Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Wednesday, 27 April 2016

Cerita Hantu di KMPP

Hyep assalamualaikum !

Wuuu excited bila nak cerita part ni ! Kalau ada kawan-kawan Hana kat sini mesti semua pakat duk

'Hana janganlah. Taknak taknak. Aku takuttt' terbayang suara Ana, one of my classmates. Hihi

Waktu first masuk kmpp, Hana paling takut sekali, takut dapat katil sebelah tingkap ! Takmauuu. Takmau jumpa mak cik karipap lah katakan. Kan cerita mak cik karipap ni hot kan dekat seluruh pelusuk matrikulasi. Mak cik karipap tu akan ketuk tingkap bilik kamu tengah-tengah malam bila kamu tak tidur lagi, tengah study time tulah dia ganggu.

'Nak, makcik ada karipap'
'Yeke? Nasi patayya ade tak?'

Ceyhh spoil terus ! Haha. Takda pun mak cik karipap sebenarnya kat KMPP batch Hana ni. Entahlah takda gossip pun pasal hantu karipap. Mungkin makcik2 karipap semua dah bankrap kot sebab lani air Border's Tea, Tea Bag, Kopi kocak femes kat KMPP. Depa buat delivery. So mungkin batch akan datang hantu border's tea pulak mai carik hampa.


Ni tempat tidur sebelah tingkap.

Saja bagi gambaran kat kamu semua. Tapi Hana datang awal, sempat amik tempat yang tepi pintu bukan tepi tingkap muehehe. Ok, macam Hana cakap batch kami tak banyak hantu muncul. Maksudnya yang mana kamu duk baca dalam blog hakak-hakak abang-abang senior tu lagi banyak cerita hantu . Taktau kenapa batch kami hantu yang depa cerita tu dah tak mai kat kmpp. Tapi adalah yang hantu yang kerap jugak orang dengar.

Cerita Pertama

Cerita ni sumber daripada ketua kelas Hana, Naqib. Kalau dia tipu maka cerita ni tipulah jawabnya haha. tapi cara dia cerita muka dia serius. Ada sorang budak laki ni, time tu Maghrib, dia nak pi surau lah cam biasa. Pastu tiba-tiba dia ternampak sorang pak cik tua ni. Dia pun tegurlah, pastu pak cik tu cam diam ja. Dia pun jalan pastu toleh belakang balik tengok pak cik tu takda. Kejadian ni berlaku dalam perjalanan nak pi surau. Dekat jugak dengan tempat parkir bas KMPP. Pastu budak tu larilah, tak jadi pi surau. Lari punya lari kat dataran KMPP *jauhnya dia lari. Lepastu kat dataran dia ternampak pulak lelaki yang muka macam dia ! Jin Qarin lah kut. Jin yang menyerupai muka kita. Lepastu tak ingat apa jadi kat dia tu. Hana cam excitednya tau pasal cerita hantu first kat KMPP. Tapi macam tak percayalah mula tu.

Biasalah kita tak nampak depan mata, cemana nak percaya en. Petang tu Hana nak balik bilik, lalu kat depan pejabat asrama. Depan pejabat asrama, ada kerusi untuk students tunggu nak pi klinik. Waktu lalu tu nampak ada sorang budak laki ni duk nangis. Mata memang bengkak merah gila lah duk nangis. Dia duk tutup muka dia dengan sapu tangan. Hana cam ok, awat mamat ni? Entah-entah denni pa yang kena kacau tu. So balik kelas balik bila tanya Naqib, dia kata ha memang budak tu ah yang kena kacau tu. Wuuu jadi bolehla Hana percaya jugak cerita Naqib.

Cerita Kedua

Nenek kebayan aras 3 blok A4. Cerita ni Hana dengar daripada Anisah, classmate Hana merangkap one of my sahabats kat KMPP. Dia dapat cerita ni pulak daripada roommate dia. Roommate dia pulak dapat cerita ni daripada classmate sebab classmate dia yang alami benda ni kut. Haha pening dah sapa sebenarnya yang alami cerita ni. Malam tu dalam pukul 9, awal lagi kan? Tapi time tu budak perempuan ni dia tak tutup pintu bilik dia rapat. Macam boleh nampak sikitlah apa benda kat luar koridor sebab pintu tak tutup rapat. Bilik dia ni sebelah toilet. Bilik 1. Bilik 1 selalunya memang sebelah toilet. Dekat tu memang dekat ngan toilet, tapi banyak cali selalunya bilik dekat ngan toilet nih.

