Hyep assalamualaikum!
Pernah dengar tak atau baca kat mana-mana yang sahabat tu adalah cerminan pada diri kita. Siapa sahabat kita, itulah kita. Tak kira dia tu otak masuk ayaq ka, cakap banyak ka, kaki mengumpat ka, kaki bodek ka, kaki gossip ka, suka tolong orang, cepat kesian, alim ka apa ka semua tu apa-apa saja yang ada pada kawan kita walau tak semua tu menggambarkan diri kita yang sebenar.
Tapi apa yang Hana nak kongsi harini kat korang pasal kawan. Kawan yang bukan cerminan kita. Maksudnya kita tak boleh nak rapat dengan dia. Setakat kawan biasa-biasa ja bolehla. Tak sampai ke tahap sahabat lagi. Jadi cuba korang fikir, kadang-kadang kenapa dalam kehidupan kita nih, kita ada sahabat, memang rapat gila ah, tapi lepas masing-masing sambung belajar tempat lain atau sambung kerja tempat lain dah tak rapat. Contact pun tak ! Kadang contact pun dah macam tak sehaluan. Dah tak masuk. Kita dan dia dah macam stranger !
Waktu tu mulalah korang fikir, aku yang dah berubah atau dia yang dah berubah. Sebenarnya cuba fikir balik, kadang takda siapa pun yang berubah. Cuma kau dengan dia sebenarnya bukan cerminan pada diri masing-masing. Mungkin dari awal sebenarnya dia dan kau takda cerminan tu tapi sebabkan korang masing-masing perlukan each other so korang pun bertahan sampailah waktu memisahkan korang.
Yalah cuba korang fikir, kadang kawan korang tu kaki mengumpat. Tapi korang tak macam tu pun. Kalau boleh time dia nak mengumpat tu kononnya nak luahkan kat korang, korang pun macam malas ja nak dengar. Kadang ada yang berani bagi nasihat, tak baik cakap pasal orang and kawan korang pun macam ok. Tengok, dia bukan cerminan pada kau.
Ada part lagi, kau jenis yang rajin study tapi kawan kau tak. So dia banyak habiskan masa dia lepak ke cemana kau pulak stay dalam bilik untuk study. Jenis yang rajin study nih mestilah nak tegur kan kawan kalau tak study suruh study tapi kawan kau tanak dengar cakap. So gaduh sikit tapi bertahan sebab kau perlukan dia dan dia perlukan kau. Tengok, dia bukan cerminan pada kau.
Ada kes kau pulak bukan cerminan pada orang tu. Kau sayang dia. Dia pun sayang kau. Tapi kau tak macam dia. Dia baik, alim semua. Kau biasa je. Kadang kalau dia ajak kau pergi surau ke contohnya. Atau dia ajak kau buat benda-benda baik, kau tanak ikut. Kau malas. Lama-lama kau dan dia renggang. Dalam kes ni kita yang bukan cerminan pada dia. Kita yang tinggalkan dia dalam kita tak sedar. Bukan dia yang tinggalkan kita. Sebab tu orang baik-baik ni, kau kena buat kawan. Jadikan orang soleh solehah ni kawan korang. Sebab depa ni boleh tolong korang masuk syurga nanti.
Selalunya orang baik-baik ni takkan tinggalkan kita melainkan kita yang tinggalkan depa. Kita yang tamau ikut depa. Ingat, walaupun kita tak mampu buat amalan macam diorang, just dampingi depa sebab depa ni mampu bentuk kita jadi orang baik-baik.
So Hana nak bukak minda korang ! Macam mana Hana cuba bukak minda Hana. Korang pun kena cuba. Jangan salahkan sesiapa kalau kau dan kawan kau dah tak sehaluan. Cuba lihat diri kita. Mungkin kita bukan cerminan pada dia atau dia bukan cerminan pada kita. Kalau kita yang buruk, perbaiki salah kita. Kalau kawan kau yang buruk, kau jangan salahkan dia, salahkan diri sebab tak mampu bentuk kawan kau jadi baik. Jadi selama kau perbaiki diri, Allah akan temukan kau dengan cerminan kau.
Jangan berhenti, jangan give up untuk carik sahabat yang punya cermin kau tu. Dia pegang cermin yang kau pegang jugak. Ada. Dia ada mencari kau jugak. ;)
#mogabermanfaat
Saturday 14 May 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau nak cakap pasal kawan, memang banyak kan? bukan semua kawan adalah sahabat dan cerminan kita. dan bukan semua boleh menerima kekurangan kita. kadang-kadang memang sedih bila kita dah berusaha untuk happy kan kawan, tapi, diorang tak appreciate langsung apa kita buat. sedih kan. huu
ops! panjang pulak. anyway, salam perkenalan dari Syifa' Azhar :)
Post a Comment