Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday 19 December 2014

Garisan Halus : Bab 3

BAB 3 : GARISAN HALUS

“Weyh Rahimah, tolong aku kejap,” panggil Zharif.

“Tolong ape?”

“Ni ha aku tak fahamlah bab haid ni. Complicated  sungguhlah. Boleh kau terang tak? Nasib baiklah aku tak jadi perempuan. Kalau tak, aku sendiri asyik blur ja bila waktunya datang haid dan bila waktunya darah istihadhah.”

“Kau nak tahu ape? Perbezaan ke?”

“Ha,”

“Darah haid ni kau tahu kan ia sejenis darah kotoran yang keluar daripada rahim wanita manakala darah istihadhah ni pula ialah sejenis darah penyakit yang mengalir keluar daripada rahim wanita. Tak kisahlah penyakit sebab apa, kadang-kadang stress pun boleh keluar jugak darah istihadhah ni. Ha, darah istihadhah ni selalunyalah akan mengalir sebelum atau selepas tempoh haid seseorang wanita. So, wajib juga solat fardhu sebab ia bukan darah haid,”

“Macam mana nak tau tu darah haid ke darah istihadhah?”

“Haa, darah istihadhah ni akan datang pada tempoh yang bukan tempoh haid seseorang perempuan. Kau belajarkan Science form 3 dulu yang bab 4 tu? Haa kitaran-kitaran haid perempuan tu selalunyalah paling lama pun 15 hari je. Kalau datang lebih dari tempoh tu maksudnya, darah yang still mengalir tu bukanlah darah haid. Sebabtu perempuan kena aware dengan perkara ni. Kena rajin catat bulan ni dia datang haid bila. So dia boleh kira dah berapa hari dia suci, bila haid dia nak datang balik semua tu,”

“Ada syarat tak bila datang darah istihadhah ni?”

“Ade. Bila datangnya darah istihadhah, wudhuk perempuan tu tak boleh pakai dua kali. Maksudnya bila dia nak solat Zohor maka wudhuk yang dia ambil tu hanya untuk solat Zohor je. Dia tak boleh sep wudhuk dia tu untuk Asar pulak. Dia kena ambil lagi sekali. Pad pun kena tukar setiap kali nak solat fardhu tu. Kalau nak buat solat sunat, dibolehkan pakai wudhuk yang sama. Lepas tu, yang saya pernah dengar, kalau solat berjemaah, perempuan tu kena duduk dalam saf yang paling belakang sekali. Wallahualam, kalau kau nak yang lebih lanjut tanye ustazah atau ustaz.”

“Oh, payah jugak arh jadi perempuan ni!”

“Kalau nak jadi suami, kenalah tahu bab-bab ni. Kata nak jadi ketua keluarga? Kalau bab-bab ni pun kau tak tahu sebenarnya kau tak layak lagi jadi suami,”

“Eh, aku tahulah ! Ni tengah belajar dengan kau. Anyway, terima kasih Rahimah,” Zharif tersenyum dengan bahagianya lalu pergi meninggalkan Rahimah.
    Hati Rahimah terusik apabila melihat senyuman Zharif. Dia beristighfar lalu berdoa dalam hati.

‘Ya Allah, jika dia jodoh aku, engkau dekatlah kami dengan cara yang diredhaimu. Jika dia bukan untuk aku, engkau jauhilah kami. Peliharalah hati aku ini ya rabb.’

.....................................

“Fasubuhanallazii biyadihi malakutukullishain wailaihiturjauun..” Aminah menghabiskan bacaan Suratul Yassin ayat 83.

“Assalamualaikum,” suara Aisyah kedengaran memberi salam.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah, Aisyah. Lambat kau balik hari ni?” Aminah bertutur sambil menyimpan kitab Al-Furqannya ke dalam laci.

“Aku baru balik dari pejabat Ustazah Shuhada. Kau nak tahu berita yang paling menggembirakan aku?” Terserlah kegembiraan di wajah Aisyah.

“Em, ape?”

Aku dapat tawaran belajar ke Mesir !”

“MESIR?!” Jeritan Aminah tu bukan main kuat mengalahkan jeritan Komander Azeem merangkap warden asrama putera.

“Ish, kau ni Mina. Tak perlulah jerit kuat sampai macam tu sekali. Hehehe,”
    
     Mungkin bagi Aisyah ini berita paling menggembirakan baginya tetapi tidak bagi aku. Mesir kot, siapa yang suka kalau berpisah dengan sahabat jauh beribu-ribu batu. Walau bagaimanapun, Aisyah memang layak ke sana. Sudahlah bijak, cantik, alim pula tu. Mungkin ini peluang dia untuk menambahkan ilmu pengetahuannya lagi di negara orang. Di sana, lebih banyak kitab-kitab para ulamak yang boleh dipelajarinya.

“Universiti Al-Azhar?” Aku mula bersuara.

