Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Wednesday 8 June 2016

Chit chat Ramadhan : Kisah Kuih 1

Hyep assalamualaikum !

Suatu petang di Bazar Ramadhan...


*background from google image

Tiba waktu berbuka....


*background from google image


Selepas terawih....




*background from weheartit.com





So korang dapat tak pengajaran daripada kisah kalini? Lain kali tak salah nak beli kuih-kuih tu tapi janganlah kedekut sangat sampai taknak share. Tak kisahlah beli guna duit korang ke apa. Share lah dengan kawan-kawan, dengan keluarga ke. Haa kononnyalah boleh habis. Time puasa memanglah korang rasa korang makan tu boleh habis. Tapi lepas dah berbuka? Haaa kan dah kenyang.

Kesian si Balqis tu ha kempunan nak makan kuih yang Hani beli tapi disebabkan Hani tu tamak sangat kan dah kena. Tapi Balqis tu pun satu, mengalah jelah kalau dah sebenarnya perut tu dah kempunan sangat nak kuih tu. Ego sangat sampai buat kawan dia pulak terasa. Jangan kawan-kawan. Ingat, biarlah orang buat kita terasa ke, sakit hati ke, jangan kita buat kat orang sudah. Ingat pesan Nabi ! Jangan menyakiti jika kamu tidak mahu disakiti lagi.

Alright sampai sini je dulu kisah kalini... Jumpa di kisah seterusnya ! Selamat beribadah dan berbuka! ;D
Monday 6 June 2016

Chit chat Ramadhan : Kisah Terawih 1

Di suatu malam yang indah, malam pertama Terawih lah katakan....


*background masjid sumber dari wehearit.com


*background surau kmpp

So korang pernah tak terfikir cemni ataupun kawan korang yang berfikiran cemni? Macam si Amilia tu. Amilia yang bertelekung cokelat. Haaa, mesti punyalah korang pernah terfikir gini kan.

Nasib baik ada Hani tolong tegurkan Amilia. Kita ni suka bersangka buruk. Baru malam first terawih, kita dah cakap cemtu. Taulah kita ni kononnya lah kaki terawih. Perghh full tak pernah tinggal kecuali tengah haid. Kononnyalah penuh. Takda maknanya ! Jangan kata kat orang. Pesan pada diri kita. Bersangka baik dalam hal terawih ni. Takpa, jangan fikir bukan-bukan. Ahh lantaklah kan lepasni makin sikit ka apa, janji ada yang pernah datang terawih daripada tak langsung. Entah-entah depa terawih kat rumah ka? Haaa lagi banyak rakaat daripada kita ni yang duk kata kat orang.

Tapi ingat ! Janganlah pulak , alah aku dah pi dah semalam malas ah pi harini. Janganlah cemtu, didik diri kita supaya nak solat berjemaah. Tambah-tambah lelaki tu ha. Haishh mohon rajinkan diri !

Takpa kita boleh penuhkan terawih tahun ni Ramadhan in sha Allah. Moga Allah permudahkan urusan kita ~ ;D Selamat berpuasa dan beribadah daripada saya, Hana ! Jumpa lagi di chit chat Ramadhan seterusnya. Kalau korang ada idea tentang telatah orang kita pasal puasa ni share lee kat komen ye. :)

Saturday 4 June 2016

Ramadhan di KMPP vs Ramadhan di rumah.

Hyep assalamualaikum !

Ramadhan tiba Ramadhan tiba~

Ya Allah rindunya suasana Ramadhan kat KMPP !

Apa yang masih segar dalam ingatan Hana, waktu kat kmpp dulu, outing boleh balik pukul 10 malam. Gempak en. Rasa keluar malam cemana ngan kawan-kawan haha. Tapi Hana tak pernah pulak pi outing bukak puasa ngan kawan-kawan kat luar sebab hujung minggu ja Hana balik rumah lepastu bukak puasa kat rumah. Alang-alang tu bawak makanan lebih kat kawan-kawan.

