Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Wednesday 11 November 2015

Mudah Terusik.

Hyep assalamualaikum !

Lama tak bercerita dalam ni. Maaflah atas kesibukan yang melampau. Baru habis exam final sem 1. Regarding to my previous post about my cat, please let me know if you guys have any information to share.

Soooo,,,, mudah terusik? Apa yang mudah terusik nih?

HATI


Ya , hati perempuan sangat mudah terusik. Lebih-lebih lagi hati perempuan yang berusaha menjaga ikhtilat. Seriously, I need to share benda ni kat semua especially lelaki, You know why because lelaki suka sangat usik perempuan walaupun dia saja main-main takda rasa apa pun kat perempuan. Tapi perempuan? Perempuan lain weyh, perempuan ni sangat mudah terusik. Senang perasan. Haishh nak buat cenna? Dah ditakdirkan hati perempuan ni lemah. Dahla kami ni spesis yang banyak nafsu. Mungkinlah ada certain perempuan yang ' padiaaa, setakat laki tu komen ja pun '

Ceyh. Tidak biasa bagi perempuan yang tak biasa dengan lelaki. Like I give a example for myself, Hana actually garang dengan budak lelaki. Dari kecik lagi Hana main ngan budak lelaki, memang Hana suka gaduh-gaduh dengan budak lelaki. Bila dah besar, memang masih garang lagi. Tapi arghhhh mudah cair weyh. Seriously, sebabtulah Hana lebih suka elakkan diri daripada bergaul dengan lelaki. Waktu zaman jahiliyah tu semua kita tak mau cerita. Cerita yang sekarang.

Tolonglah lelaki. Kalau hampa just nak main-main usik. Tadak rasa apa-apa tolonglah jangan mendekati. Bila hampa mendekati perempuan yang tengah berusaha menjaga ikhtilat, nanti takut dia kecundang, Takut hati dia terusik lalu lupa matlamat dia untuk menjaga ikhtilat disebabkan hampa.



Tak rasa bersalahkah wahai lelaki? Lepastu hampa mungkin akan amik step untuk senyap macam tu ja. Perempuan tu mesti asyik teringatkan hampa sampai lupa, LUPA MATLAMAT DIA UNTUK JADI WANITA SOLEHAH. Argh, benda ni berlaku pada diri Hana sendiri. Bila orang duk cuba mendekati atau mungkin Hana lebih suka pakai istilah 'try'  perempuan, Hana mungkin akan terusik sebab yang mendekati ni kadang jenis yang baik-baik tapi baik tak jaga ikhtilat hancuq juga weyh, Huhuhuhu. Habis Hana lupa matlamat nak jaga ikhtilat. Benda macam ni selalu jadi kat laman sosial memandangkan kita dah direct message semua.

Wahai kaum Adam, Hana wakil daripada perempuan sekali lagi nak pesan, kalau takda niat yang baik. Kalau tadak point, just suka-suka untuk diri hampa. TOLONGLAH JANGAN MENDEKATI WANITA. Respectlah wanita yang sedang berusaha menjaga agama Allah. Hana tak maksudkan diri Hana ja, semua perempuan lain yang 10 kali ganda baik daripada Hana yang tengah berusaha tu, tolonglah respect. Please.

My Cat Needs Help !

Hyep assalamualaikum !

Lama tak menaip. Tengah cuti sem sekarang ni. Let met straight to the point, Tutti ( my cat ) is currently suffering from Sporo ( sejenis penyakit ) . The medicines are very expensive and of course I cannot afford them. If you guys ada tahu cara yang I can treat my cat naturally without using money boleh tak share kat komen?

Please help me. hmm :'(


Thursday 13 August 2015

Love Story Zaman Kanak-kanak.

Hyep assalamualaikum !

Uolls sihat? UPS dah habis fuhh. Susah gila. Hmmm dah dah tanak cakap pasal exam. Entry kalini Hana sangat interested nak share ngan korang pasal kisah cinta zaman kanak-kanak yang dialami oleh sahabat baik Hana sendiri which is Mira !

