Hyep assalamualaikum !
14/10/2020 - Semalam naqibah aku suruh aku buat istikarah lagi dan lagi untuk bagi keputusan kepada ikhwah yang nak taqdim aku haritu. Aku dah cakap parents aku tak setuju dan memang mak ngan abah pun memang tak setuju adalah sebab-sebab tertentu, tapi masih, naqibah aku suruh dapatkan jawapan daripada Allah. Jujurnya, selama aku istikarah jarang aku dapat jawapan yang tepat daripada diri aku, biasanya melalui istisyarah dengan parents.
Malam semalam aku terjaga 2.50 pagi, walaupun tengah ABC, aku bangun jugak untuk qiam. "Hana kuat Hana kuat, bangun, hang kena dapatkan jugak jawapan daripada Allah soal kehidupan hang dan ikhwah tu" ... Bisik hati aku, sebabnya aku perlu beri jawapan pada pihak Baitul Muslim esoknya. Sebab depa kata aku dah ambil masa yang lama untuk decide taaruf ja pun uhuks.
Lepastu macam biasalah qiam tanpa solat sebab tak boleh solat. Desperately aku mintak pada Allah, supaya tunjukkan aku jawapan. Orang lain tak percaya jawapan aku, orang tak percaya aku bila aku bagi jawapan apa-apa sebab siapalah aku, aku banyak dosa sebelum-sebelum ni. Siapa ja nak percaya aku. Allah saja yang percayakan aku, aku tak tahu macam mana nak cerita jawapan yang aku dapat pada orang lain. Orang tak percaya aku.
Lepastu aku tidur semula, aku termimpi. Aku termimpi ikhwah yang request aku tu dah nak kahwin dengan perempuan lain, dia update kat Facebook dan dia nampak sangat bahagia. Aku dalam mimpi tu macam wah lajunya ikhwah ni move on lepas aku. Tapi dalam mimpi tu aku berfikir, eh aku belum tolak dia lagi. Tiba-tiba aku terjaga, oh mimpi rupanya.
Lepastu aku berfikir, eh lain macam mimpi ni. Inikah jawapan Tuhan? Aku tak pernah mimpi apa-apa lepas qiam. Tiba-tiba aku fikir maybe inilah jawapan Allah. Dia bukan milik aku ! Dia jodoh orang lain. Bagi aku Allah mungkin nak tunjuk bahawa dia memang milik orang lain dan dia akan bahagia dengan orang tu. Dia bukan jodoh aku.
15/10/2020 - Aku mesej pihak baitul muslim untuk tolak lamaran ikhwah ni. Aku doakan supaya ikhwah ni berjumpa dengan akhawat yang dalam mimpi aku tu dan dia bahagia dengannya in sha Allah. Takdir Tuhan tak pernah salah. Aku berharap ikhwah tu yakin bahawa penolakan aku adalah gerak dia untuk berjumpa dengan jodoh dia yang sebenar, yang pastinya bukan aku.
Aku? Entah. Jodohku masih menjadi rahsia Allah. Ya Allah, aku akan sabar ya Allah. Aku yakin dengan ketentuanMu ya Allah... Jangan tinggalkan aku. :')
0 comment:
Post a Comment