, aku masih belum
menyambung pengajian aku. Aku masih sibuk menyimpan duit yang tidak pernah
mencukupi. Aliya pula sudah lama menyambung ijazah sarjanamudanya. Sudah lama
dia tidak berhubung dengan aku, mungkin sibuk dengan pelajaran dan dakwah.
Bagus Aliya, jangan jadi macam aku.
Sekarang,
aku bekerja di pejabat pos. Pagi itu aku pergi ke kerja macam biasa. Bertugas
dan melayan kerenah pelanggan yang ingin membayar bil, mengepos barang dan
sebagainya. Tiba-tiba,
“Assalamualaikum bro, muka baru. Kau baru kerja ke?
Nampak macam muda lagi je.” Sapa seorang pemuda yang berbadan kurus dan rambut
yang agak tidak terurus. Umurnya mungkin sebaya aku.
“Waalaikumussalam, ye bang. Saya baru je kerja sini
dalam tiga bulan. Takdelah baru sangatkan? Ada apa boleh saya bantu?”
“Nah, tolong aku packing barang ni. Sambil tu
sembang-sembang ah. Bukannya ada pelanggan pun. Berapa umur kau? Kenapa tak
sambung belajar?”
“19 tahun bang. Em, saya memang nak sambung belajar
tapi lepas kumpul duit dulu.”
“Kebetulan ! Aku pun 19 bro. Bro, kau tengok aku.
Hidup aku rileks je bro. Tak perlu susah-susah fikir nak kena sambung belajar.
Kerja, dapat duit aku enjoy.”
Aku
sekadar mengangguk kepada pemuda tersebut. Malas aku nak layan. Tiba-tiba bunyi
mesej masuk. Zulaikha menghantar mesej mengatakan dia rindu pada aku yang
kebelakangan ini sibuk dengan kerja. Aku segera membalas mesejnya.
“Senyum-senyum je bro. Awek ke? Aweklah tu kan. Kau
pernah ‘sentuh’ dia?”
Terkejut
aku mendengar soalan dia. Mulalah kenangan dosa aku yang pahit dulu kembali
dalam benak fikiran.
“Kau fikir apa bro? Kalau kau tak pernah ‘sentuh’
dia bro. Kau rugi. Hidup kita ni kena enjoy.
Rugilah kalau kau dah awek tapi tak pernah ‘sentuh’ dia. Kau tahu aku, ni
tengok tangan aku. Berapa banyak dah awek aku tarik dengan tangan aku ni. Aku
pernah rasa semua jenis perempuan bro. Daripada yang muda sampai tua. Kau
pernah rasa?”
“Bang, salah ni bang. Hidup kita bukan semata-mata
nak enjoy. Kita ada Tuhan. Kita ada
pegangan. Kita ada agama. Melalui agama kita tu, kita dah disarankan untuk
berkahwin kalau nak berasa nikmat bersama dengan pasangan tu semua. Salah bang
kalau buat hubungan macam ni. Abang bukan sahaja memusnahkan hidup abang,
bahkan abang juga memusnahkan hidup gadis-gadis tu.”
“Kau ingat dengan kau cakap macam ni kau boleh
berasa nikmat tu dengan pelbagai perempuan? Tak boleh bro. Kita ni nafsu satu
ja. Nafsu kita untuk benda tu ja bro. Rugilah bro. Rugilah kau muda lagi dah
tolak ‘nikmat’ macam ni.”
Pemuda
itu lantas membuka beg sandangnya. Sewaktu begnya dibuka, aku terbau satu bau
yang pernah aku bau. Bau ni sangat menakutkan aku. Ya! Bau ini ialah bau yang
aku pernah terhidu sewaktu aku pernah melalukan perkara keji dengan Zulaikha
dulu. Ya, Allah ! Bau apa ini. Kenapa
bau ni datang kembali. Aku tak boleh ya Allah. Aku mula terbayang semula
perbuatan aku kepada Zulaikha. Aku mula terbayang kata-kata lelaki tadi.
Arghh!!
………………………………………………….
Esoknya
aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan Lutfi, sahabat baik aku yang agak
alim dan pandai menjaga diri. Aku perlu berjumpa dengan Lutfi untuk membimbing aku. Aku sudah tidak boleh
bergerak sendiri !
……………………………………………….
“Assalamualaikum Daniel ! Sihat? Apa khabar
iman?” Mesej daripada Aliya masuk ke skrin telefon aku.
“Waalaikumussalam. Sihat je. Iman mana ni? Iman tu
adik aku. Dia okay je kat sekolah dia.”
“Kau ni apahal? Aku maksudkan iman kau. Iman dalam
hati kau tu bukannya adik kau.”
“Yelah haha! Aku tahulah. Gurau je. Iman aku okay
je. Aku dah bagitahu Lutfi dah.”