Korang pernah tak waktu zaman kecik-kecik dulu, boys bagi kat korang surat cinta ke, bunga merah yang kecik-kecik tu yang duk petik kat semak samun *yang ada madu tu. Hampa duk isap-isap tu haha. Pastu budak laki usik-usik last-last cakap nak kahwin ngan kita lah. Ha ada tak? Ambuihh senyum manjang. As far as I remember, dalam life Hana waktu tecik-tecik takda lah pulak alami zaman sweet-sweet cenggini. Yang Hana ingat, suka gaduh ngan budak laki haa. Tudiaaa, duk main tuju kasut ja ngan budak laki dulu. Tadak lah pulak mana-mana manusia berjantina lelaki cakap suka kat Hana.



So back to the point, al kisahnya ni waktu darjah 2. Ada budak laki ni nama Ariff minat gila ngan Mira . Sebabnya, dia suka ngusik-ngusik Mira dalam kelas. Suka tendang-tendang kerusi Mira. Yang takleh belahnya dia suka bagi surat cinta kat Mira. Yang si Mira pulak dengan angkuhnya suka marah dia. Siap koyak surat cinta tu depan mata dia pastu buang dalam tong sampah lagi tu ! Perghh. Kalau Hana ada kat situ, Menyaksikan apa yang Mira buat kat si Ariff tu mesti lawak enn. Bukan tu ja, selalu jugak si Arif tu kena marah dengan Mira. Kata Mira, dia benci gila kat Ariff tu. Haha T.T

Sekarang, Ariff tu dah hensem. Dulu dia gemuk sikit. Haa Mira pulak yang rasa menyesal ye dak. Haha tulah orang kata kalau benci sangat lama-lama sayang. Tapi Mira kata dia tadaklah minat kat Ariff tu cuma yelah, mestilah bila teringat balik rasa benda tu sweet. Hahaha. Kalau Hana kan, Hana akan carik childhood friend yang pernah suka kat Hana dulu. Mana tau, boleh jadik suami huahua.

Kisah kedua

Ada mamat ni nama Arif jugak waktu darjah 5 camtu minat kat Mira jugak. Aisyehh semua nama A minat kat Mira ni pa cita en en. Tapi takpa kita sambung cerita. Al kisahnya Mira dapat tau yang dia suka kat Mira sebab budak tu kan selalu bagi password dia kat Mira. Dulu kan zaman friendster bagai so budak tu suka bagi password dia kat Mira. Tapi ada satu akaun budak tu yang satu lagi dia tamau bagi password dia kat Mira. So Mira pun cariklah password budak tu sampai jumpak. Dia main-main dengan button forget password untuk tau password Arif tu. Tengok-tengok password mamat tu 'arifmira' . Haha ini semua poyo. Kantoi ah kan. Macam lawak ja. Lepastu Mira pun esoknya bagitau kat budak tu yang dia dapat tau password Arif tu. Sejak tu depa dah tak rapat lol.


 Haaa dahla penatlah menaip. Kalau hampa nak tau lagi kisah cinta Mira waktu zaman kanak-kanak dia, pergi pm direct kat dia. Nah instagram Mira @mir.aa .

Tapi Mira ni waktu kecik-kecik ja ramai peminat. Besaq gedabak cemnih hampeh satu pun tadak. Hahaha. Itu kata dia. Itulah, hidup ni ada kifarah lololol. Yang penting, Hana tadak kisah pelik-pelik cenggini. Hehehe.

Korang pun mesti ada kisah cinta waktu zaman kanak-kanak kan? Cer share sikit haha XD
Saturday 8 August 2015

Malam hening.

Hyep assalamualaikum !

