Cerpen
: Tanggapan
Nama aku Hanis. Aku bukanlah seorang yang suka
menilai seseorang daripada luaran tetapi kalau bab lelaki ni aku sensitif
sikit. Ada saja benda buruk yang lelaki buat, aku akan tak suka keseluruhannya.
Ikuti kisah aku.
“Hanis, kau dengar tak cerita ada budak lelaki baru
masuk kelas kita?” Tanya Syarifah. Syarifah ni merangkap kawan baik aku dekat
kolej ni.
“Takda pula. Awat? Lelaki ka perempuan?”
“Lelaki.”
Hari itu,
ada seorang pelajar lelaki baru masuk daftar ke kelas aku. Pada mulanya, memang
budak itu bukan main baik lagi. Cakap sopan-sopan, datang kelas pun tepat waktu
dan dia pernah tolong aku dalam projek eksperimen subjek kimia aku. Sejak dia
tolong aku tu, bukan main lagi setiap hari aku cakap benda yang sama kepada Syarifah[u1] .
“Sya, si Talha tu baik betul. Aku respect dia Sya. Bukan senang nak jumpa
lelaki yang suka tolong orang.”
“Ye Hanis, iye. Dah beribu kali aku dengar benda
yang sama keluar daripada mulut kau.”
Hari demi
hari, cukup seminggu. Talha tiba-tiba dah menunjukkan belangnya. Dia selalu
datang kelas lambat. Selalu tak siapkan tugasan yang diberi pensyarah. Lagi
satu benda yang paling aku tak suka ! Dia suka sangat usik aku. Macam-macam
gelaran dia panggil aku. Aku jadi meluat dan tak suka. Talha ni jenis lelaki yang
nakal dan tidak menjaga pergaulan. Aku pula jenis perempuan yang agak menjaga
pergaulan dengan lelaki tetapi apabila aku lalu sahaja sebelah Talha, dia suka
sangat membuat aku terkejut dari belakang. Bila aku ada di tempat yang agak
jauh daripada dia, nampak sahaja aku bukan main lagi jerit nama aku. ‘Hanis !’
‘Hanis!’
Pernah
sekali tu, dia jerit daripada kompel lelaki bila dia nampak aku jalan menuju ke
kawasan perkarangan kompel. Malu betul aku apabila ramai lelaki tengok.
Jatuhlah standard aku sebagai muslimah.
Suatu
hari di makmal fizik, aku sibuk menyiapkan laporan eksperimen. Tiba-tiba Talha
bersuara,
“Eh, korang! Bulan puasa nak dekat dah. Nanti kita
pergi bazar Ramadan satu kelas nak?”
“Mana boleh pergi sama-sama lelaki perempuan.
Mula-mula pergi bazar, nanti entah ke mana pulak melencong. Jaga ikhtilat
boleh?” Aku mula bersuara kepada Talha dalam keadaan tegas.
“Kenapa pulak tak boleh? Bukannya nak pergi
peluk-peluk pun.”
Aku senyum sambil menggeleng tetapi selepas itu aku
terdengar suara perlahan Talha.
“Weyh, ikhtilat tu apa?” Tanya Talha kepada ketua
kelas aku.
“Ikhtilat tu pergaulan antara lelaki perempuan. Ha
kau, kan dah kena.”
“Alah, bukan nak pergi buat apa pun.”
……………………………………………………
Setelah
hari berlalu, perkara yang sama berulang. Tiba-tiba ada seorang lagi pelajar
lelaki mendaftar masuk ke kelas aku. Kalini, aku memang malas ambil tahu tetapi
dengarnya dia ni bekas pelajar sekolah agama.
Lelaki
yang baru masuk daftar ni namanya Amir. Dia memang baik dan sopan sahaja.
Memang bukan seseorang yang konon berlakon macam Talha. Aku pernah nampak Amir
menundukkan pandangan dia apabila pelajar perempuan membuat pembentangan di
hadapan kelas. Sesekali sahaja dia mengangkat muka untuk melihat pembentangan
mereka. Aku terpesona !
“Sya, hang tengok Amir tu, baik ja kan?”
“Haah, baik je. Dia tak nakal macam Talha tu dan aku
jarang nampak dia bercakap dengan perempuan.”
“Itulah, aku macam respect gila dekat dia. Jarang jumpa lelaki macam itu.”
“Tak habis-habis dengan respect kau tu.”
Suatu
hari, sewaktu aktiviti mentor-mentee. Aku dan Syarifah ditugaskan untuk memberi
usrah untuk perempuan. Pihak lelaki punya usrah pula diasingkan tetapi aku ada
mencetak beberapa helai kertas mengenai penerangan tentang ikhtilat. Aku telah
memberikan kertas-kertas tersebut kepada Talha.
“Nah Talha, ini ada sikit penerangan pasal ikhtilat.
Aku harap kau baca dan cuba fahamkan.”
“Terima kasih Hanis. Aku akan baca.” Talha
mengangguk dan patuh.
………………………………………………..
Sejak
aku menegur Talha berkenaan ikhtilat. Talha lebih mengawal pergaulannya. Dia
tidaklah 100% menjaga tetapi dia tidak terlampau melebih-lebih seperti sebelum
ini. Aku juga kerap nampak dia ke surau setiap kali aku ingin menuju ke surau
sebelum Maghrib.