“Yep. Alhamdulillah inilah yang aku idam-idamkan sangat. Kau mesti banggakan dapat kawan macam aku? Hehe”

“Mestilah aku bangga. Kau bukan setakat kawan, kau sahabat dan kaulah segalanya bagi aku. Aku akan doakan kau baik-baik saja di sana. Bolehlah kau cari pakwe kat sana macam cerita Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih. Fuhh!”

“Amboi kau kemain lagi berangan. Niat aku ke sana untuk mencari ilmu Allah, bukannya nak cari cinta manusia. Nanti tak licin urusan aku nak belajar bila niat salah. Ingat, Innamal a’malubinniyat. Setiap perkara itu berdasarkan niat.”

“Ampun buk ! Aku bergurau je, hehe. Kau dah buat sujud syukur?”

“Astagfirullahalazim,  lupa ! Nasib baik kau ingatkan aku, Mina. Aku nak ambil wudhuk dulu ye, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”Aku terdiam. Ya Allah, sedihnya rasa hati ini untuk berpisah dengan sahabat.


Thursday 4 December 2014

Cuti tak berkualiti.

Hyep assalamualaikum !


Woah its already about 2 weeks after SPM and guess what? I do nothing. Its not like I didnt do any house chores but it just that I feel day by day my holiday takda kualiti gila doh. Haha !

I've been searching for any jobs but guess what? Semua staff was like :

'Sorry adik, dah penuhla. '

'Baru habis SPM ek? Penuh dahla adik. Semua budak-budak SPM duk datang cari jugak.'

'Kami ambil umur 18 tahun dan ke atas ja.'

So I could envisage what my future would be like if I keep on doing the same thing without any changes doh !

Bila difikirkan balik why not I just continue writing my cerpen isnt? But I dont feel like I wanna write again. Maybe I'll continue it someday.

So hampa yang habis SPM buat apa ja? I  just think I should continue hafal Al-Quran. Thats it !



Sunday 30 November 2014

Garisan Halus : Bab 2

Bab 2 : Garisan Halus
   
“Assalamualaikum..”
    Aku memberi salam. Sungguh aku tidak sangka yang aku berani untuk bertemu dengan Ahfaz. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu apa tujuan aku datang ke sini tetapi selepas sahaja bertemu dengan Ustazah Shuhada tadi terus saja aku ke sini. Ajaib sungguh. Apa agaknya ustazah jampi kepada aku ni?

“Waalaikumussalam, kejap ye.” Entah suara siapa yang menjawab salam. Aku berharap bukan Si Rahimah ‘jet suci’ itu.

“Eh, Aminah?” Nasib aku baik harini. Ahfaz yang membuka pintu. Kalau Si Jet Suci tu yang buka pintu tadi, sah-sah aku lari.

“Ye, akulah. Kenape? Aku comel sangat ke sampai kau terkejut tengok aku?” Kenapa agaknya aku tidak cuba berkata-kata dengan nada yang lebih mesra. Alahai, memang aku ni cari nahas kat depan bilik orang lain.

“Ye, engkau nampak comel bertudung menutupi dada. Marilah masuk. Tak perlu risau, Rahimah takde.”

  Aku mengambil tempat untuk duduk di sebuah katil kosong yang kemas dan rapi. Katil Jet Suci ke ni? Getus hati aku.

“Ye, itu katil Rahimah. Pandai kau teka.”

“Haaa? Kau boleh baca apa yang aku fikirke?”

“Takdelah. Cara kau termenung pun aku dah boleh agak. Ha, engkau ada ape datang sini? Ade masalah yang engkau nak kongsikan ke? Atau ade benda yang engkau musykil bab-bab fekah ni?”

“Eh, tak ! Bukan sebab tu aku datang. Kalau bab-bab fekah aku straight away je tanya Ustazah Shuhada,”

“Oh, habistu?”

“Aku nak..nak mintak maaf dengan engkau,”

“Mintak maaf dengan aku? Kenape? Kau mengumpat aku ekk,”
   
 Aku tidak berasa ganjil apabila berbual dengan Ahfaz. Dia sangat mesra walaupun selama ini surat teguran yang aku terima langsung tidak bernada kemesraan. Dia memaafkan aku atas kesalahan aku bersangka buruk. Dia juga meminta maaf kerana merahsiakan perkahwinannya itu dan tidak bertegur sapa dengan aku selama ini.

“Sebenarnya, aku juga nak minta maaf atas kekasaran Rahimah selama ini kat kau. Aku rasa dia sebenarnya tak berniat pun nak buat macam tu,”

“Ah, aku tak kisah pun . Apa yang penting, aku terima nasihat-nasihat dia walaupun sakit untuk aku terima. Memang salah aku pun tapi aku harap engkau tolong aku ya dalam perubahan aku ni,”

“InsyaAllah, selagi aku masih hidup selagi itulah aku akan bantu engkau,”

“Terima kasih Puan Ahfaz. Hehe.”

“Eh, tuanya gelaran puan tu!”