Dah lamanyaa tak update blog. Berhabuk dah gamaknya ye. Maaflah kepada kawan-kawan yang pernah setia mengikuti perkembangan blog Hana. Hana gak sibuk since masuk matrik. MATRIK?

Hampa mesti terkezut en en.. Sebabnya sapa yang kenal Hana, of course tahu yang kalau boleh Hana nak elakkan masuk matriks, Banyaklah reasons on why Im avoiding matriks before this. Tapi BEFORE this lah kan, but now Im a Penang Matriculation College's student. Just one year. Im not going to let myself duk lama-lama kat sini. Haha ! Banyak keja kot kan duduk sini. Ya lah, can you imagine how those people yang amik diploma belajar 3 years but all of us yang amik matriks ngan asasi ni belajar setahun untuk semua tu. Ratio dia 3:1. Bayangkan betapa lajunya pembelajaran kami.

So, hadik hadik yang dikasihi yang nak masuk matriks fikir baik-baik. Kalau korang rasa memang nak amik jalan cepat. Fast track lah kononnya untuk sampai ke degree so just amik ja matriks. Best sebenarnya matriks ni. Memang penat but if you manage to adapt dengan surrounding, ada ramai kawan-kawan, well its not a problem for you to choose matriks. Pembelajaran dia well memang agak ah sama macam spm but mendalamlah. So if you have a very strong basic in your science, acc ke , technical subjects ke before this in your spm , means that korang memang boleh je adapt dunia matriks.

Macam hakak ni, basics tak strong kot waktu spm. Memang dalam kelas hakak lah keputusan spm yang tak gempak. But alhamdulillah, I push myself a little bit bila duduk sini. Lantaklah nampak bodoh ke macam tak belajaq apa ja waktu spm dulu pun I just keep asking and asking people for the sake of ILMU. Sebenarnya taknak cerita panjang lebar pun. Bukan nak buat entry untuk adik-adik lepasan spm ka yang baru nak amik spm ka. Dak, ni tengah study ha. Stay up sebab Mid Sem Exam Isnin ni. Duk study chemist alang-alang tu bukaklah sat blog ni haa.

Pray for me eh untuk mid sem test ni. Cukuplah dapat sekadar yang Allah redha. Tak kejar 4 flat. Cuma nak yang terbaik. Allahummayassirwalatuassir. :)



Jamuan Raya aka Silang Budaya KMPP 2015.


Tuesday 7 April 2015

Mungkin Tak Cukup.

Assalamualaikum..

Bila engkau tengok kawan-kawan lain sedang seronok dapat tawaran belajar ke situ ke sini. Seronok sebab result SPM semua A. Seronok. Aku pernah rasa seronok sebab berjaya dapat semua A dalam PMR. Pernah. Tetapi tidak waktu SPM.

Cemburu? Kecewa?

Apa lagi yang tak cukup Tuhan bagi pada aku. Tak. Semuanya terlalu cukup. Terlalu banyak yang Tuhan yang Maha Esa berikan. Cuma aku tidak kenal erti syukur sebab itu terlalu sedih. Rasa sedih bila tengok aku tak dapat rasa perasaan seronok macam orang lain.

Mungkin tak cukup. Tak cukup aku beribadah kepada Dia. Tak cukup perkara-perkara sunat yang sepatutnya aku buat untuk Dia. Mungkin tak cukup usaha aku  dalam SPM dahulu. Dan tak cukup bersyukur dan memujiNya . Maafkan aku Ya Rabb. Maafkan aku kawan-kawan. Aku juga manusia. Kadang alpa.Maafkan aku kerana tidak dapat bergembira macam orang lain.

Azam dalam diri yang engkau akan usaha lebih daripada sebelum ni. Allahu..
Friday 20 March 2015

Jangan Hanya Berdiam. Kongsi !

Hyep assalamualaikum !

Panas sungguhkan harini, ish ish . Eh, nanti ada orang akan cakap 'panas lagi kat padang mahsyar'.

