Monday 13 February 2017

Cerpen : Antara Dua Cinta

Cerpen : Antara Dua Cinta

     Pernah kau rasa bagaimana perasaannya apabila jatuh cinta? Pernah rasa bagaimana sakitnya ditinggalkan oleh orang yang kita sayang atau sakitnya kau rasa untuk tinggalkan cinta yang tidak diredhai Allah hanya untuk mendapatkan cinta Allah dahulu? Nama aku Aqil. Ikuti kisah aku.

     “Muhamad Aqil ! Muhamad Aqil! Tak datang kuliah lagi ke budak ni harini?” bebel pensyarah Fizik.

     Masuk hari ini, dah seminggu aku tidak menghadiri kuliah. Sejak didapati ibu angkat aku menghadapi penyakit kanser perut, aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam kuliah. Walaupun dia hanya ibu angkat aku, namun dia satu-satunya ibu yang aku ada selain adik-beradik angkat aku. Bagaimana mungkin setelah mendapat tahu hal menyedihkan ini, aku dapat fokus dalam kuliah? Jadi, disebabkan itulah aku mengambil keputusan untuk ponteng kuliah dan belajar bersendirian di dalam bilik. Aku hanya pergi ke kelas tutorial dan perjumpaan kelab kerana pembelajarannya agak padat dan tidak membuatkan fikiran aku melayang memikirkan ibu aku yang sedang sakit.

“Sya, kenapa ketua kelab aku tu dah lama eh tak datang kuliah?” Soal Hanis yang merupakan pelajar daripada kuliah dan kelab yang sama dengan aku.

“Entahlah Hanis. Aku pun tak ambil tahu sangat siapa yang datang kuliah ke tak. Bukan hal aku.” Jawab Syarifah yang juga merupakan pelajar kuliah aku dan merangkap kawan baik Hanis.

“Taklah, aku bukannya nak menyibuk tapi macam peliklah dia tu kan ketua kelab aku, baru-baru ni kami sama-sama buat kerja kumpulan. Sejak tu, aku macam kawanlah jugak dengan dia so macam nak tahulah kenapa tak datang kuliah.”

     Malam itu, aku mendapat satu mesej melalui Whatsapp.

“Assalamualaikum ketua kelab, maaflah ganggu. Aku bukannya nak menyibuk, tapi kenapa kau tak datang kuliah dah seminggu ni? Time kelab kau datang pulak tolong aku buat kerja apa semua, tapi time kuliah kau takda. Itu yang aku nak tanya.” Mesej daripada Hanis terpapar di skrin telefon pintar aku.

“Aku..” Aku buntu mahu berikan jawapan yang macam mana. Nak tipu atau nak jujur? Aku mula berfikir sendirian. Kenapa pula aku nak jujur kepada dia? Dia siapa kepada aku? Cis !
“Aku tak pergi adalah sebab-sebab tertentu.”

“Kalau kot ya pun sebab tertentu, janganlah sampai ponteng. Exam nak dekat dah ni. Kau kawan aku, sebab itulah aku nasihat. Sorrylah kalau bunyi macam menyibuk.”

      Berani betul perempuan niWhatsapp aku. Tudung bukan main labuh tapi berani nak tanya hal aku. Alamak haish ! Jujur sajalah!

“Kalau aku cerita ni, kau jangan cerita kat siapa-siapa. Aku pun tak tau kenapa aku nak cerita kat kau tapi sebenarnya…..”

     Aku mula memberitahu hal sebenar kepada Hanis. Entah mengapa aku selesa bercerita kepada dia sedangkan dia itu hanyalah rakan sekelab sedangkan tiada seorang pun kawan aku yang tahu berkenaal hal ini. Aku jarang berbual dengan perempuan apatah lagi bermesej dengan perempuan, tetapi aku rasa lain macam apabila meluahkan kepada Hanis. Hanis mula menasihati aku untuk teruskan belajar dan fokus.  Katanya, kalau aku sayangkan dan fikirkan ibu aku, aku seharusnya berbuat baik dan teruskan belajar supaya dapat membalas kebaikan ibu aku dan menunaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar. Kalau ibu aku tahu aku ponteng kuliah, lagi dia sedih dan sakit ! Terima kasih Hanis atas nasihat dan maafkan aku ibu.