................................

    
“Aisyah, kau tak teringin ke nak pakai niqab?”

“Niqab? Tingginya harapan engkau nak suruh aku berniqab Mina oi,”

“Takdelah. Engkau tu aku tengok, macam sempurna je. Tak salahkan engkau nak ke step seterusnya?”

“Tak naklah aku. Bagi aku, aku pandang orang yang berniqab ni punya ilmu yang banyak. Memang aku respect orang yang berniqab ni. Aku ni banyak lagi kelemahannya. Gelak pun masih kuat terbahak-bahak lagi macam manalah nak berniqab,”

“Oh, begitu rupanya. Aku pun teringin juga nak tengok kau pakai niqab. Saje je,”

“Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal ni?”

“Takdelah. Aku tengok senior-senior kita yang berniqab tu lawa sungguh. Aku nampak muka diorang waktu tengah makan tadi. Kalau aku jadi lelaki, dah lama cair doh!”

“Haha! Engkau ni lah. Itulah yang aku takut. Kalau engkau sendiri sebagai perempuan pun dah cair apatah lagi lelaki. Aku tak mampu nak kawal. Aku tak kuat macam tu. Macam mana kalau ade lelaki tackle aku ke, aku cair macam mana?”

“Sape yang nak kat engkau. Setakat ni pakwe pun takde. Haha!”

So mean !”
.......................

   
“Engkau mesej dengan sape tu Ahfaz? Aliff ke?” Soal Rahimah dengan nada yang tegas.

“Eh, taklah . Aliff sibuk kerja,”

“Habistu? Sejak bila kau pandai mesej selain daripada Aliff ni?”

“Ini em kawan aku. Kawan sekolah rendah, jumpe balik waktu keluar outing haritu,”

“Oh, ok”
    
Ahfaz merahsiakan persahabatannya dengan aku. Aku tahu itu. Aku sendiri yang minta supaya dia merahsiakannya. Aku tak nak Rahimah menjadi penghalang kami berkawan.

“Aku gagal,” Tiba-tiba Rahimah bersuara.

Gagal apenya?”

“Aku gagal mengawal hati aku untuk tidak jatuh cinta terhadap ajnabi,”

“Rahimah, jatuh cinta itu fitrah manusia. Allah berikan kita rasa cinta itu untuk menguji kita sejauh mana kita boleh bertahan untuk tidak terjebak ke lembah zina,”

“Itu yang aku takut,”

“Sape dia? Aku kenal ke? Pelajar sini ke?”

“Zharif,”

“Zharif?! Engkau biar betul Rahimah ! Setegas-tegas engkau ni kau boleh jatuh cinta kat lelaki yang emm playboy macam tu?”

“Aku nak solat. Assalamualaikum”
   
 Rahimah meninggalkan Ahfaz terpinga-terpinga. Ahfaz sungguh tidak sangka bahawa Rahimah seorang muslimah yang sangat tegas pendiriannya mampu jatuh hati kepada lelaki yang sebegitu. Zharif juga merupakan pelajar kolej yang sama. Dia mempunyai perwatakan yang amat buruk kerana dia sering dipanggil ke bilik kaunseling. Dia juga merupakan seorang kasanova. Lelaki yang mampu memikat sesiapa sahaja wanita yang ingin didekatinya.

....................................

“Andaiku tahu, kapan tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku..”
   
 Aku menyanyi sendirian. Memang sedap sangat suara aku ni. Hai, kenapalah aku tak ujibakat AF haritu. Kalau tidak, boleh kalahkan Firman doh !

“Tak sedap pun suara engkau. Sedap lagi suara engkau kalau baca Al-Quran. Dah lama aku tak nampak engkau baca Al-Quran, sentuh pun tidak,”

“Eh, aku sentuhlah ! Waktu nak solat aku selalu sentuh Al-Quran. Aku malaslah. At least, aku sentuh juga daripada tak kan?”

“Aku rasa macam nak tonyoh je muke kau dengan sabun pencuci yang aku baru beli tadi. Pandainye engkau cakap. Engkau tahu tak, ade orang sehari dia tak baca Al-Quran pun hati dia dah jadi gelisah. Rasa macam tak tentu arah. Kita ni macam mana? Daripada hari-hari engkau cium gambar Jun Matsumo tu baiklah engkau cium Al-Quran tu. Dialah yang nak tolong kita kat akhirat nanti. DIA! Takde sape dah yang boleh tolong kita tapi kita ni nak ke bantuan dia? Kita kata kita nak, hasilnya kita tak cuba pun cari dia untuk minta bantuan?”

    
Tanpa aku sedari, Aisyah menitiskan air matanya. Aku sedar salah aku. Lama dah aku tak baca Al-Quran tu. Aisyah memang baik. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku seorang sahabat yang sangat baik. Tanpa dia, aku hilang arah ya Allah. Aku hilang.

.............................

