Assalamualaikum..
Bila engkau tengok kawan-kawan lain sedang seronok dapat tawaran belajar ke situ ke sini. Seronok sebab result SPM semua A. Seronok. Aku pernah rasa seronok sebab berjaya dapat semua A dalam PMR. Pernah. Tetapi tidak waktu SPM.
Cemburu? Kecewa?
Apa lagi yang tak cukup Tuhan bagi pada aku. Tak. Semuanya terlalu cukup. Terlalu banyak yang Tuhan yang Maha Esa berikan. Cuma aku tidak kenal erti syukur sebab itu terlalu sedih. Rasa sedih bila tengok aku tak dapat rasa perasaan seronok macam orang lain.
Mungkin tak cukup. Tak cukup aku beribadah kepada Dia. Tak cukup perkara-perkara sunat yang sepatutnya aku buat untuk Dia. Mungkin tak cukup usaha aku dalam SPM dahulu. Dan tak cukup bersyukur dan memujiNya . Maafkan aku Ya Rabb. Maafkan aku kawan-kawan. Aku juga manusia. Kadang alpa.Maafkan aku kerana tidak dapat bergembira macam orang lain.
Azam dalam diri yang engkau akan usaha lebih daripada sebelum ni. Allahu..
Tuesday 7 April 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment:
Post a Comment