       “Jadi esok datang kuliah tau. Jangan ponteng dah !”

“Baik Hanis”

………………………..........

“Tengok tu Sya ! Ketua kelab aku datang kuliah harini!” Hanis gembira tatkala melihat Aqil masuk melalui pintu utama dewan kuliah.

“Haahlah dia datang harini. Kenapa kau seronok sangat nih? Hmmm. Aku bau sesuatu yang ganjil di sini.” Syarifah memandang Hanis sambil mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut.


“Sebenarnya, aku Whatsapp dia semalam. Aku tanya kenapa dia tak datang apa semua. Adalah dia bagitahu aku sesuatu. Aku cuma nak tolong dia, Sya. Aku tak berniat apa-apa pun. Aku risau ja dah seminggu dia tak datang kuliah. Ha, tengok harini dia datang kuliah dah lepas aku nasihat dia.”

“Kau ni biar betul? Beraninya kauWhatsapp dia? Tak pernah-pernah mesej lelaki ni apehal tiba-tiba dengan mamat nih kau berani pulak.”

“Alah, aku cuma nak tolong ja. Tak salahkan?”

“Ha, cukup bermesej sampai sini je. Jangan lebih-lebih dah lepasni. Risau pulak aku dengan kau orang nih.”

“Eh, janganlah risau ! Takda apa yang berlakulah.”

…………………………………….

      Sudah seminggu berlalu, prestasi aku dalam pembelajaran makin baik. Aku semakin bersemangat ke kuliah. Tidak pasti semangat sebab nak belajar atau bersemangat nak tengok Hanis?Ah! Aku buntu dengan perasaan aku. Sejak Hanis Whatsappaku, aku kerap bertukar mesej dengan dia berkenaan ilmu-ilmu agama. Dia juga banyak berkongsi ilmu dengan aku. Aku jadi bermain dengan perasaan sendiri, bolehkah aku mesej dengan dia dengan alasan berkongsi ilmu agama? Argh !

………………………………………….

“Hanis, kau mesej siapa tu?” Soal Syarifah.

“Err… Takdalah. Bukan siapa-siapa pun.”

“Aqil tu ke? Kau belum berhenti bermesej dengan dia lagi ke Hanis? Kau lupa ke hal ikhtilat yang selama ni kau perjuangkan? Jangan sebab dia kau hancur Hanis.”

“Mana ada… Apa kau ni.. Aku .. Hmm..”
      Malam itu, aku dengan beraninya meluahkan perasaan aku pada Hanis. Sejujurnya, selama aku hidup, aku tidak pernah rasa perasaan begini. Aku rasa aku dah jatuh cinta pada dia ! Aku juga dengan beraninya bersetuju mahu berjumpa kedua ibu bapa Hanis.

…………………………………………….

“Aku dah agak dah benda ni akan berlaku. Kenapa kau tak jaga diri kau Hanis? Jangan percaya cakap lelaki ni Hanis. Kita tak tahu apa yang dia orang fikir.”

“Sya, tapi dia cakap dia nak jumpa mak bapak aku. Mana ada lelaki yang berani nak jumpa mak bapak kita? Dia ni lain Sya !”

“Habistu? Kau nak buat apa dengan dia? Couple?”

“Mana ada ! Bukanlah couple cuma mungkin bertunang ka?”

“Kau buat lawak eh Hanis?”

…………………………………………………….

      Sebulan berlalu, aku dan Hanis seperti biasa bertukar-tukar mesej melalui Whatsapp. Suatu hari,

“Aqil, aku rasa salahlah perhubungan kita ni. Boleh tak kita tunggu sampai kau dah nak masuk minang aku nanti besar. Aku takut disebabkan aku, kau jauh daripada Allah.”

“Eh, mana ada ! Aku tak rasa aku jauh daripada Allah. Kau rasa macam itu ke Hanis?”

“Tak jugak tapi benda ni salah.”

“Aku pun rasa salah tapi kalau ini yang kau mintak, aku akan cuba buat. Aku akan cuba kurangkan rasa sayang aku pada kau supaya aku boleh bertahan. Hmmm.”