Alhamdulillah, ini penulisan Hana yang kedua. Moga-moga bermanfaat. Bagi yang tak baca lagi Bab 1. Boleh tekan sini . Garisan Halus : Bab 1
Friday 28 November 2014

Garisan Halus : Bab 1

    Perempuan ‘brutal’. Ya, itu aku. Mereka gelarkan aku dengan nama itu. Mungkin sebab aku tidak bertudung labuh seperti mereka, aku tidak baik seperti mereka, aku juga jarang menunaikan  solat fardhu. Pokoknya, apa yang tidak baik semuanya ada pada diriku. Nak salahkan siapa? Salah diri sendiri juga yang tidak mahu berubah. Memang layak pun aku digelar sebegitu rupa.
   
“Hai Mina, termenung panjang nampak. Teringat pakwe ke?” sapa Aisyah.

Aisyah, sedap namanya. Teringat aku tentang Sayidatina Aisyah r.a isteri Rasulullah S.A.W. Baik orangnya dan gigih mencari ilmu. Eh, aku tahu siapa isteri nabi? Mestilah aku tahu. Sejahat –jahat aku, aku masih lagi berilmu cuma sayang aku tak menggunakan ilmu aku.
   
“Takdelah, engkau ni asal nampak aku termenung je teringat pakwe. Aku ni takdelah 24 jam nak ingat lelaki. Aku ni masih waraslah. Daripada ingat lelaki je lebih baik aku berzikir ye dak,” jawab aku.

Entah kenapa kadang-kadang aku agak terkilan dengan sahabat aku sendiri. Mungkin dia sekadar bergurau tetapi guraunnya seolah-olah menghina aku. Apa jahat sangatkah aku ni sampaikan setiap masa aku nak fikir pasal ajnabi?
    
“Wah, pandai jugak kau ni menjawab ! Hehe, aku bergurau je. Jangan ambil hati. Aku tahu engkau tak macam tu. Engkau ada masalah ke? Em, diorang ada hantar surat teguran lagi ke?”

“Ada. Atas meja tu. Bacalah. Aku malas dah nak ambil tahu.”
    
Surat teguran? Apa tu? Itulah surat yang hampir setiap minggu aku terima daripada sekumpulan ahli-ahli badar yang ‘bajet suci’. Jahatkkah aku menggelarkan mereka begitu? Kadang-kadang aku dapat rasakan gelaran itu memang patut diberikan kepada mereka. Ya, memang aku jahat tetapi sejahat-jahat aku, aku tidak akan menghina orang lain di khalayak ramai. Jahat-jahat aku, kalau tegur orang berhikmah macam yang dipesan Rasulullah. Apa mereka fikir surat begini mampu mengubah aku? Tidak. Mereka mengherdik aku seolah-olah merekalah yang paling baik. Aku perlukan pebimbing bukan penghina.
  
“Sabar Mina, mari aku bacakan apa yang diorang tulis kali ni,” lembut Aisyah bertutur supaya aku bersabar.

“Assalamualaikum gadis bandar brutal, kitorang dah penatlah nak tegur engkau. Kau  ni masih tak reti-reti lagi nak berubah. Kitorang dah cakap dah, jangan bawak ajnabi datang ke kawasan asrama. Dahtu main cuit-cuit pulak. Ingat kolej ni bapak kau punya ke? Sakit mata kami memandang. Astagfirullahalazim, berubahlah Aminah ! Dahtu, semalam kami nampak kau tak pakai sarung kaki keluar asrama. Cantik sangat ke kaki tu nak tayang kat lelaki? Sekian teguran kali ni. –Ahli badar Kolej Islam Anjung Tasik, Rahimah.”

“Allahuakhabar, pedih kataa-kata ini. Siapa lelaki yang dimaksudkan Rahimah tu?” soal Aisyah setelah selesai membacakan isi surat tersebut.

“Abang aku.” Jawab aku ringkas. Aku mengeluh. Entah sampai bila mereka hendak bersangka buruk terhadap aku.

“Sabar Mina, aku paham perasaan kau. Aku pun tak tahu dah nak buat macam mana lagi. Diorang tu berkuasa. Em, kalau aku berkesempatan esok aku ceritakan perkara sebenar.” Sayu Aisyah berkata-kata. Mungkin dia dapat merasakan sakitnya hati aku apabila difitnah sedemikian rupa. Benarlah Islam mengajar kita supaya jangan bersangka buruk kerana jika tidak, inilah jadinya.

“Takpelah Aisyah, aku malas nak berbahas dengan diorang pasal benda ni. Takde gunanya. Esok aku nak jumpa Ustazah Shuhada. Ada benda aku nak bincang dengan dia.”

..........................
   
“Rahimah, engkau tak rasa ke yang surat kau hantar tu terlalu berkeras?” soal Ahfaz yang merupakan rakan sebilik Rahimah juga merangkap ahli badar.