Ambui. Hihi. Panas-panas cemni panas lagi hati Hana nak bersuara nih.

Ramai sekarang ni Hana tengok alhamdulillah dah berubah. Ya, ramai yang dah berubah. Mula bertudung labuh semua. Mula pakai stoking. TAPI  ! Ha, ada tapi tu. TAPI ini tidak bermaksud korang terlepas daripada tanggungjawab korang sebagai seorang Muslim Muslimah.

Sedang kita seronok dengan perubahan kita, kita rasa selesa. Lupakah kita ada lagi saudara-saudara seislam dengan kita yang masih di belakang. Masih keliru dalam kehidupan depa. Uish cenna tu?


Ada yang masih tak tutup aurat lagi. Ada yang masih solat tak cukup lima waktu lagi. Ada yang kurang ilmu agama. Takkan kita nak biar ja depa terkapai-kapai dalam dunia ni? INGAT. Kita ni share satu bumi, share satu ayaq ( yang mai dari laut tu). Share jenis oxygen yang sama.

Takkan ilmu tamau share kot? Bila kita dah berubah tu bermaksud ilmu kita dah mula bertambah. Pehtu nak buat? Nak peram buat pekasam? Kongsilah dengan kawan-kawan. Tarbiyah weyhh. Bukan bermaksud kalau kita banyak bercakap, banyak beringat dengan kawan-kawan kita ni annoying. Dak ehh sapa cakap macam tu mentaliti dia tu kena campak ke laut.

Kononnya kalau kita dah berubah, kita kena jadi pendiam ja. Diam angguk geleng-geleng. Pastu apa yang kita keluarkan? NOTHING. Memang Islam ajar kita supaya banyak berdiam. Tapi berdiam kalau tadak benda penting nak cakap. Kalau ada perkara atau ilmu kita nak share, takkan nak diam kot?



Hana tengok mentaliti masyarakat kita sekarang suka ingat orang yang banyak bercakap ni annoying. Orang yang banyak berdiam ni baik. Tak salah berdiam, tapi dengan berdiam kita dapat sumbang apa-apa ka dekat Islam? ADAKAH PEJUANG HANYA BERDIAM DIRI?

TIDAK.

Yang namanya pejuang tu dia kena banyak usaha. Banyak menyumbang. Jangan hanya berdiam. Tolong kawan-kawan kita yang terkapai-kapai tu sama. Bila kita ingatkan orang maka kita akan sentiasa beringat kat diri sendiri jugak. MALU? Tu ha Moment Wechat ada, Instagram, Twitter, Facebook. GUNAKAN ia untuk dakwah . Bersuara. Kongsi ilmu dengan kawan-kawan.


Monday 16 March 2015

Bercinta gaya barat. Islamkah kita?

Hyep assalamualaikum !

Lamanya nya nya nyaaa tak update blog. Dahla tak update cerita Garisan Halus tu. Mohon maaf ya. Haha. Haritu lepas result ada kem. Lepastu ada macam-macam event nak kena pi KL lah balik mai Penang pulak. Hambui, sibuk beno.

Bercinta gaya barat. Islamkah kita sebenarnya ni?

Tanya pada diri anda.

Aku pernah bercinta tak? Pernah. Siapa yang tak pernah. Even sebaik-baik manusia pun pernah bercinta. Cuma depend pada ujian seseorang. Ada yang Allah uji dia tak pernah couple. Acey kononnya dia tak pernah bercinta, just crush crush kat orang ja. Katanya aku suci sebab tak pernah couple. TAPI dia tak sedar. Allah uji dia kot lain. Allah uji dia dengan aurat, Allah uji dia dengan kpop. ADA ja orang yang tak pernah bercinta diuji dengan lain cara.

