BAB 3 : GARISAN HALUS
“Weyh Rahimah, tolong
aku kejap,” panggil Zharif.
“Tolong ape?”
“Ni ha aku tak fahamlah
bab haid ni. Complicated sungguhlah. Boleh kau terang tak? Nasib baiklah
aku tak jadi perempuan. Kalau tak, aku sendiri asyik blur ja bila waktunya
datang haid dan bila waktunya darah istihadhah.”
“Kau nak tahu ape?
Perbezaan ke?”
“Ha,”
“Darah haid ni kau tahu
kan ia sejenis darah kotoran yang keluar daripada rahim wanita manakala darah
istihadhah ni pula ialah sejenis darah penyakit yang mengalir keluar daripada
rahim wanita. Tak kisahlah penyakit sebab apa, kadang-kadang stress pun boleh
keluar jugak darah istihadhah ni. Ha, darah istihadhah ni selalunyalah akan
mengalir sebelum atau selepas tempoh haid seseorang wanita. So, wajib juga
solat fardhu sebab ia bukan darah haid,”
“Macam mana nak tau tu
darah haid ke darah istihadhah?”
“Haa, darah istihadhah
ni akan datang pada tempoh yang bukan tempoh haid seseorang perempuan. Kau
belajarkan Science form 3 dulu yang bab 4 tu? Haa kitaran-kitaran haid
perempuan tu selalunyalah paling lama pun 15 hari je. Kalau datang lebih dari
tempoh tu maksudnya, darah yang still mengalir
tu bukanlah darah haid. Sebabtu perempuan kena aware dengan perkara ni. Kena rajin catat bulan ni dia datang haid
bila. So dia boleh kira dah berapa hari dia suci, bila haid dia nak datang
balik semua tu,”
“Ada syarat tak bila
datang darah istihadhah ni?”
“Ade. Bila datangnya
darah istihadhah, wudhuk perempuan tu tak boleh pakai dua kali. Maksudnya bila
dia nak solat Zohor maka wudhuk yang dia ambil tu hanya untuk solat Zohor je.
Dia tak boleh sep wudhuk dia tu untuk Asar pulak. Dia kena ambil lagi sekali.
Pad pun kena tukar setiap kali nak solat fardhu tu. Kalau nak buat solat sunat,
dibolehkan pakai wudhuk yang sama. Lepas tu, yang saya pernah dengar, kalau
solat berjemaah, perempuan tu kena duduk dalam saf yang paling belakang sekali.
Wallahualam, kalau kau nak yang lebih lanjut tanye ustazah atau ustaz.”
“Oh, payah jugak arh
jadi perempuan ni!”
“Kalau nak jadi suami,
kenalah tahu bab-bab ni. Kata nak jadi ketua keluarga? Kalau bab-bab ni pun kau
tak tahu sebenarnya kau tak layak lagi jadi suami,”
“Eh, aku tahulah ! Ni
tengah belajar dengan kau. Anyway,
terima kasih Rahimah,” Zharif tersenyum dengan bahagianya lalu pergi
meninggalkan Rahimah.
Hati Rahimah terusik apabila melihat
senyuman Zharif. Dia beristighfar lalu berdoa dalam hati.
‘Ya Allah, jika dia
jodoh aku, engkau dekatlah kami dengan cara yang diredhaimu. Jika dia bukan
untuk aku, engkau jauhilah kami. Peliharalah hati aku ini ya rabb.’
.....................................
“Fasubuhanallazii
biyadihi malakutukullishain wailaihiturjauun..” Aminah menghabiskan bacaan
Suratul Yassin ayat 83.
“Assalamualaikum,”
suara Aisyah kedengaran memberi salam.
“Wa’alaikumussalam
warahmatullah, Aisyah. Lambat kau balik hari ni?” Aminah bertutur sambil
menyimpan kitab Al-Furqannya ke dalam laci.
“Aku baru balik dari
pejabat Ustazah Shuhada. Kau nak tahu berita yang paling menggembirakan aku?”
Terserlah kegembiraan di wajah Aisyah.
“Em, ape?”
“Aku dapat tawaran
belajar ke Mesir !”
“MESIR?!” Jeritan
Aminah tu bukan main kuat mengalahkan jeritan Komander Azeem merangkap warden
asrama putera.
“Ish, kau ni Mina. Tak
perlulah jerit kuat sampai macam tu sekali. Hehehe,”
Mungkin bagi Aisyah ini berita paling
menggembirakan baginya tetapi tidak bagi aku. Mesir kot, siapa yang suka kalau
berpisah dengan sahabat jauh beribu-ribu batu. Walau bagaimanapun, Aisyah
memang layak ke sana. Sudahlah bijak, cantik, alim pula tu. Mungkin ini peluang
dia untuk menambahkan ilmu pengetahuannya lagi di negara orang. Di sana, lebih
banyak kitab-kitab para ulamak yang boleh dipelajarinya.
“Universiti Al-Azhar?”
Aku mula bersuara.
“Yep. Alhamdulillah
inilah yang aku idam-idamkan sangat. Kau mesti banggakan dapat kawan macam aku?
Hehe”
“Mestilah aku bangga.
Kau bukan setakat kawan, kau sahabat dan kaulah segalanya bagi aku. Aku akan
doakan kau baik-baik saja di sana. Bolehlah kau cari pakwe kat sana macam
cerita Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih. Fuhh!”
“Amboi kau kemain lagi
berangan. Niat aku ke sana untuk mencari ilmu Allah, bukannya nak cari cinta
manusia. Nanti tak licin urusan aku nak belajar bila niat salah. Ingat, Innamal
a’malubinniyat. Setiap perkara itu berdasarkan niat.”
“Ampun buk ! Aku
bergurau je, hehe. Kau dah buat sujud syukur?”
“Astagfirullahalazim, lupa ! Nasib
baik kau ingatkan aku, Mina. Aku nak ambil wudhuk dulu ye, assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”Aku terdiam. Ya Allah,
sedihnya rasa hati ini untuk berpisah dengan sahabat.
0 comment:
Post a Comment