Tapi memang waktu bulan puasa ni ramai geng-geng praktikum/kelas buat bukak puasa sekali kat luar sebab boleh balik lambatkan. Tak silap Hana kelas Hana dulu buat bukak puasa kat LV ja kot. Lagipun nak refresh balik tadak kenangan manis sangat bulan puasa kat kmpp sebab waktu tu semua baru nak menyesuaikan diri. Cuma batch kami dah lebih kurang dua bulan lah kat kmpp time tu sebab daftar waktu hujung bulan 5. Puasa nak masuk bulan 7. Tahun ni students baru masuk bulan 6 kan time bulan puasa pulak tu. Mesti depa nak rasa suasana tu lambat sikit sebab baru nak adapt kat kmpp.

Seingat Hana jugak selalu ada makanan free sebab Surau Annur rajin jugak buat majlis iftar kat surau. Pihak HEP pun buat majlis iftar untuk setiap blok sekali waktu bulan puasa tu.

Aktiviti dalam kelas, dalam kuliah semua berjalan sama ja tak silap Hana. Ka masa disingkatkan? Dak dak rasanya sama ja. Time kuliah of course lah ramai mengantuk en, rasanya bulan puasa ka tak puasa ka kami sepanjang masa mengantuk huahua. Mulala lecturer membebel 'kamu ni mentang-mentangla bulan puasa bla bla bla'

Ha ! Ni best jugak ! Pernah Hana dengan kawan-kawan lepas abis kelas, kami pi Bazar Ramadhan sama-sama sebab haritu memang boleh outing sebab hari Sabtu cuma ada kelas ganti sebabtu yang petang baru boleh outing.

Terawih pulak buat kat dataran. Depa bentang tikar. Seingat Hana jarang Hana pi terawih kat kmpp dulu. Huhu rasa ruginya! Sebab waktu tu baru nak menyesuaikan diri lah apa semua dahtu kerap balik so macam tak rasa sangat. Lagi satu sebab panas hahaha. Mungkin tahun ni pulak budak-budak yang nak masuk ni buat terawih kat surau kot sebab surau kat belakang tu dah perbesar and cantik. Lagipun lelaki mesti cukup punya kat surau. Tau-taulah lelaki berapa saf ja. -.-


Ni Hana belanja gambar surau. Ni bahagian perempuan. Belah depan di balik langsir kuning tu bahagian lelaki. Satu-satunya gambar surau yang Hana still simpan dalam fon. Yang lain dalam insta tapi dah disable. Sobsobs. Rindunya ya Allah ! :'( Untuk adik-adik yang bakal masuk kmpp, hampa tolonglah jaga surau ni baik-baik nah. Sayangilah surau. Banyakkanlah pi surau sebab orang yang selalu pi rumah Allah ni hati dia jiwa dia dekat dengan Allah sebab berada di rumah Allah.


Ramadhan kat rumah taktau cemana. Sebelum ni pernah ramadhan kat rumah tapi waktu jadi budak sekolah harian la cuma time tu masih pelajar. Tak rasa lagi bulan ramadhan macam tahun ni yang takdak apa tugas. Tak belajar mana-mana. Tak kerja. Duk rumah ja. So tadak alasanlah kan tak buat amal ibadah haha.


Langit kmpp :')

Untuk yang bakal masuk kmpp yang tak baca lagi entry tentang life kat kmpp klik sini
Thursday 2 June 2016

Asing.

Hyep assalamualaikum !

Harini merupakan 2 Jun 2016 bermakna esok merupakan 3 Jun 2016 yang juga membawa maksud hari result PSPM 2 keluar. Jeng jeng jeng. Ya ampun ya ampun gi mana ini sihhh aku udah khuatir nii. Sabar-sabar. Kita serahkan pada Allah. Dia dah susun cantik dah semuanya. Alhamdulillah.

So harini apa sebenarnya Hana nak cerita? Asing? Korang pernah rasa nak jadi asing? Nak mengasingkan diri daripada orang ramai. Nak cari identiti sendiri. Aceywah ayat. Tapi ni serius nih.