“Wah! Yeke? Dia cakap apa? Dia boleh tolong kau kan?
Mestilah dia boleh tolong kau sebab kau kan sahabat dia.”
“Dia pesan kat aku jangan buat lagi. Kebelakangan ni
keraplah jugak kami keluar makan sekali memandangkan dia tengah cuti sem. Kau
pun tengah cuti sem kan?”
“Haah, aku tengah cuti sem jugak. Alhamdulillah,
baguslah kau tak seorang sekarang. Risau tau aku dekat kau ni. Takut kau
terulang balik.”
“Takdelah. Aku takkan ulang. Kau risau ke? Aku
tengok lama menghilang betulke kau risau?”
“Aku mungkin tak tunjuk kata aku risau tapi aku
selalu doakan kau tahu? Sweet tak?”
“Sweetnya kau. Bolehlah lepasni kita kahwin.”
“Kau tak habis-habiskan. Zulaikha tu nak letak mana?
Ajak aku kahwin konon. Eh, tak boleh dah! Aku sebenarnya nak bagitahu kau. Aku
dah nak bertunang.”
“What?!! Bertunang? Apa ni lama hilang tiba-tiba
datang nak bertunang. Lelaki tu okay ke? Kau jangan pilih lelaki sembarangan.”
“Lelaki tu baik gila. Dia rajin ke surau. Bila aku
nak pergi surau selalu nampak dia. Dia bilal kat surau kolej aku jugak. Hensem
tu taklah tapi dia dulu budak sekolah agama. Dia approached aku dulu. Minggu depan aku dah bertunang.”
“Lelaki sekolah agama pun tak semestinya baik. Tak
rasa cepat sangat ke? Kau dahlah baru Tahun 1”
“Benda baik tak boleh lambat-lambat.”
Aku
mengeluh. Apa boleh buat? Aku harap Aliya bahagia. Aku bukannya cemburu. Entah
mengapa terasa tidak sedap hati. Aku pun sebenarnya dah banyak berubah. Aku dah
mula rajin pergi solat berjemaah dekat masjid tapi tak bermakna aku baik gila.
Kalau Aliya tahu aku rajin ke masjid jugak mesti dia akan cakap benda yang
sama. Aliya ni pun satu, tengok luaran saja. Geram pulak aku.
…………………………………………………
Setelah
beberapa bulan, aku berjaya membuat permohonan ke sebuah institusi pengajian.
Aku hanya perlu menunggu masa untuk mendaftar masuk. Zulaikha? Hmm, perhubungan
aku dengan dia biasa saja. Tiada perkembangan. Kami kerap bergaduh kerana
Zulaikha selalu mencari pasal dengan aku setiap kali aku sibuk bekerja. Aku
bukan tidak mahu membalas mesej-mesej dia, aku sibuk dan penat. Tetapi setiap
kali perkara macam ni jadi, dia mesti akan mengungkit perbuatan aku yang keji
dulu terhadap dia.
“Oh! Dah sedap-sedap dapat aku, sekarang nak buang
aku pulak?!”
Itulah
ayat yang sering kali diulanginya. Aku penat mental dan fizikal. Aliya pula,
sejak bertunang tidak lagi berhubung dengan aku. Ya, tunang orang mestilah dia
perlu menjaga diri. Bukan tunangan orang pun dia perlu menjaga pergaulan.
………………………………………………..
Suatu hari, aku mendapat khabar daripada Aliya
bahawa dia telah berputus tunang kerana tunangnya itu meninggalkannya untuk
berkahwin dengan orang lain. Tunangnya merupakan pelajar tahun akhir. Lebih tua
daripadanya. Aku dah agak, lelaki itu bukan boleh dipercayai. Kesian Aliya, aku
tak tahu cakap macam mana. Susah-susah kau jaga diri yang semahal mungkin,
senang-senang sahaja jatuh hati kepada lelaki macam itu.
“Kalau dapat kat tangan aku mamat tu, aku bunuh dia!”
“Bunuh? Kau nak buat dosa membunuh pulak sekarang?”
“Takdelah aku gurau je. Kau kahwin dengan aku jelah
nanti.”
“Kau tak habis-habiskan. Tapi kalau Zulaikha kahwin
dengan lelaki lain dan kau dah tiada siapa. Aku kahwin dengan kau.”
Aku tahu
waktu itu Aliya hanya sekadar berkata. Mana mungkin perempuan seperti dia
mahukan aku yang sudah tidak teruna lagi.
…………………………………………………..
Hari itu,
aku gaduh besar dengan Zulaikha.
“Kenapa Zu tak faham abang, Zu? Jaga diri Zu. Jangan
contact dengan lelaki sembarangan.”
“Kau kan dah malas nak layan aku. Suka hatilah aku
nak contact dengan siapa pun. Berapa
ramai lelaki pun.”
