Hyep assalamualaikum !
Allahumasollialamuhammad waala alihiwasobbihi wassalam..
Once a day, tengok diri kita balik, adakah kita ingat kepada Rasulullah S.A.W? Orang yang akan bagi syafa'at kat kita nanti. Orang yang akan tolong kita nanti. Ingat tak kita kepada baginda? MasyaAllah, kadang-kadang kita lupa kepada baginda. Ya, hina sungguh diri kita ini. Sedarlah bahawa kita ni manusia yang tak reti nak bersyukur, tak reti nak kenang budi. Memang kita tak nampak pengorbanan yang Rasulullah buat semua tu, memang kita tak dapat rasa sebab kita tak wujud pada zaman Rasulullah, sebab kita tak dengar dengan telinga kita sendiri apa yang Rasulullah cakap waktu baginda dah nak meninggal. 'Ummati'
Andai kita ada pada waktu itu, baru kita sedar betapa sayangnya Rasululah kepada kita, betapa care nya baginda kepada kita, perghhh sampai nak wafat dah pun sempat sebut pasal kita. Kita ni buat apa sekarang?? DOSA. DOSA. DOSA. MasyaAllah, lagi sekali, hina sungguh diri kita. ='( Tapi Allah tu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Nabi Muhammad S.A.W pulak sangat sayang kepada kita, jadi seharusnya woulls ni ingat kepada Allah dan Rasulullah. Takpa, mungkin kita leka dulu, tapi lepas nii kita kena sentiasa ingat dan ingat, barulah Allah tak murka dengan kita, barulahh Rasulullah tak sedih tengok kita =)
Sempena Maulidur Rasul ni, Hana nak peringatkan diri sendiri dan jugak kawan-kawan di luar sana.. Sama-sama kita sentiasa berselawat kepada Rasulullah. At least paling kurang pun sehari, selawat lah 3 kali untuk kita peringatkan diri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kalau lebih lagi baik. InsyaAllah, Hana pun akan sama-sama ingat !
So, mari kita refresh otak kita pasal biodata Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin ada yang dah lupa, takpun ada yang masih ingat, takpaa baca lagi sekali nak refresh haa, tak salahkan? =)
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M ( known as Tahun Gajah: sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Makkah. )
Tempat Lahir : Makkah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Haa ni serba sedikit berkenaan Rasulullah, kalau dah boleh hafal nama mak pak gepren boypren uolls tu, kenapa biodata Rasulullah tak boleh nak hafal pulak? Haa haaa, jangan kasik alasan kosong-kosong. Tepuk kepala tanya mulut. ^_^
#Esok yee Maulud Nabi, tapi saja buat awal sebab tak pergi sekolah ni, hihi takdek keja. =)
Wednesday 23 January 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comment:
nape tak gi sekolah?
hee betul tu, lagi satu kalau bio artis boleh ingat takkan Nabi Muhammad SAW tak boleh nak ingat kan. :D
HAHA. Malas, sebab dah dapat surat berhenti sekolah. Kekeke.
Post a Comment