Talha
juga pernah membantu aku dan ahli kumpulan aku dalam projek kelas bahasa
Inggeris. Pernah sekali itu, pensyarah pernah marah kumpulan kami dengan sangat
teruk dan tidak mahu menerima projek kami kerana beberapa kesilapan tetapi
disebabkan Talha mempunyai hubungan baik dengan pensyarah tersebut, dia berjaya
memujuk pensyarah itu untuk menerima projek kami semula. Aku masih ingat lagi
dia sanggup menolong walaupun kerjanya sendiri belum siap.
Sejak
itu, tanggapan aku terhadap Talha berubah. Walaupun dia seorang yang nakal dan
tidaklah pandai dalam bab agama, namun dia sangat baik dan suka menolong orang
di sekeliling.
………………………………………………….
Suatu
hari, sedang aku melihat gambar-gambar di Instagram, tiba-tiba aku ternampak
akaun Instagram Amir. Aku ternampak Amir meninggalkan komen-komen di
gambar-gambar selfie perempuan. Dia mungkin tidak memuji gambar-gambar tersebut
tetapi gayanya komen sangat membuatkan perempuan tertarik untuk berbalas-balas
komen. Aku juga terdengar cerita daripada kawan-kawan kelas aku yang berbeza
kelab dengan aku. Mereka mengatakan bahawa Amir sangat aktif dalam Whatsapp Group dan kerap bergaul dengan
pelajar perempuan daripada kelas lain. Aku sendiri pernah melihat
perbualan-perbualan mereka.
Sewaktu
minggu teater di kolej aku, Amir telah menyertai kumpulan teater. Malam
persembahan teater, aku pergi untuk menyokong rakan sekelas tetapi hormat aku
kepada Amir terus hilang apabila ternampak Amir berpegangan tangan dengan watak
heroin dalam teater tersebut.
“Mana lelaki yang aku respect selama ni Sya? Kenapa dia jadi macam tu?”
“Kenapa yang kau nak marah sangat?”
“Yalah, tengoklah dia Sya ! Kononnya kita ingat dia
tunduk pandanganlah bagai. Kita siap gelar dia budak jaga ikhtilat kot !”
“Sekarang kau nak salahkan siapa?”
“Tak, aku tak salahkan siapa-siapa. Hmm, salah aku?”
“Kau yang salah. Siapa suruh kau letak expectation kepada manusia? Siapa kita
ni nak expect orang tu macam ni macam
tu. Kita takkan pernah kenal manusia. Tanggapan tu datang bila kau sendiri yang
nak anggap sesuatu macam itu. Kau tengok kes Talha. Mula-mula kita sendiri yang
nak anggap Talha tu baik sebab dia buat itu buat ini tapi lepas dia dah tunjuk
perangai sebenar dia, kita cakap dia mengarutlah bagai. Tapi lepas dia dah
tolong kita, kita letak lagi tanggapan yang dia dah baik apa semua sedangkan
kita tahu memang dari awal dia suka tolong orang walaupun dia nakal. Kita
nampak sendiri dia suka tolong orang sebelum ini, tapi kita sendiri yang nak
anggap dia mengarut sebab perangai nakal dia.”
“ Macam Amir pulak, kita baru nampak yang dia jarang
sembang dengan perempuan. Kita nampak dia tundukkan pandangan tapi kita tak
nampak macam mana pergaulan dia dalam media sosial atau pergaulan sebenar dia.
Mungkin dia sebenarnya tengah cuba nak berubah, siapa tahu?.”
“Betul cakap hang. Aku terlalu cepat letak expectation kat someone.”
“Dalam hidup ni, apa yang kita nak nampak depan mata
kita, itulah yang kita akan nampak. Macam kita nak nampak keburukan Talha je,
sebab itulah kita tak pernah nampak kebaikan dia. Macam Amir pulak, kita nak
nampak kebaikan dia je, sebab itulah kita tak pernah nampak keburukan dia
sampai dia aktif dalam media sosial pun kau boleh tak perasan sedangkan dah
lama dah dia follow aku dalam insta.”
“Ha?! Dia follow kau? Kau tak cerita pun kat aku.”
“Buat apa aku nak cerita benda tak penting macam tu.
Bukannya aku approve pun request dia. Ish, kau ni! Kan dah lari
tajuk.”
“Hehehe. Maaflah, aku melawak ja. Terima kasih
sahabat sebab ingatkan aku.”
“Terima kasih jugak sebab buat aku nampak benda realiti
macam ni. Baru aku boleh ambil ibrah daripada kisah kau ni. Lepasni, kita kena
pandang semua orang baik baru kita akan kerap nampak kebaikan orang dan takkan
pandang rendah kat orang lain. Biar kita nampak buruk kita je baru kita sedar
diri kita ni banyak kesalahan.”
“Baik Sya, in sha Allah. Jom pergi usrah, dah lewat
ni.”
“Jom !”
1 comment:
The 13 Best Places To Visit The Las Vegas Strip In 2022
The city of 원주 출장안마 Las Vegas is known for its wonderfully LARGE casinos, but 충청북도 출장마사지 the city also has 통영 출장안마 the best for concerts and shows. And if 나주 출장안마 you like music and 포항 출장마사지
Post a Comment
Think before you act. ;)