Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Thursday, 13 December 2012

Takut nak ke sekolah.

Hyep assalamualaikum !

Cinta terhalang oleh monyet tuaa... o.O -Unknown-

Pejam celik pejam celik dah nak sekolah dahlaa. Wuuu. Mesti ramai yang seronok especially budak darjah enam yang nak masuk tingkatan satu. Yelaa, bebudak nih tak pernah alami lagi 'alam sekolah menengah'. Sebenarnya takdek beza pun alam sekolah rendah ngan sekolah menengah ni. Bagi Hana, samaa ja cuma yang bezanya alam sekolah menengah ni punyaa pelajaran makin lama makin susah. :o

Ok, sebenarnya cheq bukan nak cerita pasal alam-alam kejadah ni. Cheq nak habaqq mai yang cheq takuiit nak pi sekolah. LOL eja takut pun dah jadi semacam jaa. -__-

First thing, yang membuatkan fikiranku buntu sesangat nih. BUKU LOG PUTERI ISLAM. Hana tak buat lagi.-__- Masalahnya, yang Hana tak buat lagi ni tahap PUTERI BONGSU punyaa.'  Sungguh nak mampuss dah nak masuk form 4 tak buat-buat lagii. ' Eeee, tunggu kejap. Sebelum nak cakap apa-apa dengar dulu penjelasan saya, Hana bukan unit beruniform Puteri Islam pun sebenarnya. Baru masuk jaa waktu form 3 ni. Dulu Hana unit beruniform silat. Awwr silat. -__- Macam taik ja, tak buat apa pun kelab silat, sebab tu yang Hana masuk Puteri Islam. Orang lain dah ada dah sijil Puteri Bongsu. Cheqq ni budak baru lagi, blurr gila waktu masuk. Kena buat tu, buat ni. Last-last satu habuk pun tak buat sampailaa PMR. Dahsyaaat.


Masih terngiang-ngiang suara Puan MariaLiza yang garang bangeet itu :

Cikgu ML : Saya nak siapa yang tak siap lagi buku log puteri bongsu, hantar sebelum PMR. Saya malulaa nak jawab dengan pengetua kalau pengetua tanya kenapa dah sampai form 4 pun tahap bongsu pun tak lepas lagii.

Hana : *kblurran melanda* OMG OMG OMG. :o 

Ermm humm, ni bukan sebelum PMR, dah cuti dah pun tak hantar-hantar pun. Mati gua. -_-

Benda kedua yang Hana takuiiit. Buku Biasiswa tak hantar. Cikgu Zarina suh hantar buku biasiswa tu sbeelum cuti tapi disebabkan parents Hana yang sibuk yang tadak masak nak pergi update buku tu kat bank, sampai sekarang buku tu masihku simpan rapi. Habis, memang matilaa bukak sekolah nanti, confirm kena dengar cikgu membebel. Nak nangis arhh. ;(

Apa yang Hana nak cakap kat sini, Hana taknak pergi sekolah -___- Menakutkannyeee. Awwr. Hana harap dapat tukar sekolah sebelum jumpa cikgu-cikgu yang 'menakutkanyeee' itu. Sekian.

#Hana pun takut jugak erm hummm nothing. -__-
Sunday, 9 December 2012

Cara biri-biri hilangkan stress.

Hyep assalamualaikum !

Kau janjikan bahagia, namun kauhantui dengan gurauan berbisa..-FL-

Sorry ehh lama tak update. Idea tu dah ada cuma 'kerajinan' menghilang. Haa, uolls perasan tak blog archive Hana tinggal sikit. Hana dah delete kisah-kisah lama Hana. LOL, abaikan. Haa lagi satu, Hana siap letak lagu lagi dalam blog takut uolls boring baca entry pemalas Hana nih. Weee~

Cuba tengok tajuk entry Hana. Stylee tak? Kekeke. Ok, cara biri-biri hilangkan stress ni merujuk kepada macam mana Hana menghilangkan stress. Kalau korang memang nak tahu macam mana iolls hilangkan stress, jom baca=)

'Tips ini mengandungi unsur merepeks banyak.'


Paling kerap sekali benda yang Hana selalu buat kalau stress, Hana akan makan banyak-banyak. Haaa, ini memang dah menjadi kebiasaan buat uolls kan especially girls. Asal stress ja makan. Asal makan ja stress. Okay. Hana syorkan korang makan benda yang 'sedap'. Sebab makanan yang sedap ni mengikut kajian Hana Shuhada Bt. Sarizat pelajar High School Bukit Mertajam yang baru lepas PMR dan masih menunggu keputusan PMR tersebut. Ok, cukup. Mengikut kajian iolls, kalau korang makan makanan sedap, korang akan rasa puas sangat dan dapat hilangkan segala masalah yang membuatkan fikiran korang seperti 'monyet'.  Jap, jangan makan sekali suap ja, makan banyak-banyak sampai rasa puas baru berhenti.Wee~ Sebelum tu, Hana nak ingatkan, jangan salahkan Hana kalau berat badan uolls naik yaa. Jangan saman Hana, Hana cuma bagitau ja apa yang Hana selalu buat. :P


Selain itu, bila Hana ada masalah yang membuatkan Hana stress, erm, ada ka masalah yang tak buatkan korang stress? LOL, abaikan. Hana akan masuk bilik->kunci pintu bilik->naik atas katil->amik fon->pasang lagu sedih->menangis. ^_^ Menangis laa sampai Hana rasa puas. Tapi ingat, kalau uolls nak ikut tips Hana nih, jangan menangis macam orang gila sambil mempersoalkan ujian Allah. No no no. Hana nangis sebab Hana dengar lagu tuu sedih bukan sebab ujian yang Hana terima. Lagipun, kalau kita diberikan ujian tu tandanya Allah sayang kita, jadi buat apa nak menangis, we should be happy for that ! :3

Seterusnya, Hana akan tengok cermin. Cakap sorang-sorang. Cakap jelaa apa pun yang korang rasa nak cakap. LOL. Tapi jangan sampai korang perasan yang korang cantik sedunia. Kekeke. Tapi, yang paling baik sekali cara untuk korang buat bile tengok cermin ialah berdoa.

'Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang mempunyai akhlak yang mulia sama seperti wajahku yang cukup baik yang telah engkau kurniakan.'

Yakinlah pada diri kita. Monyet pun suka muka dia, kita ni macam mana? Kekeke.


 Last sekali, haaa ni yang harus Hana tekankan. Baca Al-Quran, dengar zikir, berzikir and etc. Cara-cara nilah yang paling terbaik sebenarnyaa berbanding cara-cara yang Hana listkan kat atas tadi. Ingat Allah sentiasa, insyaAllah hati kita akan sentiasa tenang. Doalaa apa pun, jangan berhenti doa, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. :3

#Apa-apapun, jangan stress sangat. Hidup kita bukan untuk STRESS. Hana pun akan didik diri Hana pegang kata-kata ini. =D