Bab 2 : Garisan Halus
“Assalamualaikum..”
Aku memberi salam. Sungguh aku tidak sangka
yang aku berani untuk bertemu dengan Ahfaz. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu
apa tujuan aku datang ke sini tetapi selepas sahaja bertemu dengan Ustazah
Shuhada tadi terus saja aku ke sini. Ajaib sungguh. Apa agaknya ustazah jampi
kepada aku ni?
“Waalaikumussalam,
kejap ye.” Entah suara siapa yang menjawab salam. Aku berharap bukan Si Rahimah
‘jet suci’ itu.
“Eh, Aminah?” Nasib aku
baik harini. Ahfaz yang membuka pintu. Kalau Si Jet Suci tu yang buka pintu
tadi, sah-sah aku lari.
“Ye, akulah. Kenape?
Aku comel sangat ke sampai kau terkejut tengok aku?” Kenapa agaknya aku tidak
cuba berkata-kata dengan nada yang lebih mesra. Alahai, memang aku ni cari
nahas kat depan bilik orang lain.
“Ye, engkau nampak
comel bertudung menutupi dada. Marilah masuk. Tak perlu risau, Rahimah takde.”
Aku mengambil tempat untuk duduk di sebuah
katil kosong yang kemas dan rapi. Katil Jet Suci ke ni? Getus hati aku.
“Ye, itu katil Rahimah.
Pandai kau teka.”
“Haaa? Kau boleh baca
apa yang aku fikirke?”
“Takdelah. Cara kau
termenung pun aku dah boleh agak. Ha, engkau ada ape datang sini? Ade masalah
yang engkau nak kongsikan ke? Atau ade benda yang engkau musykil bab-bab fekah
ni?”
“Eh, tak ! Bukan sebab
tu aku datang. Kalau bab-bab fekah aku straight
away je tanya Ustazah Shuhada,”
“Oh, habistu?”
“Aku nak..nak mintak
maaf dengan engkau,”
“Mintak maaf dengan
aku? Kenape? Kau mengumpat aku ekk,”
Aku tidak berasa ganjil apabila berbual
dengan Ahfaz. Dia sangat mesra walaupun selama ini surat teguran yang aku
terima langsung tidak bernada kemesraan. Dia memaafkan aku atas kesalahan aku
bersangka buruk. Dia juga meminta maaf kerana merahsiakan perkahwinannya itu
dan tidak bertegur sapa dengan aku selama ini.
“Sebenarnya, aku juga
nak minta maaf atas kekasaran Rahimah selama ini kat kau. Aku rasa dia
sebenarnya tak berniat pun nak buat macam tu,”
“Ah, aku tak kisah pun
. Apa yang penting, aku terima nasihat-nasihat dia walaupun sakit untuk aku
terima. Memang salah aku pun tapi aku harap engkau tolong aku ya dalam
perubahan aku ni,”
“InsyaAllah, selagi aku
masih hidup selagi itulah aku akan bantu engkau,”
“Terima kasih Puan
Ahfaz. Hehe.”
“Eh, tuanya gelaran
puan tu!”
................................
“Aisyah, kau tak teringin ke nak pakai
niqab?”
“Niqab? Tingginya
harapan engkau nak suruh aku berniqab Mina oi,”
“Takdelah. Engkau tu
aku tengok, macam sempurna je. Tak salahkan engkau nak ke step seterusnya?”
“Tak naklah aku. Bagi
aku, aku pandang orang yang berniqab ni punya ilmu yang banyak. Memang aku respect orang yang berniqab ni. Aku ni
banyak lagi kelemahannya. Gelak pun masih kuat terbahak-bahak lagi macam
manalah nak berniqab,”
“Oh, begitu rupanya.
Aku pun teringin juga nak tengok kau pakai niqab. Saje je,”
“Kenapa tiba-tiba kau
sebut pasal ni?”
“Takdelah. Aku tengok
senior-senior kita yang berniqab tu lawa sungguh. Aku nampak muka diorang waktu
tengah makan tadi. Kalau aku jadi lelaki, dah lama cair doh!”
“Haha! Engkau ni lah.