So waktu tu dia tiba-tiba ternampak seorang perempuan lalu kat depan bilik dia tu. Tak ingat dari toilet ke koridor atau dari koridor ke toilet. Perempuan tu bongkok dan nampak tua gila sebab rambut dia beruban. Dia just lalu ja. Pastu malam tu budak tu duk nangis sebab takut. Cemtulah ceritanya. Taktau lah kesahihannya. Tapi Hana suruh kawan Hana husnudzon. Entah-entah tu nenek felo ka mai singgah. Hahaha tapi pukul 9 malam kot. Awal lagi pun duk mai kacau. Mungkin sebab sunyi kot time tu.

Cerita Ketiga

Ha cerita kalini memang sahih sebab Hana nampak sendiri. Malam tu Mira merangkap sahabat dunia akhirat dan juga roommate Hana duk main fon. Pastu dia kata ada histeria kat blok B3 aras 3. Dia kata budak kelas dia duk pi rakam dalam ws budak perempuan pnya suara nangis. Pastu Hana pun dengarlah suara tu. Dengarlah Cikgu Izwan yang handle budak kena histeria tu duk baca ayat-ayat. Pastu yang budak kena histeria tu pulak duk nangis-nangis. Dia nangis macam budak . Hana pun cam okay. Pastu Hana cakaplah kat Mira.

'Hana tak pernah tengok histeria depan mata lagi.'

'Mira pun tak pernah tengok gak.'kata Mira.

Esoknya waktu rehat time pukul 11 ka 10 cemtu. Hana pergilah surau. Takyah bagitau kot sebab apa. Surau tu tempat Hana menenangkan diri dah tu ja haha. So pergilah kan, tengok aikk awat cam sunyi ja. Lepastu duk dengar bunyi macam budak kena histeria semalam tu duk nangis. Hana cam aishh awatlah aku duk terngiang-ngiang lagi ni ha. Nak masuk surau kot pintu depan ( bahagian wanita) tengok-tengok tertutup rapat. Hana pun peliklah. Pi la nak masuk bahagian belakang. Bukak pintu sikit tengok mak aii pa benda ni. Nampak budak perempuan duk nangis sama suara macam budak tu menangis histeria tu. Pastu ada ustaz duk pegang sejadah yang dah digulungkan dengan beberapa orang lecturer perempuan. Haa sah ni histeria ni sambung kat surau. Aduhh ada episod pulak histeria ni. Still orang yang sama yang kena kacau.

Hana ingat tak jadilah nak masuk surau dah ada histeria tapi teringin nak tengok ha ha . Tiba-tiba Mira mai dengan kawan dia. Pastu apa lagi ajaklah Mira masuk gak. Kami masuk bukan saja-saja. Haha time tu kan time Dhuha. Sambil-sambil tu bolehlah tengok apa jadi. Hana nampak ustaz duk macam guna sejadah tu duk kibas-kibas kat budak perempuan tu . Ustaz kata keluarr. Tapi budak tu duk nangis. Dia nangis macam baby. Tau suara baby nangis? Ha cemtulah. Ishh jin / iblis yang menyamar tu wuishhh. Boleh pulak transofrm jadi hantu baby. So Hana gelarkan hantu yang rasuk budak tu Hantu Baby. Hantu tu duk tamau keluar tapi duk jerit-jerit makin kuat. Hana excited sebenarnya huahuahua. Teruks betul . Ha pastu taktau apa jadi. Yang Hana dengar ustaz tu kata , jangan tidur. Pesan kat budak tu kot suruh lawan balik.


*malam hari di kmpp

Haa sampai sini jalah cerita yang ada. Yang lain tu macam  samar-samar ja. Histeria banyak jugak tapi banyak yang sebab stress study kot. Tak real macam hantu baby ni ha. Kalau hampa nak tau lebih-lebih pi la search senior-senior punya blog.


Ni malam terakhir di KMPP. Hana berani mati pi belakang blok A4 kat jalan belakang yang gelap tu dengan Syahirah my roommate. Saja nak pi selfie kot2 la nampak hantu. Dah malam terakhir kan teringinlah jugak. Tapi tadak pun alhamdulillah hahaha. Mungkin sebab hantu pun malas kot sebab tau niat Hana nak selfie kan dia.

Apa-apa pun hantu ni kalau hampa bayang rupa dia camtu. Camtulah dia mai kat hampa. Leklu be cool. Takyah pikiaq baru takdak semua ni. Ingat Allah okay?

3 comment:

zafirah nazri said...

aduhh , dok p cerita pasai hantu pulak daahhhh .

Hana said...

#jangankecamsaya cia cia cia

Nabila Syifa said...

cerita budak hostel ni mcm2 versi haha