“Berkeras? Aku rasa selama ni aku dah cukup berlembut dah dengan dia. Tak ubah-ubah jugak. Dahla solat pun malas. Nak jadi apa? Pelacur?” Rahimah berkata-kata dengan nada yang sengaja ditinggikan.

“Astagfirullahalazim Rahimah mengucap ! Tak baik kau doakan dia yang bukan-bukan. Kau ingat sikit, kau tu pegang amanah besar dalam badan dakwah ni. Jangan sampai kau pulak yang sama taraf dengan dia.”

“Nak jahat aku pun, aku ni 10 kali ganda lebih baik daripada dia. Aku takkan pernah jadi macam dia. Jangan samakan aku dengan dia !”
   
Rahimah bergegas keluar dari biliknya setelah selesai mengenakan hijabnya. Ahfaz hanya mampu beristigfar dan berdoa dalam hati moga-moga Rahimah dapat mengawal emosinya.
  
  Di sudut bilik A103, aku termenung sendiri. Dah boleh dendangkan lagu Aishah pula gamaknya. Termenungku sendiri, mengenang rindu tidak menentu. Ewah sedap juga suara aku ni, ngomel aku sendirian. Petang ini, cuaca agak dingin . Sudah beberapa hari hujan turun tanda rahmat Allah. Orang kata, waktu hujan-hujan macam inilah doa kita dimakbulkan. Aku nak berdoa apa ya agaknya? Berdoa bagi Si Rahimah tu jatuh longkang bagus juga. Kehkeh.
   
“Apa yang kau buat tu Mina?” Tegur Aisyah yang entah dari mana munculnya. Aisyah ni aneh orangnya. Dia mampu muncul di mana-mana sahaja waktu aku termenung. Ilmu apa agaknya yang dipakai?

“Daripada kau termenung tu, lebih baiklah kau berdoa waktu hujan-hujan macam ni,”

“Ha, yang itulah yang dari tadi aku tidak habis fikir. Aku nak berdoa apa agaknya. Aku ingat nak doa bagi Rahimah jatuh longkang je,”

“Engkau ni dah buang tebiat ke Mina? Mana ada doa yang tak baik macam tu dimakbulkan. Haih, cubelah doa yang baik-baik je kat orang. Ingat, sejahat-jahat mana pun orang kepada kita, kita tak boleh balas balik dengan kejahatan. Buatlah baik walaupun orang jahat dengan kita. Ingat tak nabi pesan? Jangan menyakiti kalau tidak mahu disakiti lagi,”

“Amboi, engkau ni bukan main tazkirah kat aku ! Haha ! Itulah engkau, aku dah suruh ujibakat Ustazah Pilihan haritu engkau taknak. Ha, sekarang engkau nak suruh aku jadi hakim pula. Aku tak reti nak judge kau ni ha ! Hehe.”

“Yeke? Aku boleh jadi ustazah ke? Haha. Engkau ni kan, ke situ pula. Aku ni tak penuh lagi ilmu di dada. Engkau kena tolong aku. Kita sama-sama bantu. Ha, nasihat aku tu dengarlah. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri pula ye,”

“Yelah. Aku tahu. Aku tak pernah lupa pun apa yang kau selalu nasihat kepada aku.”

...........................

   “Ya Ahfaz sayangku manis, sudah lama kita tidak bersua wahai kekasih pujaan hatiku,” sapa Aliff kepada Ahfaz.
    
Aliff merupakan kekasih Ahfaz sejak mereka kecil lagi. Ahfaz sebenarnya tidak suka mereka digelarkan pasangan kekasih. Cukup hanya sebagai teman walaupun perasaannya terhadap Aliff lebih daripada seorang teman. Namun baginya dia tidak mahu ada fitnah yang timbul antara mereka berdua.

“Assalamualaikum Aliff, belajar di Mesir pun masih tak tahu beri salam ke?” Tegur Ahfaz. Dia agak kecewa dengan sikap Aliff yang makin lama makin pelik sedangkan Aliff baru sahaja tamat pengajian di Universiti Al Azhar, Mesir. Sudah tentu ilmunya lebih tinggi berbanding Ahfaz.

“Waalaikumussalam warahmatullah, alahai maafkan abang ye sayang. Abang saje je nak bergurau. Masamnya muka, cuba senyum sikit. Senyum tu kan sedekah? Ni abang bawakan makanan untuk awak. Awak jangan lupa makan. Bagilah sikit kepada kawan-kawan asrama.”

“Abang buat apa datang sini? Tak manis orang tengok. Lain kali nak hantar makanan, kirim je kepada guard kat depan tu kan senang,”

“Alah, abang rindu kepada Ahfaz sebab itulah abang ajak jumpa. Pedulikan apa orang kata, kita bukannya buat maksiat pun.”

“Sudahlah abang, saya ambil makanan ni. Terima kasih, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”
   
Ahfaz pun beredar dan meninggalkan Aliff. Aliff bergegas masuk ke dalam keretanya dan menghilang dari pandangan mata. Tanpa mereka sedar, perbualan mereka itu didengari oleh Aminah.