Itulah yang aku takut. Kalau engkau sendiri sebagai perempuan pun dah cair
apatah lagi lelaki. Aku tak mampu nak kawal. Aku tak kuat macam tu. Macam mana
kalau ade lelaki tackle aku ke, aku
cair macam mana?”
“Sape yang nak kat
engkau. Setakat ni pakwe pun takde. Haha!”
“So mean !”
.......................
“Engkau mesej dengan sape tu Ahfaz? Aliff
ke?” Soal Rahimah dengan nada yang tegas.
“Eh, taklah . Aliff
sibuk kerja,”
“Habistu? Sejak bila
kau pandai mesej selain daripada Aliff ni?”
“Ini em kawan aku.
Kawan sekolah rendah, jumpe balik waktu keluar outing haritu,”
“Oh, ok”
Ahfaz merahsiakan persahabatannya dengan
aku. Aku tahu itu. Aku sendiri yang minta supaya dia merahsiakannya. Aku tak
nak Rahimah menjadi penghalang kami berkawan.
“Aku gagal,” Tiba-tiba
Rahimah bersuara.
Gagal apenya?”
“Aku gagal mengawal
hati aku untuk tidak jatuh cinta terhadap ajnabi,”
“Rahimah, jatuh cinta
itu fitrah manusia. Allah berikan kita rasa cinta itu untuk menguji kita sejauh
mana kita boleh bertahan untuk tidak terjebak ke lembah zina,”
“Itu yang aku takut,”
“Sape dia? Aku kenal
ke? Pelajar sini ke?”
“Zharif,”
“Zharif?! Engkau biar
betul Rahimah ! Setegas-tegas engkau ni kau boleh jatuh cinta kat lelaki yang emm
playboy macam tu?”
“Aku nak solat.
Assalamualaikum”
Rahimah meninggalkan Ahfaz
terpinga-terpinga. Ahfaz sungguh tidak sangka bahawa Rahimah seorang muslimah
yang sangat tegas pendiriannya mampu jatuh hati kepada lelaki yang sebegitu.
Zharif juga merupakan pelajar kolej yang sama. Dia mempunyai perwatakan yang
amat buruk kerana dia sering dipanggil ke bilik kaunseling. Dia juga merupakan
seorang kasanova. Lelaki yang mampu memikat sesiapa sahaja wanita yang ingin didekatinya.
....................................
“Andaiku tahu, kapan
tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku..”
Aku menyanyi sendirian. Memang sedap sangat
suara aku ni. Hai, kenapalah aku tak ujibakat AF haritu. Kalau tidak, boleh
kalahkan Firman doh !
“Tak sedap pun suara
engkau. Sedap lagi suara engkau kalau baca Al-Quran. Dah lama aku tak nampak
engkau baca Al-Quran, sentuh pun tidak,”
“Eh, aku sentuhlah !
Waktu nak solat aku selalu sentuh Al-Quran. Aku malaslah. At least, aku sentuh juga daripada tak kan?”
“Aku rasa macam nak
tonyoh je muke kau dengan sabun pencuci yang aku baru beli tadi. Pandainye
engkau cakap. Engkau tahu tak, ade orang sehari dia tak baca Al-Quran pun hati
dia dah jadi gelisah. Rasa macam tak tentu arah. Kita ni macam mana? Daripada
hari-hari engkau cium gambar Jun Matsumo tu baiklah engkau cium Al-Quran tu.
Dialah yang nak tolong kita kat akhirat nanti. DIA! Takde sape dah yang boleh
tolong kita tapi kita ni nak ke bantuan dia? Kita kata kita nak, hasilnya kita
tak cuba pun cari dia untuk minta bantuan?”
Tanpa aku sedari, Aisyah menitiskan air
matanya. Aku sedar salah aku. Lama dah aku tak baca Al-Quran tu. Aisyah memang
baik. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku seorang sahabat yang
sangat baik. Tanpa dia, aku hilang arah ya Allah. Aku hilang.
.............................
Alhamdulillah, ini penulisan Hana yang kedua. Moga-moga bermanfaat. Bagi yang tak baca lagi Bab 1. Boleh tekan sini . Garisan Halus : Bab 1