Kenapa ya Hana cakap BERCINTA tu kita sedang diuji? Bukannya maksud Hana, Tuhan uji iolls sama ada uolls cintakan iolls tak gittew kejadah tu bukan. Masing-masing dah besar panjang. Boleh fikir sendiri. Bila kita mula bercinta nafsu ni yang sebelum kahwin ni memanglah namanya diuji. Yalah, cara ni sangat senang nak hampiri zina. Walaupun kita kata ahh tak buat apa pun. I sentuh dia pun tak pernah. EH , JANGAN BERLAGAK. Banyak ja Hana baca dalam newspaper, majalah yang orang baik-baik tak pernah tinggal solat pun boleh terlanjur dengan gepreng dia sebab berduaan.



Hana tahu. Ramai ja antara kita ni yang pernah bercinta atau sedang bercinta. Tak kisahla macam mana sekali pun. Nak bercinta? Hana sebagai kawan, Hana tak halang TAPI Hana tak halang bila umur hampa dah besar panjang . Ramai ja kahwin awal kan. Dah 20 tahun pun kahwin dah. So tak boleh nafikan lah umur 18 macam ni hampa terfikir nak kahwin nak carik pasangan tapi at the same time hampa study. Tu ikut suka hampa lah nak buat apa pun.

CUMA, Hana nak tegurlah. Tak kisahlah siapapun. Kita ni bukan mainlah, bercinta macam BARAT.. Macam mana tu?

Minum air kongsi straw, Kononnya sweetlah.

Simpan habis gambar-gambar gepreng boypreng dalam fon. Sampai gambar dia bersin pun hampa simpan. Takpa, kononnya sweetlah. Love is blind. Even your face the ugliest but I can still look at you like youre the prettiest.  Come on lah, adik hang bersin kat muka hang pun hang marah-marah. Ni orang yang tiada kaitan dengan hang pun hang sanggup. Kita ni terpengaruh dengan ayat-ayat orang Barat duk cipta. Sedarkah kita?

Asyik-asyik date. Kepebenda jadah puii apa lah hampa duk buat. Tak bosan ka weyhh? Asyik-asyik jumpa. Sembang apa pun taktau. Kononnya bercinta macam bestfriend. Cerita semua benda sebab hampa anggap pasangan hampa macam kawan baik. Ayat barat. The best thing about love is the couple act like bestfriend. Barat jugak. Cuma hampa translate ja. Islam tadak ajar eh semua tu.

Date ni jugak Hana nak tegur. Tolonglah. Kita orang islam kan? Apa perasaan hampa bila duduk dekat-dekat dengan yang bukan mahram? Yang perempuan tiada rasa malu ka? Tak takut ka? MasyaAllah. Kita tak kisah duduk sebelah dengan yang bukan mahram bahu kena bahu . Tadak apa ka bagi hampa? Tolonglah fikir. Malulah. Ada orang yang sampai punyalah nak lalu sebelah lelaki pun takut inikan pulak kita? Kita tadak rasa MALU ka? Kawan-kawan, Hana tanya ni. TAK MALU ka?



Allahu. Kalau tak malu. Malulah dengan Rasulullah. Sedih kalau dia tengok umat yang dia sayang buat macam ni. Orang lain sedang bertungkus lumus nak hafal AL QURAN. Kita buat perkara yang memalukan.

Tak salah bercinta. Tapi biarlah betul. Bercinta ni kalau betul dah nak kahwin, dengan cara yang betul lah perhubungan kita tu. Tak bodoh aih kalau tak ikut BARAT. Hana pun pernah jahil dulu. Sama-samalahh kita beringat.

Sunday 15 February 2015

Menghitung hari.

Hyep assalamualaikum !

Ya Allah, lama sungguh Hana tinggal blog ni. Haha gelak sikit. Sorry ya kat readers. Sebelum ni Hana keja, lepastu buat business pulak. Mana tak busynya kann .

Just a normal post kalini, lagi berapa hari ja lagi nak keluar RESULT SPM. Ya Allahu, hanya Allah je tau betapa gundah gulananya hati ni. Kahkah. Dengar kata result tahun ni teruk. Entahlah, Hana redha ja apapun result Hana. Bukan boleh reverse balik nak perbetui kesalahan kita. Apa pun Hana tawakaltualallah.. 