‘Amboi, bukan main lagi jumpa pakwe. Aku jumpa abang je dah kena sound dengan korang. Yang korang tu jumpa pakwe, macam mana pulak? ‘ Getus hati aku.
 .......................

    “Yeke apa yang kamu nampak tu  Aminah?” Soal Ustazah Shuhada selepas aku menceritakan padanya tentang apa yang aku lihat sebentar tadi.

“Ye ustazah. Saya rasa sangat terkilan. Tegur saya tak boleh bawa ajnabi masuklah itulah inilah tapi diri sendiri buat macam itu. Sedangkan haritu saya bawa masuk abang saya.”

“Kamu tahu tak siapa lelaki itu?” Senyuman ustazah sewaktu itu sungguh manis. Senyuman itu mampu menyejukkan hati sesiapa sahaja yang sedang marah.

“Pakwe dia lah kot?"

“Astagfirullahalazim Aminah. Berapa kali ustazah dah pesan, kamu kena sentiasa husnudzon.”

“Husnudzon tu ape ustazah?”

“Husnudzon tu bersangka baik. Kalau kamu tak bersangka baik dengan orang maka orang takkan bersangka baik dengan kamu. Ha, kamu tahu tak lelaki yang jumpa Ahfaz tu sebenarnya suami dia. Mereka nikah gantung. Tetapi itulah, ustazah tak boleh nak salahkan kamu 100 peratus sebab bersangka buruk. Ahfaz sendiri yang merahsiakan ye dak.”

“Suami dia????!!! Biar betik. Aduh, kenapa dia layan suami dia macam ajnabi ustazah? Saya ingat boyfriend dia. Dia dah kawin rupanya.”

“Yelah, dia tak nak perkahwinannya diketahui. Dia takut menganggu konsentrasi dia untuk study walaupun sebenarnya ustazah tak berapa setuju dengan keputusan dia. Ada faham?”

“Oh, faham ustazah ! Saya dah salah sangkalah ni.”

“Takpa. Istigfar, buat solat taubat dan pergi minta maaf dengan tuan badan.”

“Haa?? Ustazah giler ke. Ada nak pergi buat baik dengan dia. Tak naklah saya,”

“Kalau kamu ikutkan sangat emosi, sampai bila pun kamu tak boleh berbaik dengan mereka,”


“Hmmm..”

-Sekadar penulisan pertama daripada Hana. Moga-moga bermanfaat ! Arigatou gozaimasu . -
Wednesday 26 November 2014

Kembali .

Hyep assalamualaikum !

Are you, are you
Coming to the tree
They strung up a man
They say who murdered three.
Strange things did happen here
No stranger would it be
If we met at midnight
In the hanging three.

Pernah dengar lagu ni? Sapa tengok Hunger Game:Mockingjay mesti tau punya.. Lagu ni mendalam woh maksud dia selain daripada berkaitan dengan cerita tu.

So its been a while tak bukak blog or in Japanese we call it 'sashiburi' . SPM alhamdulillah habis dah. Senang ka susah entahla susah gila kot. Haih, dah buat dah pun. Hana harap bolehla dapat yang terbaik. Hidup makin lama makin banyak pengalaman Hana dapat. Makin banyak ujian makin matanglah kita,

Keputusan Hana untuk pindah dari Mad Jiwa haritu keputusan yang Hana rasa baik sebabnya result Hana improve especially Chemistry. Masuk ja HSBM terus minat gila Chemist. Kalau dak tak minat langsung tapi seriously Cikgu Nadiah ajar paham gila. Sayang cikgu <3.

Sebenarnya Hana still rindu Mad Jiwa. Hana rindu Afiqah pastu duk rasa macam bila pindah sebab sakit tu macam suatu kesalahan. Rupa-rupanya tak menjadi kesalahan pun. Apa yang Allah tetapkan sungguh cantik, tinggal kita ja nak gilap ketetapan ya Rabb tu supaya sentiasa cantik dan tak berhabuk.

Tahun ni tak banyak sangat dugaan macam kat Form 4 dulu. Al maklumlah duduk rumah ja. Banyak pun dugaan sakit, dugaan pelajaran . Alhamdulillah semuanya cantik-cantik belaka ujian Tuhan bagi.
Hana pun dah makin pandai nak jaga perasaan sendiri supaya tak senang terasa. Hahaha.

Perubahan yang Hana nak buat lepas SPM ni, Hana nak berubah jadi lagi berilmu dalam bab agama, berubah dari segi penampilan supaya nampak lagi keperempuanan, nak renovate sikit muka semua bagi nampak elok. Apa pun keputusan Hana buat untuk bersaing pada masa depan..

Macam boring ehh kalini Hana cerita. Macam formal sangat pulak. Ahhh nanti kita buat syok-syok lagi nahh kat lain post. Jumaat ni nak pergi mandi dengan kawan-kawan kat The Carnival. Yeayyy^^

 Baju Hana besar. Hana tak gemok >0<

#HanaShuhadaSPM9A








Sunday 17 August 2014

Nak naik pentas.

