Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday, 25 January 2013

TWMA High School.

Hyep assalamualaikum !

Accomplish or do not begin...

Waktu pertama kali masuk, I thought High School Bukit Mertajam ni sekolah macam cerita High School The Musical tu. kekeke. Ada nyanyi-nyanyi bagai. Ghupernyaa sama jaa macam sekolah lain, yang lainnya sekolah ni sekolah kawalan =)


Masa mula-mula waktu form 1 tu memang innocent laa kan. Semua kesalahan takut nak buat. Hana takkan pernah lupa waktu first time Hana jumpa Dinie kat bilik SPBT (bilik buku teks). Tanya banyak gilaa mak cikk nii, kekeke sampaikan dalam hati Hana rasa macam ' lembabnya budak ni kahkakah '. Tapi Hana salah, dia ni bukan lembab, tapi antara students yang pandai baqq hangg. Dia selalu dapat number Top 5 dalam kelas. Haishh nak kata jealous, tak jugak sebab dia baik ngan Hana =) Kami selalu gaduh, tapi berbaik balik, alaa biasalaa kanak-kanak ribena. Hana tak sangka 3 tahun berturut-turut same class with her >_< Memang jodoh kot. Hihi.

Naik form 2 yang paling teruk, Hana dah pandai nak berjatuh cinta bagai.. Macam taik jaa bila teringat balik. Ni semua sebab pengaruh hampa-hampa laa ni. LOL *nak salahkan orang pulaks* Tapi takdalaa sampai melebih-lebih couple bagai kan, hehehe. Suka menyuka jaaa sampai kena panggil dengan ustaz. LOL. Sumpah takmau ingat balik benda tuu T.T Pastu pastu, waktu form 2 yang paling best dapat men sofbol sampai kaki rosak. Kahkahkah. Haa dan waktu form 2 laaa Hana ngan Dinie start perangai Lesboo kami. Tahukah kamu apa benda tu?? Tepuk kepala tanya mulut. Kekeke.


Haaa ni naik form 3 kelas yang nih. Buruk kan? HAHA. Banyak gilaa contengan di meja namun itu tidak menjadi masalah untuk weoulls bergembira. Hehehe. Like I used to say before, form 3 laaa yang paling best sekali =) Waktu form 3 nih, budak bangunan sebelah, suka sambut birthday pastu nyanyi kuat-kuat sampai menganggu pembelajaran kami. LOL. Kadang-kadang kami pun nyanyi jugak lagu birthday walaupun di bangunan yang berlainan. Kekeke. Haa, dan waktu form 3 nih, satu kelas nyanyi kat Hana lagu Happy Birthday sebab Brandon yang mulakan dulu. Wuwuwuw. Malu dibuatnyaa tapi Hana sangat happy. Thanks to Brandon ! ^^


Banyak kenangan kat High School Bukit Mertajam. Terlalu banyaakkk sampai tak boleh nak listkan. Apa-apa pun perjuangan Hana kat HSBM sampai kat sini jaa. Perjuangan Hana harus diteruskan di tempat lain. Jyeahhh. Sebelum Hana mengakhiri semuanyaa, Hana ada pesanan kepada kawan-kawan terdekat yang selalu Hana kacau keke :

Dinie : Jadi budak yang baik, lepas ni dah takleh main lesbo2 dah. Dah takleh bermanj-manj dah dan dah takda orang yang nak tumbuk Dinie kuat-kuat. Kekeke.

Aida : Hana takkan lupa Aida walaupun kita dah bercerai. Haha. Hana takleh nak kawan balik ngan Aida sebab Hana nak carik isteri baru kat sekolah baru. Kekeke.

Baby (Ezzaty) : Bie, lepas ni dah takdak orang nak mintak belanja makan minum. Lepas ni dah takdak orang nak jerit panggil 'bieeee baaaa bii' dah kat sekolah kan. Kekeke.

Honey (Fazira) : Hon, lepas ni dah takdak orang nak jerit panggil 'honeeeeeeey' dari belakang kan. Dah takdak orang nak merengek kan kat sekolah tu. Hehehe.

Aufa : Lepas ni dah takdak orang nak carik Aufa pagi-pagi. Dah takdak orang nak peluk Aufa kat sekolah. Kekeke.

Daniel : Lepas ni dah takdak gangguan daripada perempuan laa kan. Haha. Dah takdak orang nak carik hang pagi-pagi. Wekk wekk :P

Kawan-kawan yang lain : Lepas ni dah takdak budak merapu macam Hana kan kan kan. Hihi.

Jangan diucap selamat tinggal...

#Budak2 HSBM, kita buddyzz kan? Takkan terpisah. Ingat tu. =') Till we meet again(TWMA) HSBM..
Wednesday, 23 January 2013

Rasulullah S.A.W =')

Hyep assalamualaikum !

Allahumasollialamuhammad waala alihiwasobbihi wassalam..

Once a day, tengok diri kita balik, adakah kita ingat kepada Rasulullah S.A.W? Orang yang akan bagi syafa'at kat kita nanti. Orang yang akan tolong kita nanti. Ingat tak kita kepada baginda? MasyaAllah, kadang-kadang kita lupa kepada baginda. Ya, hina sungguh diri kita ini. Sedarlah bahawa kita ni manusia yang tak reti nak bersyukur, tak reti nak kenang budi. Memang kita tak nampak pengorbanan yang Rasulullah buat semua tu, memang kita tak dapat rasa sebab kita tak wujud pada zaman Rasulullah, sebab kita tak dengar dengan telinga kita sendiri apa yang Rasulullah cakap waktu baginda dah nak meninggal. 'Ummati'

Andai kita ada pada waktu itu, baru kita sedar betapa sayangnya Rasululah kepada kita, betapa care nya baginda kepada kita, perghhh sampai nak wafat dah pun sempat sebut pasal kita. Kita ni buat apa sekarang?? DOSA. DOSA. DOSA. MasyaAllah, lagi sekali, hina sungguh diri kita. ='( Tapi Allah tu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Nabi Muhammad S.A.W pulak sangat sayang kepada kita, jadi seharusnya woulls ni ingat kepada Allah dan Rasulullah. Takpa, mungkin kita leka dulu, tapi lepas nii kita kena sentiasa ingat dan ingat, barulah Allah tak murka dengan kita, barulahh Rasulullah tak sedih tengok kita =)

Sempena Maulidur Rasul ni, Hana nak peringatkan diri sendiri dan jugak kawan-kawan di luar sana.. Sama-sama kita sentiasa berselawat kepada Rasulullah. At least paling kurang pun sehari, selawat lah 3 kali untuk kita peringatkan diri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kalau lebih lagi baik. InsyaAllah, Hana pun akan sama-sama ingat !

So, mari kita refresh otak kita pasal biodata Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin ada yang dah lupa, takpun ada yang masih ingat, takpaa baca lagi sekali nak refresh haa, tak salahkan? =)

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M ( known as Tahun Gajah: sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Makkah. )
Tempat Lahir : Makkah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Haa ni serba sedikit berkenaan Rasulullah, kalau dah boleh hafal nama mak pak gepren boypren uolls tu, kenapa biodata Rasulullah tak boleh nak hafal pulak? Haa haaa, jangan kasik alasan kosong-kosong. Tepuk kepala tanya mulut. ^_^

#Esok yee Maulud Nabi, tapi saja buat awal sebab tak pergi sekolah ni, hihi takdek keja. =)