Sejak
kebelakangan ini, Zulaikha sering menghantar screenshot perbualan mesej dia
dengan seorang lelaki daripada universiti yang sama dengannya. Lelaki itu cuba
memikat hatinya. Bersungguh-sungguh lelaki itu. Aku takut perkara yang sama
akan berulang kepada Zulaikha kerana mempercayai lelaki seperti itu.
“Zu, tolongla faham. Abang sibuk cari duit, abang
mintak maaf. Jangan buat abang macam ni. Jangan cakap dah dengan lelaki tu!”
“Apa hak kau? Kau dah sedap-sedap dapat aku sekarang
kau nak apa lagi? Aku dah takde apa nak bagi kat kau. Kau dah ambil semua yang
aku ada. Jadi suka hati akulah nak buat apa pun dengan lelaki lain. Aku dah
rosak. Biar rosak je !”
“Zu, please baby. Jangan cakap macam itu. Zu
berharga Zu. Abang mintak maaf. Jangan buat macam ni.”
Beginilah
hidup aku setiap hari. Cuba menjaga hati dia. Menjaga emosi dia agar dia kuat
dalam kehidupan dia. Aku berharap sangat dia tidak akan mengulang perkara lama.
Aku tidak kisah berapa kali dia hina aku kerana perbuatan aku dulu. Ungkitlah
sebanyak mana pun aku tidak akan biarkan dia jatuh lagi.
Sekarang
aku telahpun menyambung pengajian aku dalam bidang seni bina. Aku juga bekerja
separuh masa untuk mencari duit bagi menampung hidup Zulaikha. Sejak dua bulan
lepas, Zulaikha disyaki menghidap kanser hati. Aku terpaksa mencari duit lebih
bagi perubatan dia. Kakak Zulaikha sudah tidak mempedulikannya. Mak Zulaikha
pula semakin tenat kerana sakitnya. Kadang aku berasa seperti ingin
memberontak. Ingin hidup seperti lelaki lain. Lelaki lain yang sebaya dengan
aku tetapi apakan daya, aku tidak punya hak berbuat demikian. Aku perlu
bertanggungjawab atas segala perbuatan lalu aku. Aku perlu berkorban.
………………………………………………..
Setelah dua tahun berlalu, pagi itu, aku
mendapat berita yang amat menyedihkan. Aliya telah pergi meninggalkan dunia.
Dia telah terlibat dalam kemalangan kereta. Pada mulanya, dia tidak cedera
apa-apa tetapi malam itu, dia meninggal dalam tidur. Mengikut siasatan, berlaku
pendarahan dalam organ dalamannya. Sebenarnya sepanjang dua tahun itu jugalah
dia tidak pernah berhubung dengan aku. Seingat aku kata-kata terakhirnya,
“Daniel, sejauh mana pun kau pergi. Sehebat mana pun
kau suatu hari nanti. Jangan lupa pada Allah. Allah dah tetapkan jalan
pengorbanan buat kau untuk latih kau jadi seseorang yang berjaya. Aku percaya
satu hari nanti kau akan berjaya jadi manusia yang hebat dalam agama dan hebat
dalam perniagaan.”
……………………………………………….
Tahun
demi tahun, aku berjaya membuka sebuah syarikat kecil untuk perniagaan aku
sebaik sahaja aku menamatkan pengajian. Aku juga banyak menyertai pasukan
sukarelawan bagi membantu mereka yang memerlukan. Zulaikha? Setahun sebelum aku
tamat pengajian, dia juga telah pergi dijemput Illahi kerana kansernya yang
tidak dapat diselamatkan. Sekurang-kurangnya dia berjaya bertahan dengan
sakitnya selama empat tahun dengan perubatan yang dia terima.
Aku tak
menyesal dengan apa yang telah berlaku bahkan aku bersyukur Allah meletakkan
aku di jalan ini. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya aku untuk
berhijrah pada masa yang sama berkorban dan bertanggungjawab. Aku yakin Allah
menjemput orang-orang yang aku sayang dengan sebab untuk aku memulakan
kehidupan baru aku. Terima kasih ya Allah. Pesanan aku, setiap manusia itu
diuji dengan berbeza-beza tahap tetapi tak bermakna kau mempunyai tiket untuk
memulakan dosa-dosa besar. Aku lihat zaman sekarang, orang sudah tidak peduli
lelaki perempuan keluar lepak malam-malam sekali. Duduk bersebelahan sekali
macam tidak ada apa yang akan berlaku. Tidak! Jika kau berfikiran begitu,
lihatlah aku. Dahulunya aku juga fikir begitu. Setakat lepak sekali, duduk
bersebelahan sekali tidak ada apa-apa tapi akhirnya? Sama-sama berfikir. Doakan
aku kuat sampai bila-bila.
0 comment:
Post a Comment
Think before you act. ;)