Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Wednesday 29 May 2013

Saya budak asrama !

Hyep assalamualaikum !

Kringgg-kringg-kringgg. <--- bunyi ni ialah bunyi jam loceng yang paling gua benci nak dengar setiap pagi. Yeah as usual la kalau bunyi jaa kejadah ni mesti :

'Ahh, dah pagi ka. Bukan baru tidok ja ka. Allah -_- Nak duk rumah, nak cuti nak cuti. Awwrr'

Dulu memang jam loceng bunyi lagu best-best sebab set alarm guna fon, sekarang dah tadak dah semua tu bedah hoii, sekarang harapkan jam loceng yang set on/off gitu. Kalau bangun waktu orang lain pun dah bangun takpa jugak, ni kalau bangun pun orang lain tengah tidur lagi haa nak kata apa? Dengan perasaan penakuittnya bangun tengok kiri dan kanan. Ahhh.

'Pagi-pagi nak dekat Subuh ni, hantu tak kacau kot. Tak tak.' <--- Hati berkata-kata. :3

Mesti korang ingat Hana penakutkan? Elehh tu pun takut. Hoiy, jangan memain, baru-baru ni sekolah gua kat aspuri, hantu mengganas. Siap kejadah tu ketuk-ketuk pintu dorm lagi haa. Jangan pandai cakap big big. LOL I mean dont boast. :3

Pergi sekolah. Menghadap muka manusia-manusia yang sama. Erkk. *memangla* Balik sekolah pun  menghadap muka manusia-manusia yang sama. Nama pun duduk asrama macam nilah kehidupannya. Boleh buat sajak :


Siang malam nampak,
Malam siang nampak,
Aku tak pernah ingin membayangkan mu,
Namun,
Kau selalu hadir di mana-mana,
Mana-mana saja kupergi,
Pasti terbayang wajahmu,
Mana-mana saja wajahmu pasti kuternampak,
Sampai rasa macam nak sepak.

Ok itu sajak yang Hana reka kepada budak-budak asrama. Memang beb, pergi mana pun korang akan jumpa muka yang sama sampai dah tak larat nak senyum wohh. Lagi satu, benda yang Hana belajar, belajar untuk bersabar. Ya, rupa-rupanya budak-budak asrama ni memang kena belajar bersabar. Nak masuk toilet  pun kena 'booking'. Hana ingat nak main bowling ja ada sistem book book ni. Rupa-rupanya nak masuk jamban pun kena book. Memang tak lepas dari sistem ni sejak SAYA BUDAK ASRAMA.

>_<' AHH <--- Muka desperate nak masuk jamban. ' Erkk, penuhla pulak toilet. Err, *ketuk pintu* ada orang booking tak?'

'Ada!!!'  <---- Jawapan ini paling gua tak suka. Bila dah desperate sangat, toilet semua penuh siap ada orang booking lagi, memang MATILAH KAU. :'3

Hana suka waktu riadah sejak habis sukan nih. Dah tak payah nak lari satu sekolah berapa kali pun taktau untuk practice sukan. Haiyaa boleh mati   kurus. Sejak sukan habis, memang waktu riadah free. So apalagi, ada yang amik masa untuk baca novel, buat homework, tidur -__-, nyanyi kat tepi tasik sekolah kami, bersantai tepi tasik dan err berenang dalam tasik.

Malam-malam, waktu awal-awal masuk dulu memang Hana tidur lambat sebab basuh baju dulu malam-malam. Tapi sejak berlakunya kejadian 'hantu mengganas' jangan haraplaa nak nampak muka Hana tengah-tengah malam kat toilet tu. No no. Hana tanaklaa tidur lambat-lambat dah caihh. Haritu 3 hari kongsi katil dengan kawan, al maklumlah penakutla katakan. T.T

The conclusion is, many kind of things I learn since SAYA BUDAK ASRAMA. Awal-awal memang asyik nangis, lama-lama dah BIASA. :3

#Kepada uolls yang tak pernah masuk asrama, try apply asrama kat sekolah uolls atau SBP/MRSM. Rasailah keseronokan/keperitannya. :D

3 comment:

Zafirah nazri said...

don't forget asrama teknik jugak . haha

Hana said...

Yelaa I got mention what.. 'try apply asrama kat sekolah uolls' :P

aindzaya said...

sis tak pernah dduk asraman masa sekolah ..masa universiti je..memang best!!