Hyep assalamualaikum !

Teringat lagi, dua kali periksa besar dapat naik pentas. Buat mak ngan abah senyum, peluk bahagia. Kalini SPM macam mana? Mestilah nak jugak kan.

Tapi... Kalini tak macam sebelum ni. Kalini peperangan yang amat amat sukar untuk diharungi. Tambah dengan aliran sains ni is not easy kan.

PPT haritu still ada yang failed kut. Em .

Tapi TAK MUSTAHIL kan? Tak mustahil nak dapat straight A kan?

Mana perginya semangat berkobar-kobar hang dulu Hana? Kata nak jadi orang kaya, banyak ilmu, bela biri-biri. Mahal tau tak biri-biri !

Believe. Thats what Ayyan told me..

Penat? Oh dalam hidup ni kalau nak berjaya kena penat banyak-banyak.

Takpa Hana. Yakin boleh buat. Usaha. usaha. usaha.

Allah ada. :')

Apa yang penting, solat jangan tinggal. Al Quran jangan tinggal. Solat tahajjud pun kalau boleh jangan tinggal. Doa. Lepasni kena kurangkan tidur. Kalau boleh tak tidur pun takpa. For the sake of SPM.

May Allah ease everything. Hana Shuhada Binti Sarizat. SPM 9A. An engineer to be.


Saturday 9 August 2014

Kalau Haid Pun Kena Solat? PENTING !

Hyep assalamualaikum !

Alhamdulillah hari yang tenang walaupun bercampur baur dengan kesihatan yang tak berapa nak baik.

'Double what??! Kalau haid pun kena solat ?' Jerit Bedah.

'Bukan kena solat. Kena ganti solat :>' Jawab Tipah.

Ramai antara kita gegirls ni tak tahu menahu bab ni. Hana sendiri baru tahu perkara ni daripada Ustazah Nor Azah merangkap ustazah hebakk(loghat Ganu mungkin ?)  kat sekolah titew.

Haa, waktu tu ustazah ada bertanya kot-kotla kami ada nak tanya apa-apa . Jadi, Hana terpanggil dalam fikiran yang dibelenggu kemusykilan untuk bertanya.

'Ustazah, saya ada baca haritu, katanya kalau kita lewatkan mandi wajib pun kena qada' solat ek?'

Haaa, ustazah pun mula menerangkan kepada gegirls dan juga boboys yang nak dengar. Jadi dengan izin Allah, Hana nak kongsi sikit kat semua secara mudah untuk difahami.

Sebelum Haid.

Al-kisahnya dah masuk waktu solat Zohor. Kita ni pun duk lengahkan waktu solat Zohor. Nak tengok Elly dan Epit katanya. Sampailah pukul 3 petang idok solat lagi. Tiba-tiba rasa nak terbuang jadi pergilah toilet lalu keluarlah darah haid. Maka waktu itu, ramai antara kita gegirls ni anggap ' Ah, yey, dah mai peod, takyahla solat Zohor dah hewhew' 

Haaa, sebenarnya pahaman kita tu salah. Bila kita datang haid waktu macam tu sedangkan sepatutnya sebelum tu kita dah kena tunaikan solat Zohor jadi kita wajib qada' Zohor tu lepas habis haid nanti sebab kita dianggap MELENGAH-LENGAHKAN WAKTU SOLAT. Allahuakhbar, mampuih noh. Jadi tak kira lah waktu bila pun sama ada Subuh ka Asar ka kalau dah lengahkan tu tiba-tiba haid pulak kena ganti jugak.


Selepas Haid.

Al kisahnya harini ekau dah boleh mandi wajib sebab dah kering. Jadi ekau nak bangun Subuh lah kononnya mandi wajib waktu Subuh. 'Haa, aku mandi wajib waktu subuh ni lepasni solat subuh jelah'

Gegirls ku sayang. Bila kita target Subuh tu kita nak mandi wajib tapi kita taktau sebenarnya dalam pukul 4 pagi tu kita dah kering ka maknanya dalam waktu isyak tu kita dah kering dan sepatutnya time tulah kita mandi wajib tapi disebabkan kita tangguh sampai ke Subuh jadi kita kena qada' dua waktu solat sebelum Subuh iaitu Isyak dan Maghrib. Haa, maksudnya kat sini sama lah jugak macam contoh sekarang ni kamu tengah tonton cerita Elly dan Epit, tapi waktu ni kamu dah yakin kamu kering dan boleh mandi wajib tapi kamu tangguh sampai waktu Maghrib baru kamu nak mandi wajib jadi wajiblah kamu mengqada'kan dua waktu sebelumnya iaitu Zohor dan Asar.