“Maafkan aku, Aqil.”

     Hari demi hari, aku berasa sangat sedih. Malam itu, aku duduk agak lama di surau kolej. Aku mula mengaji sambil menangis teresak-esak. Perasaan aku bercelaru, bukan sahaja aku sedih kerana ibu aku dimasukkan ke hospital pagi tadi, bahkan sedih juga kerana perlu mengawal pergaulan aku dengan Hanis.

    Akhirnya, aku kalah. Aku mula berkira-kira ingin menghantar mesej kepada Hanis tiba-tiba saat aku keluar daripada surau aku terlihat Hanis yang sedang berjalan keluar daripada surau bahagian perempuan. Matanya bengkak. Lantas aku terus menghantar mesej kepada Hanis.

“Hanis, aku dah tak tahan. Aku rindu kau. Susah buat aku.”

Hanis blue tick.

“Hanis…”

“Aku pun. Setiap malam aku menangis. Harini lama aku duduk kat surau. Maafkan aku Aqil.”

“Aku tahu. Aku nampak kau tadi..”

        Hari berlalu, aku dan Hanis tidak menjaga pergaulan sesama kami. Aku tidaklah berjumpa dia berhadapan tetapi pergaulan dalam Whatsappmemang tidak terjaga. Aku juga telah berjumpa dengan kedua ibu bapa Hanis setelah tamat pengajian di kolej. Kami pernah bertanya kepada ibu bapa masing-masing tentang pertunangan tetapi kedua-dua pihak ibu bapa memberikan jawapan yang sama.

“Tak boleh. Belajar bagi habis dulu. Bagi ibu abah rasa dulu duit kamu.”




      Lagi beberapa bulan, aku dan Hanis akan melanjutkan pelajaran di universiti yang berbeza. Aku mula risau. Hanis lebih bijak dan berkebolehan berbanding aku. Rupanya juga manis. Aku takut jika dia berjumpa dengan seseorang yang lebih baik daripada aku.

“Hanis, jangan carik lelaki lain pulak nanti kat sana.”

“Alah, sepatutnya aku yang kena pesan kat kau macam itu. Kau tu lelaki. Jangan nak menggatal tengok perempuan lain.”

“Aku nak tengok jugak. Haha !”

Aku takut dia tinggalkan aku. Hanis, kenapa aku rasa yang kau bakal meninggalkan aku suatu hari nanti?

………………………………………..

       Setelah berbulan berlalu, aku dan Hanis jarang berhubung. Masing-masing sibuk dengan pembelajaran masing-masing. Hanya sesekali saja Hanis menghantar mesej untuk bertanya berkenaan kesihatan ibu aku. Sejujurnya, ingin saja aku menghantar mesej setiap hari kepada Hanis. Aku rindu dan sedih. Aku tidak dapat mengawal perasaan aku. Kenapa Hanis dah berubah? Kenapa dia tidak lagi mesej-mesej dengan aku seperti dulu?

Malam itu,

“Assalamualaikum Aqil. Aku mintak maaf lama tak contact kau. Sebenarnya, berbulan ni aku dah joinusrah dan badan dakwah. Banyak benda aku belajar. Aku rasa seronok sangat. Cuma satu hal yang selalu menganggu fikiran aku.”

“Kenapa? Kau nak tinggalkan aku kan? Kau dah jumpa lelaki yang lebih soleh dan baik dari aku kan?!”

Hanis blue tick.

“Hanis ! Jawab Hanis !”
“Kau ingat aku ni murah sangat ka Aqil? Aku takda masa la nak carik lelaki lain. Aku bukan nak tinggalkan kau. Aku cuma nak masa yang tentukan semua. Aku nak mula jaga ikhtilat. Selama ni perhubungan kita salah. Sampai bila nak macam ni? Kita bawak imej Islam Aqil.”

“Tak, sekarang ni kau jawablah kau memang nak tinggalkan aku kan ! Aku cuma nak jawapan ya atau tidak saja!”

Aku menangis teresak-esak. Hanis, betul lah sangkaan aku selama ni. Kau akan tinggalkan aku.