RESULT SPM : 15 HARI.

#HanaShuhadaSarizatSPM9A.
Sunday 4 January 2015

Garisan Halus : Bab 4

BAB 4 : GARISAN HALUS

“Aisyah, kau pasti takde barang yang kau tinggalkan?” soal Aminah sambil membetulkan tudungnya. Sudah 10 minit agaknya dia membetulkan tudungnya tetapi ada sahaja yang tidak kena.

“Alhamdulillah semua dah bawa rasanya. Ha, kau tu Mina dari tadi asyik tiup-tiup je tudung tu. Tak jadi lagi ke tudung tu?”

“Tak. Aku tak tahu la kenapa harini juga dia nak buat hal. Kembung pulak tudung ni.”

“Alah, kau bukan nak pergi dating ke ape. Kau nak hantar aku je kan?”

“Yelah, tapi macam kau tak kenal perempuan. Kalau kau pun mesti geram kalau tudung tak jadi.”

“Sini aku tengokkan. Bismillahirahmanirrohim. Ha, kan dah jadi?” Aisyah membetulkan tudung Aminah dengan lembut sekali beserta bacaan ‘bismillah’. Akhirnya tudung Aminah ‘jadi’ seperti yang dimahukan.
   
Hari ini merupakan hari terakhir Aminah bersama Aisyah. Aisyah akan bertolak ke Mesir pada hari ini dan sudah pasti Aminah mahu kelihatan cantik untuk kali terakhir dia bersama sahabatnya. Bukanlah kali terakhir yang membawa maksud berpisah selama-lamanya tetapi maksud terakhir tu bagi Aminah ialah terakhir dia belajar, bergelak-tawa dengan Aisyah dan mendengar nasihat Aisyah. 3 tahun kot Aisyah pergi. Entah apalah yang lama sangat dibuatnya di sana, fikir Aminah.

....................................

     “Mina, jaga diri kau tu baik-baik ya. Jangan nakal-nakal waktu aku takde. Jangan buat benda-benda yang Allah larang. Buatlah baik-baik dengan Rahimah ye?” lembut Aisyah berpesan kepada Aminah.

“Yela yelah. In sha Allah, aku jage diri aku bebaik. Kau tu ha pun sama. Jaga iman ek kat sana. Yelah, tempat orang kan. Kita tak tahu apa yang bakal jadi. Aku takut. Aku risaukan engkau Aisyah,” Aminah cuba menguatkan hatinya supaya tidak menitiskan air mata di depan Aisyah. Tak ‘macho’ lah kalau dia menangis.

“In sha Alah, kau doakan aku ye. Fi hifzillah Aminah,” Aisyah meleraikan pelukan mereka lalu menarik begnya yang agak besar. Dia berjalan meninggalkan Aminah dan juga keluarganya

   Sayu hati Aminah. Terasa bagaikan satu hentakan yang kuat di hatinya apabila melihat Aisyah berlalu pergi. Ish, siapalah agaknya yang nak support dia nanti bila dia ada masalah? MasyaAllah, sungguh engkau uji aku kali ini Ya Rabb.

..................

“Hai Aminah !” sapa satu suara yang agak garau. Kalau garau tu lelaki punya suaralahkan. Tak mungkin perempuan, fikir Aminah.

“Hai. .. Er.. Zharif? Kau buat ape kat sini,” soal Aminah agak terkejut. Aminah sememangnya kenal dengan jejaka yang bernama Zharif ini. Sememangnya seorang yang agak popular . Siapa tak kenal? Nama yang selalu disebut-sebut oleh mahasiswi di sini , tetapi agak pelik secara tiba-tiba dia disapa oleh jejaka ini. Berkenalan pun tak pernah?