Ha, itu aja yang Hana boleh kongsikan. Nak cerita lebih-lebih tak berilmu lagi. Bab yang ni kamu kena tanya pakar ilmu fekah. Carilah ustazah-ustazah yang pakar bab Fekah ni. Benda ni jangan amik remeh tau wahai sekalian sayangku hawa, sebabnya Hana sendiri tak tahu. Jadi maknanya Hana ni dah banyak kena ganti solat ni haa sebab diri ni bukannya istiqamah sangat dalam bab mengawalkan waktu solat ye dak. Apa-apa pun mohon rujuk yang arif. Mohon sangat. Wallahualam.

#PENTINGUNTUKAMIKTAHU ! :)



Sunday 3 August 2014

Mood exam.

Hyep assalamualaikum !

Esok start trial weyh. Uhuks. So esok exam ni :

May Allah ease everything . Aamiin.

So for those yang budak SBP trial hampa start terus esok. Ganbatte ! Harian students like me start exam paper 3 sejarah esok but then relax sampai 25/8 baru start balik exam. So after this I will share jadual trial Penang dalam blog insyaAllah. Sekarang ni mood exam so pray for me :>


Selit gambar raya. Im in purple ! :)

#Aimforscholarships #HanaShuhadaSarizatSPM9A
Thursday 24 July 2014

Im back.

Hyep assalamualaikum !

*Lap sikit cermin laptop* Fuhhh fuhh puhh puhh dah berhabuk uh. >_< Berkurun dah tak update blog ni. Kesian kat dia. Meh sini nak kesian sat.

Mesti tertanya-tanya kenapa mengapa bagaimana bila kenapa mengapa bagaimana bila kenapa ok cukup. Mesti tertanya-tanya kenapa Hana dah lama tak update en en en. Jawapan faveret lah retis-retis selalu bagi.

"I busy lah"

"No komen kayh"

"Eee you ingat you sapew nak tanye-tanye I. Lantak I larhh"

Haa gitu. Eh macam menokok tambah pun ada kan. Maafkan saya retis-retis yang tak pernah berkata-kata sedemikian. Kehkehkeh.


Haa saja ja nak tunjuk buku add maths peninggalan abang iolls untuk iolls nak amik spm lah katakan. Orang lani kan bila nak belajar sikit upload dalam tenet " iteww ngahh cetadaii " Haaa ekau jangan kutuk spesis nih. Diorang cakap bahasa kod rahsia tau tak. Gempak ! JADI motip Hana nak tunjuk jugak kata Hana sentuh buku tu. Sentuh jeww huahuahuahuahuahuahua. Pastu tangkap gambar :P haha takdelah. Ok astagfirullahalazim. *reminder bout SPM

Sebenarnya Hana sakit itulah sebabnya dah lama tak menaip. Adalah bila sihat tak rajin pulak nak menaip. Bila time rajin tu dok sakit pulak. Huahua. Ni baru sihat sat alhamdulillah sebab dok bergantung kat antibiotik. Ingatkan dah tak perlu lagi nak check darah lah apa la rupa-rupanya duk kena lagi. Boleh dikatakan tahun ni Hana jadi mangsa jarum tu. Berpuluh kali duk kena amik darah tapi dah lali dah. Tak rasa apa dah ! Huahua, jadi untuk sesiapa yang sakit ka apa ka takyah takutlah. Just ingat ada orang yang lagi teruk daripada kita :)


#YeayMCseminggu :P




Wednesday 15 January 2014

Off from school.

Hyep assalamualaikum !

Have you ever feel tired of living this life? You feel like you're the only one who is having so much problems. You want a freedom. You want a happiness. But, have you thought about those people who are living in a complicated life? No food, no pretty dress, no school, no money. They can still smile even though they're suffering inside. Do they ever complain ? NO. They pray, pray, pray and pray because they know that there will always be a rainbow after the rain. How about us? Think twice before you complain. Always say Alhamdulillah. :)


Mukadimah tadi hanyalah minda seorang perempuan yang berkata-kata dan siapa lagi orangnya kalau bukan yang sedang menaip ini. So, for the first time in this year I balik rumah just because of my health's problem. Siapa tak kenal Hana, berpenyakit serba boleh. Takpa, sakit itu penghapus dosa. Im off from school for  week. Im going to spend my days with sleep or other things that can improve my health. So yahh, I've become a form five student. Stress life. I've to accept it. Hujung minggu ja Hana ulang alik ke Blok D sebab dorm saya di Blok C ini suasananya agak serious. Im not a serious person, so di Blok D kawan-kawan tekno yang gila-gila punya dorm sebab tu lah Hana tak kisah untuk ulang alik ke sana . Hilangkan stress.

Tapi lepas ni, mungkin Hana dah tak ulang alik because Im too weak. Im not like before. Maybe I need some time to improve my health with those medicines. Pray for me guys. :)

I hope that people will understand my situation. Thank you.

Allahumma' jirni fi musibati, wa aqlifli qaironminha.

#SPM10A+ Hana Shuhada Binti Sarizat.