Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Saturday, 8 August 2015

Malam hening.

Hyep assalamualaikum !

Dah lamanyaa tak update blog. Berhabuk dah gamaknya ye. Maaflah kepada kawan-kawan yang pernah setia mengikuti perkembangan blog Hana. Hana gak sibuk since masuk matrik. MATRIK?

Hampa mesti terkezut en en.. Sebabnya sapa yang kenal Hana, of course tahu yang kalau boleh Hana nak elakkan masuk matriks, Banyaklah reasons on why Im avoiding matriks before this. Tapi BEFORE this lah kan, but now Im a Penang Matriculation College's student. Just one year. Im not going to let myself duk lama-lama kat sini. Haha ! Banyak keja kot kan duduk sini. Ya lah, can you imagine how those people yang amik diploma belajar 3 years but all of us yang amik matriks ngan asasi ni belajar setahun untuk semua tu. Ratio dia 3:1. Bayangkan betapa lajunya pembelajaran kami.

So, hadik hadik yang dikasihi yang nak masuk matriks fikir baik-baik. Kalau korang rasa memang nak amik jalan cepat. Fast track lah kononnya untuk sampai ke degree so just amik ja matriks. Best sebenarnya matriks ni. Memang penat but if you manage to adapt dengan surrounding, ada ramai kawan-kawan, well its not a problem for you to choose matriks. Pembelajaran dia well memang agak ah sama macam spm but mendalamlah. So if you have a very strong basic in your science, acc ke , technical subjects ke before this in your spm , means that korang memang boleh je adapt dunia matriks.

Macam hakak ni, basics tak strong kot waktu spm. Memang dalam kelas hakak lah keputusan spm yang tak gempak. But alhamdulillah, I push myself a little bit bila duduk sini. Lantaklah nampak bodoh ke macam tak belajaq apa ja waktu spm dulu pun I just keep asking and asking people for the sake of ILMU. Sebenarnya taknak cerita panjang lebar pun. Bukan nak buat entry untuk adik-adik lepasan spm ka yang baru nak amik spm ka. Dak, ni tengah study ha. Stay up sebab Mid Sem Exam Isnin ni. Duk study chemist alang-alang tu bukaklah sat blog ni haa.

Pray for me eh untuk mid sem test ni. Cukuplah dapat sekadar yang Allah redha. Tak kejar 4 flat. Cuma nak yang terbaik. Allahummayassirwalatuassir. :)



Jamuan Raya aka Silang Budaya KMPP 2015.


Tuesday, 7 April 2015

Mungkin Tak Cukup.

Assalamualaikum..

Bila engkau tengok kawan-kawan lain sedang seronok dapat tawaran belajar ke situ ke sini. Seronok sebab result SPM semua A. Seronok. Aku pernah rasa seronok sebab berjaya dapat semua A dalam PMR. Pernah. Tetapi tidak waktu SPM.

Cemburu? Kecewa?

Apa lagi yang tak cukup Tuhan bagi pada aku. Tak. Semuanya terlalu cukup. Terlalu banyak yang Tuhan yang Maha Esa berikan. Cuma aku tidak kenal erti syukur sebab itu terlalu sedih. Rasa sedih bila tengok aku tak dapat rasa perasaan seronok macam orang lain.

Mungkin tak cukup. Tak cukup aku beribadah kepada Dia. Tak cukup perkara-perkara sunat yang sepatutnya aku buat untuk Dia. Mungkin tak cukup usaha aku  dalam SPM dahulu. Dan tak cukup bersyukur dan memujiNya . Maafkan aku Ya Rabb. Maafkan aku kawan-kawan. Aku juga manusia. Kadang alpa.Maafkan aku kerana tidak dapat bergembira macam orang lain.

Azam dalam diri yang engkau akan usaha lebih daripada sebelum ni. Allahu..