“Saja ja. Aku suka tengok kau. Kau comel, dah lama aku teringin nak berkenalan dengan kau. Lagipun kau pelajar first year kan?” soal Zharif dengan riak wajah yang sungguh menggoda.

‘Ah, handsomenya mamat nih !’ jerit hati Aminah. ‘Ish, tapi aku tak boleh cair nih. Ni semua tipu helah buaya darat yang jarang masuk sungai nih! Eh, ape aku merepek?’

“ Awak suka saya? Lawaknye. Sorrylah Encik Zharif. Saya takde masa untuk semua ni. Saya dah berpunya,” jawab Aminah selamba. Jual mahal jugak aku ni walaupun tak berpunya lagi, fikirnya.

“Yeke? Kalau macam tu takpelah. Haha, aku gurau je! Aku sebenarnya nak tackle budak-budak perempuan kat sini so that diorang boleh siapkan assignment  aku ni. Tak sangka kau ni lain pulak. Kalau budak lain confirm cair!”

“Maksud kau bila diorang cair, diorang sanggup tolong siapkan assignment kau ke?” bertukar pulak gelaran Aminah ke ‘kau aku’.

“Ha’ah. Aku memang selalu buat macam tu. Kuat jugak iman kau. Jarang nak jumpa perempuan macam kau.”

‘Ini bentuk pujian ke? Heh, nak seronok ka apa ni.’ Fikir Aminah.

“Yeke? Aku ni kuat iman? Tak semestinya aku tolak maksudnya aku ni kuat iman. Banyak je perempuan alim yang akan tolak kau berbanding aku. Ha yang kau ni, tak baik la nak mainkan perasaan perempuan macam tu. Mesti budak lain ingat kau suke diorang. Seriously aku tak setuju cara kau buat macam tu. Kalau nak orang lain buat assignment kau, bayarlah diorang. Kan senang? Daripada buat bende yang berbentuk penindasan macam tu,”

“Bayar? Ha’ah bijak jugak otak kau nih. Kau selalu duk buat ek?”

“Aku? Mestilah aku buat hahaha.” Aminah termalu sendiri kerana mengaku. Ish ish.

“Dah agak. Anyway aku Zharif . Jangan lupa nama aku. Kau Aminah, aku akan ingat nama kau. Bye, see ya !”

   Entah kenapa Aminah terasa selesa bergaul dengan Zharif walaupun baru saja berkenalan. Ish, ikhtilat kena jaga ! Pesan hati Aminah.

...........................

“Assalamualaikum ustazah,” Aminah memberi salam tatkala memasuki pejabat Ustazah Shuhada.

“Wa’alaikumussalam, ha duduk,” senyuman Ustazah Shuhada sekali lagi menenangkan hati Aminah.

“Saya panggil awak ni beritahu. Esok, awak akan dapat roommate baru.”

“Roommate baru? Dari mana tu ustazah?”

“Dia tu bekas pelajar sini juga. Cuma dia nak ulang semula exam dia kat sini. Dia gagal di sana, di Mesir,”

“Eh, macam tu pun ade ke?”

“Adalah dah ada. Ustazah nak kamu jagakan dia ye,”

“Jaga dia? Dah sah-sah dia tua lagi daripada saya. Takkanlah saya yang nak kena jaga dia? Dia tu sekarang mesti setaraf dengan budak tahun ketigakan?”

“Nampaknya macam tulah cuma dia dah gagal kat sana. Dia amik final kat sini sajalah. Ulang balik,”

“Hmmmm. Kenapa dia gagal? Tiga tahun kan belajar di sana? Macam Aisyah akan tempuhi sekarang?”

“Entahlah Aminah, nanti kamu tahulah.”


“Harap-harap Aisyah ke sana tak gagal macam dia.”

Tapi apa sebenarnya gagal yang dimaksudkan ustazah?

-Assalamualaikum, Hana mintak maaf banyak-banyak sebab lambat update.