“Aku tak nak pakai istilah ‘tinggalkan’ kau. Aku cuma nak kita sama-sama cari cinta Allah dulu Aqil.”

“Hanis, kenapa kau buat aku macam ni? Selama ni aku jaga pergaulan aku dengan perempuan lain. Aku jaga mata aku. Aku jaga hati aku. Aku jarakkan diri aku daripada perempuan apa semua untuk kau Hanis !”

“Untuk aku? Kau buat untuk aku? Sepatutnya kau buat semua ni untuk Allah. Bukan untuk aku !”

“Aku buat untuk Allah, tapi bersandarkan pada kau Hanis. Tolonglah faham.”

“Maafkan aku Aqil.”

 Hanis block aku dalam Whatsapp.

      Berhari-hari aku tunggu mesej daripada dia. Aku cuba menghubungi dia namun hanyalah peti suara yang masuk. Aku berasa sangat kecewa dan sedih. Solat aku lewatkan, surau aku tinggalkan, kuliah aku ponteng, dan juga Al-Quran aku tak sentuh. Fikiran aku bercelaru. Perkara yang sama bermain dalam benak fikiran aku.

‘Sampai hati kau Hanis. Aku buat semua untuk kau. Sampai hati kau tinggalkan aku macam tu ja. Aku korbankan muka tak malu aku pergi jumpa mak bapak kau. Arghhh’

……………………………………….
“Bro, jom pergi masjid.” Kawan serumah aku, Hazim, mengajak aku.

“Kau pergilah dulu. Jangan kacau aku.”

      Sejak kebelakangan ni aku menyibukkan diri aku dengan bermain video game. Makan pun sehari hanya sekali itu pun kalau aku rajin untuk keluar membeli makanan. Aku tidak pernah menyuruh kawan serumah aku, Hazim untuk membeli makanan kerana dia jarang berada di rumah. Hazim seorang lelaki yang baik. Dia sangat aktif dalam badan dakwah dan jarang berada di rumah. Mungkin dia sibuk dengan pelbagai program universiti atau badan dakwahnya.

“Aqil, kau ada masalah ke? Tak nak cerita kat aku?”

“Takda apalah bro. Pergilah masjid. Nanti lewat.”

“Aku nak kau pergi dengan aku kali ni. Jom, bro? Lepas solat aku belanja kau makan chicken chop nak?”

Perut aku berbunyi tatkala mendengar perkataan chicken chop tu.

“Aduh bro ! Bunyi tu tandanya setuju lah kan?” Hazim mengenyitkan matanya kepada aku.

     Malam itu, entah mengapa hati aku tergerak untuk mengikuti Hazim ke masjid. Bukan sebab Hazim menawarkan chicken chop kepada aku, tetapi hati aku ni seperti rindukan sesuatu. Ya, aku rindukan rumah Allah.

     Sejurus selepas selesai solat Isyak, aku mula berdoa kepada Allah. Aku juga menunaikan solat sunat taubat. Aku mula menangis dan terus menangis tanpa henti.

“Aku memohon keampunanmu ya Rabb. Aku berdosa padaMu. Ampunkan hambaMu ini. Terimalah aku kembali ya Rabb.”

     Dari jauh Hazim terlihat sekujur tubuh yang sedang terinjut-injut menangis sambil berdoa. Ya, itulah Aqil, sahabat serumah yang telah lama tidak kelihatan ke masjid. Hazim tersenyum lantas air mata jernih mengalir di pipinya. Dia melangkah mendekati Aqil.
     Aku menoleh ke belakang setelah selesai berdoa. Terlihat Hazim yang sedang duduk bersila sambil tersenyum di belakang aku.

“Kau dah kenapa tersenyum-senyum belakang aku. Kau jangan, ni dalam masjid ni.”

“Haha ! Kau gila ke, Aqil ? Aku straightokay. Aku cuma rindu nak tengok kau datang ke masjid. Setelah sekian lama, tahniah bro !” Hazim menepuk bahu aku.

“Terima kasih, Hazim.”

“Sebenarnya, aku tahu apa masalah kau.”

“Masalah aku? Kau tahu? Macam mana kau tahu? Aku tak pernah cerita pun?”

