Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Thursday, 13 August 2015

Love Story Zaman Kanak-kanak.

Hyep assalamualaikum !

Uolls sihat? UPS dah habis fuhh. Susah gila. Hmmm dah dah tanak cakap pasal exam. Entry kalini Hana sangat interested nak share ngan korang pasal kisah cinta zaman kanak-kanak yang dialami oleh sahabat baik Hana sendiri which is Mira !

Korang pernah tak waktu zaman kecik-kecik dulu, boys bagi kat korang surat cinta ke, bunga merah yang kecik-kecik tu yang duk petik kat semak samun *yang ada madu tu. Hampa duk isap-isap tu haha. Pastu budak laki usik-usik last-last cakap nak kahwin ngan kita lah. Ha ada tak? Ambuihh senyum manjang. As far as I remember, dalam life Hana waktu tecik-tecik takda lah pulak alami zaman sweet-sweet cenggini. Yang Hana ingat, suka gaduh ngan budak laki haa. Tudiaaa, duk main tuju kasut ja ngan budak laki dulu. Tadak lah pulak mana-mana manusia berjantina lelaki cakap suka kat Hana.



So back to the point, al kisahnya ni waktu darjah 2. Ada budak laki ni nama Ariff minat gila ngan Mira . Sebabnya, dia suka ngusik-ngusik Mira dalam kelas. Suka tendang-tendang kerusi Mira. Yang takleh belahnya dia suka bagi surat cinta kat Mira. Yang si Mira pulak dengan angkuhnya suka marah dia. Siap koyak surat cinta tu depan mata dia pastu buang dalam tong sampah lagi tu ! Perghh. Kalau Hana ada kat situ, Menyaksikan apa yang Mira buat kat si Ariff tu mesti lawak enn. Bukan tu ja, selalu jugak si Arif tu kena marah dengan Mira. Kata Mira, dia benci gila kat Ariff tu. Haha T.T

Sekarang, Ariff tu dah hensem. Dulu dia gemuk sikit. Haa Mira pulak yang rasa menyesal ye dak. Haha tulah orang kata kalau benci sangat lama-lama sayang. Tapi Mira kata dia tadaklah minat kat Ariff tu cuma yelah, mestilah bila teringat balik rasa benda tu sweet. Hahaha. Kalau Hana kan, Hana akan carik childhood friend yang pernah suka kat Hana dulu. Mana tau, boleh jadik suami huahua.

Kisah kedua

Ada mamat ni nama Arif jugak waktu darjah 5 camtu minat kat Mira jugak. Aisyehh semua nama A minat kat Mira ni pa cita en en. Tapi takpa kita sambung cerita. Al kisahnya Mira dapat tau yang dia suka kat Mira sebab budak tu kan selalu bagi password dia kat Mira. Dulu kan zaman friendster bagai so budak tu suka bagi password dia kat Mira. Tapi ada satu akaun budak tu yang satu lagi dia tamau bagi password dia kat Mira. So Mira pun cariklah password budak tu sampai jumpak. Dia main-main dengan button forget password untuk tau password Arif tu. Tengok-tengok password mamat tu 'arifmira' . Haha ini semua poyo. Kantoi ah kan. Macam lawak ja. Lepastu Mira pun esoknya bagitau kat budak tu yang dia dapat tau password Arif tu. Sejak tu depa dah tak rapat lol.


 Haaa dahla penatlah menaip. Kalau hampa nak tau lagi kisah cinta Mira waktu zaman kanak-kanak dia, pergi pm direct kat dia. Nah instagram Mira @mir.aa .

Tapi Mira ni waktu kecik-kecik ja ramai peminat. Besaq gedabak cemnih hampeh satu pun tadak. Hahaha. Itu kata dia. Itulah, hidup ni ada kifarah lololol. Yang penting, Hana tadak kisah pelik-pelik cenggini. Hehehe.

Korang pun mesti ada kisah cinta waktu zaman kanak-kanak kan? Cer share sikit haha XD
Saturday, 8 August 2015

Malam hening.

Hyep assalamualaikum !

Dah lamanyaa tak update blog. Berhabuk dah gamaknya ye. Maaflah kepada kawan-kawan yang pernah setia mengikuti perkembangan blog Hana. Hana gak sibuk since masuk matrik. MATRIK?

Hampa mesti terkezut en en.. Sebabnya sapa yang kenal Hana, of course tahu yang kalau boleh Hana nak elakkan masuk matriks, Banyaklah reasons on why Im avoiding matriks before this. Tapi BEFORE this lah kan, but now Im a Penang Matriculation College's student. Just one year. Im not going to let myself duk lama-lama kat sini. Haha ! Banyak keja kot kan duduk sini. Ya lah, can you imagine how those people yang amik diploma belajar 3 years but all of us yang amik matriks ngan asasi ni belajar setahun untuk semua tu. Ratio dia 3:1. Bayangkan betapa lajunya pembelajaran kami.

So, hadik hadik yang dikasihi yang nak masuk matriks fikir baik-baik. Kalau korang rasa memang nak amik jalan cepat. Fast track lah kononnya untuk sampai ke degree so just amik ja matriks. Best sebenarnya matriks ni. Memang penat but if you manage to adapt dengan surrounding, ada ramai kawan-kawan, well its not a problem for you to choose matriks. Pembelajaran dia well memang agak ah sama macam spm but mendalamlah. So if you have a very strong basic in your science, acc ke , technical subjects ke before this in your spm , means that korang memang boleh je adapt dunia matriks.

Macam hakak ni, basics tak strong kot waktu spm. Memang dalam kelas hakak lah keputusan spm yang tak gempak. But alhamdulillah, I push myself a little bit bila duduk sini. Lantaklah nampak bodoh ke macam tak belajaq apa ja waktu spm dulu pun I just keep asking and asking people for the sake of ILMU. Sebenarnya taknak cerita panjang lebar pun. Bukan nak buat entry untuk adik-adik lepasan spm ka yang baru nak amik spm ka. Dak, ni tengah study ha. Stay up sebab Mid Sem Exam Isnin ni. Duk study chemist alang-alang tu bukaklah sat blog ni haa.

Pray for me eh untuk mid sem test ni. Cukuplah dapat sekadar yang Allah redha. Tak kejar 4 flat. Cuma nak yang terbaik. Allahummayassirwalatuassir. :)



Jamuan Raya aka Silang Budaya KMPP 2015.