Setelah beberapa lama Hana cuba carik kekuatan, Hana rasa Hana dah dapat kekuatan tu untuk mengasingkan diri memandangkan next week pun dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang teramatlah mulia. Bulan yang dinanti-nanti. Hana dah delete wechat, disable instagram. Whatsapp Hana cuma profile pic bagai nampak macam tak aktif tapi sebenarnya tak uninstall pun sebab benda tu penting nak dapat information tarikh-tarikh penting bagai. Setakat ni yang tulah yang paling Hana kerap bukak Hana dah delete.

Kadang bagus tau, kita cuba nak mengasingkan diri nih sebab entah. Dunia ni terlalu banyak tipu helah. Perkara lagha. Fitnah sana sini. Kita pun secara tak langsung terlibat sama. Allahu. Paling Hana nak jauhkan diri sebenarnya daripada instagram sebabtu payahnya nak carik kekuatan tu ha nak disable. Ingat nak delete ja teruih tapi banyak gambar kmpp yg Hana sayang Hana buh dalam insta. Disable means kawan-kawan dah tak dapat tengok account Hana. Maksudnya dah tak wujudlah gittew.

Instagram ni sangatlah bahaya. Entahlah Hana jadi serabut bila tengok. Dulu media tulah buat Hana tenang sebab Hana dapat tengok gambar-gambar yang cantik especially kat Japan. Tapi makin lama makin tercemar. Dia macam ni tau, bila tekan button explore tu kat satu sudut nampak sekumpulan niqabis bergambar. Satu sudut lagi sekumpulan anak dara Islam yang tak menutup aurat terdedah masyAllah takyah cakaplah. So macam serabut ah, satu sudut kita nampak yang bagusnya satu sudut lagi astagfirullah. Rasa macam hilang kekuatan  nak dakwah tu. Sebab Hana fikir betapa banyaknya badan dakwah, orang berdakwah dalam media sosial, tapi di sudut yang lain betapa banyaknya ummah Islam kita yang masih terkapai-terkapai.




Tu belum masuk yang keluar gambar perempuan seksi-seksi yang budak lelaki post. MasyaAllah. Hana tadak kekuatan untuk semua tu. Dengan kadang-kadang kita tamau like gambar kawan-kawan kita yang tak tutup aurat tapi kadang terlike gak sebab kawan kita, kita kesian kot. Kawan kot ! Takkan tak like gambar kawan. Dia jadi macam apa sebenarnya tujuan aku buat Instagram? Untuk berdakwah? Kalau untuk berdakwah, kenapa aku still sokong benda maksiat? Kenapa aku still tengok gambar-gambar seksi yang terkeluar kat explore tu?



Sungguh aku benar-benar tidak punya kekuatan itu. Nak kata diri nih? Of course Hana sendiri tak baik. Ya Allah, Hana ni memang jahat. Kita kenal diri kita siapa. Allah ja tutup aib kita. Sebabtu Hana terduduk, tengok media-media sosial yang tercemar ni dan rasa macam mana aku nak jawab kat Allah nanti . Apa tujuan aku buat media sosial ni semua. Macam mana aku berhadapan dengan Rasulullah nanti. Sedang diri Hana ni sendiri ikhtilat pun ergh, lepastu terumbang-ambing lagi pi pulak tambah menghadap media sosial yang tercemar. Korang pernah terfikir tak?



Jadi Hana buat kesimpulan nak mencari identiti diri sendiri selama sebulan Ramadhan ni. Tapi blog Hana masih aktif. Takkan nak futur kot? Tidak ! Hana akan terus berdakwah melalui blog. Taktaulah masih ada yang nak baca atau tak sebab blog ni orang dah malas bukak en. Tapi sekurang-kurangnya Hana cuba. Terima kasih pada yang masih setia megikuti perkembangan blog Hana. Moga Allah berkati kalian.