“Setiap malam kau mengigau sebut nama gadis tu. Apa nama dia? Hanis?”

“Jangan sebut dah nama dia ! Meluat !”

“Bro, aku mungkin tak tahu banyak tapi aku nak cakap sikit boleh?”

“Cakap banyak pun aku tak kisah asalkan kau belanja aku macam kau janji tadi.”

“Adui, ke situ pulak kau ! Kau cintakan dia kan? Kerana apa kau cintakan dia? Adakah betul kau cintakan dia kerana Allah?”

“Kau cakap apa ni? Aku tak nak cakap pasal hal ni.”

“Bro, please…”

“Hmmm. Aku cintakan dia. Aku sangat cintakan dia. Dia orang pertama yang aku cintai. Aku tak tahu definisi cinta kerana Allah tu macam mana tapi aku nak dia jadi isteri aku. Aku nak dia Hazim. Setiap kali aku berdoa, aku takkan lupakan nama dia dalam doa aku. Aku berdoa sangat biar dia jodoh aku dan dia akan jadi isteri aku. Kau bayangkan, setiap hari bro ! Aku selalu berdoa untuk kebahagiaan dia tapi akhirnya dia tinggalkan aku macam tu ja !”

“Dia ada bagitahu kau dia tinggalkan kau sebab apa?”

“Hmm. Dia cakap dia nak masa yang tentukan semuanya. Dia nak kejar cinta Allah dulu.”

“MasyaAllah, kau tak rasa ka keputusan yang dia buat tu baik? Kalau kau kata kau cintakan dia sebab Allah, kau takkan tinggalkan ibadah yang kau buat selama ni hanya kerana dia dah tinggalkan kau. Kau jaga mata, jaga hati, jaga pergaulan dengan ajnabi, adakah disebabkan Allah? Kalau betul kau buat sebab Allah, bila dia dah takda, kau takkan tinggalkan semua tu. Kau takkan ungkit setiap malam sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Kalau kau buat sebab dia, maka bila dia dah takda, inilah jadinya. Kau mula rasa bercelaru, kecewa, sedih bahkan masjid pun kau tinggalkan.”

Aku mula menangis apabila mendengar nasihat Hazim.

“Aku sedar Hazim, aku salah. Aku salah. Aku berdosa pada Allah. Niat aku dah salah dari awal lagi. Tapi… Kau tak tahu betapa sakitnya ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Orang yang kita cintai. Aku sayang dia sangat. Waktu ibu aku sakit, aku hilang harapan, dia datang bagi semangat kat aku. Aku rasa macam dia lah penyebab aku sampai ke universiti sekarang. Bila dia dah takda, aku rasa lemah sangat. Apa aku nak buat Hazim? Aku rasa sangat kecewa.”

“Bro, redha bro. Kau kena redha. Kau nak kembali kepada Allah kan? Dia buat benda yang sama bro. Dia jugak tengah cari jalan dia kembali kepada Allah. Aku tahu aku tak pernah rasa kehilangan orang yang aku cintai, aku hanya boleh nasihat. Kau kena ingat bro, aku tak rasa benda ni jugak mudah buat dia. Dia sayangkan kau kan? Mestilah keputusan ni berat sangat buat dia tapi semangat dia nak kembali ke jalan Allah tu kau sepatutnya berbangga dicintai dan mencintai perempuan yang sanggup bertahan dengan nafsu untuk mencari cinta yang diredhai Allah. Bukan senang nak jumpa wanita macam ini.”

      Aku mengangguk lantas Hazim memeluk aku. Aku tidak dapat menahan kesedihan lalu berjurai juga air mata lelaki aku ini. Ahh ! Malu betul aku hari ini, banyak sangat menangis di hadapan Hazim. Tak macho langsung aku ! Aku mula tersenyum.

     Sejak itu, aku kembali seperti diri aku yang dahulu. Hari demi hari, aku dapat melupakan perasaan aku kepada Hanis. Antara dua cinta, aku pilih cinta Allah dahulu. Hanis? Aku tunggu kau. Aku akan selalu tunggu kau.

Bersambung... 

0 comment:

Post a Comment

Think before you act. ;)