Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday, 27 December 2013

Senior year.

Hyep assalamualaikum !

'Weyhh, aku senior la next year ! Yahoooo, aku boleh buat apa ja !!! '

'Haa, tahun depan aku dah senior, hamekaww junior-junior yang kuajiaq ngan aku tu. Aku nak balas dendam. Muahahaha *gelak jahat* '

'Kita senior weyhh tahun depan ! Syok auhh ada orang nak respect kat kita ! '

Ohhh wait wait, apa maksud semua ni? Senior ? Junior respect? Boleh buat apa ja? Boleh balas dendam? Are you serious? *angkat kening*

Hampa tau ka apa maksud senior? Tau ka ? Besar sangat ka pangkat 'SENIOR' tu dalam hidup kita? Tahukah kamu bahawa ada yang lebih tua daripada kamu? Form five tu 17 tahun der. Yang 18 tahun tu apa? Seseniorkah? Oh kiranya kalau orang yang tua daripada kita dah keluar dari sekolah, kira kita yang paling besarlahh? Come on guys, tak perasanka apabila kita digelar senior tu bermakna itu satu ujian daripada Allah buat kita? Besar wohh tanggungjawab kita sebab apa yang kita buat akan menjadi contoh kepada adik-adik. Am I right?

Bismillahirahmanirrahim.. Izinkan Hana berkongsi dengan kawan-kawan.

Tegas tapi beradab.

Bila kita jadi senior, yaa, mesti wujud perasaan dalam diri kita nak junior respect kita so bertegaslah sebagai seorang senior. Tegas tu macam mana? Kalau adik2 buat salah, tegur dengan cara yang baik macam Rasulullah selalu buat tapi tegas. Haa, dah tegas tu pulak mestilah beradab. Janganlah pulak kita mencarut-carut kat adik2. Marah pulak, marah gila-gila macam orang yang kehilangan akal. Lebih-lebih lagi perempuan, jaga mulut kita wahai kaum hawa.

Bagi salam.

Amalan junior memberi salam kat senior di asrama . Haa, rasanya semua sekolah ada kan amalan ni? Ya, memberi salam sesama saudara seislam itu adalah sangat mulia tetapi kita sebagai senior jangan asyik nak harapkan adik-adik bagi salam kat kita. Cuba kita bagi salam pulak kat adik-adik? Depa pun saudara seislam jugak. Nampak macam kurang ajar? Kurang ajar sebab senior bagi salam kat junior? Kenapa kurang ajar pulak sedangkan kita buat benda yang dituntut dalam islam? Pemikiran kita biar matang sikit. Ya, Hana mengaku Hana malu jugak tiba-tiba lalu sebelah adik-adik cakap 'assalamualaikum adik' . Hoho disebabkan Hana segan jadi bila Hana nampak adik-adik tengah relax2 dengan kawan dia, Hana datang dekat, bagi salam pastu ajak berbual. Tanya depa sihat tak, bukankah itu boleh merapatkan ukhwah kita?


Hormat cikgu dan orang lain.

Mengikut pemerhatian Hana, ramai dalam kalangan kita sekarang dah kurang rasa hormat kat cikgu. Mengapakah ini terjadi? Kadang-kadang sebab kita rasa kita ni nak dihormati sebab tu sampai cikgu pun kita dah tak hormat. Ingat kengkawan, senior yang baik ialah senior yang disayangi cikgu. Ingat tu. Bila cikgu pun sayang kita, maknanya cikgu respect kita. Begitu juga dengan kawan, bila kita respect kawan, kawan akan buat benda yang sama. Kita nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dululah.

Solat.

Allahuakhbar, takkan kot solat pun nak kena suruh? Kita dah besar, pandai-pandai fikirlah benda yang wajib tu mesti kena buat. Kata nak orang nampak kita senior, tapi solat pun takmau. Macam mana nak bagi contoh kat adik-adik? Adik-adik tak solat kita marah, tapi kita tak solat takmau marah diri sendiri ? Tunjukkan contoh yang baik kat orang lain.

Tutup aurat.

Amboi, kemain lagi canang sana sini. Cerita kat orang yang dia ni tak tutup aurat. Adik ni tak pakai stoking. Yang diri sendiri dah cermin ka? Kalau kita sendiri duk buat perangai tak tutup aurat, macam mana adik-adik tak ikut? Haa, ni yang bahaya. Kalau kita nak orang lain nampak sempurna, tunjuk dulu yang kita punn boleh jadi sempurna. Wallahualam.

Jaga hubungan. 

Couple. Benda ni memang tak sah kalau tadak kat sekolah. Kita sebagai senior, kekadang kita bara kan nampak adik-adik dating? Kalau macam tu kita pun janganlah dating. Janganlah couple. Ni tidakk, canang pasal dia kat sana sini kata dia couple lah datinglah. Buat rancangan nak marah  budak tu lah, tapi kita ni yang duk couple ni, kawan-kawan sokong pulak? Apa cerita ni ? Awat? Islam bagi kebenaran ka kat senior couple? Islam bagi kebenaran kat senior nak dating? Tepuk dada tanya mulut sendiri.


Ingat kawan-kawan, terutama batch 97 yang bakal jadi form five 2014. Jadilah orang yang boleh bagi contoh kat generasi yang akan datang. Jangan bagi depa ulangi kesalahan yang kita pernah buat. Buat perubahan mengikut peraturan dan pemikiran yang berlandaskan Islam, insyaAllah Allah jaga hidup kita. Doa-doalah selalu.

'Ya Allah, bagilah aku jadi senior yang baik ya rabb. Amin..'
Thursday, 12 December 2013

KAWAN bukan PASANGAN.

Hyep assalamualaikum !

Sorry ehek ehek. Dah lama tak update. Lamalah jugak dah 7 hari T.T Ingatkan nak update seminggu sekali, konon nak bagi peminat sekalian sempat baca dalam masa seminggu. Yelah kan, sekarang ni semua orang duk pakat bercuti. Kutla ada yang missed my entry ke. Kekeke. Biarlah Hana nak perasan sekali sekala, konon ada ramai baca blog Hana but hakikatnya takdepun.

Ok, back to the point. KAWAN bukan PASANGAN. Siapa pernah baca tajuk yang serupa ginilah kat dalam paper Metro dua minggu lepas if Im not mistaken. Ceyhh, tanya jugak kat kau orang nih, muka macam tak pernah sentuh newspaper ja. *muahaha jahat -.- Apa yang Hana nak cerita ni ialah berdasarkan apa yang Hana baca dalam paper, apa yang Hana alami sendiri dan ada yang Hana tengok di sekeliling.



KAWAN bukan PASANGAN atau dalam bahasa omputeh ' Friend but not Lover' . Suka hati ja Hana bagi translation. Kekeke. Maksudnya di sini, jangan harapkan kawan anda untuk menjadi seperti pasangan anda atau nak sedap sikit 'dont expect your friend to be like your boyfriend/girlfriend' Kau orang jangan ingat kengkawan kau orang macam pakwe dan makwe okeyh? Sini mari dekat, mamak mau cerita.

Ada ka orang yang macam tu? Tanya si polan. Bedah pun menjawab, ada, jangan ingat takda. Polan bertanya lagi, macam mana tu? Maksudnya sikap yang macam mana yang membuatkan kita ni sampai nak anggap kawan kita pasangan kita?

Sikap pertama : Anytime, anywhere, bla bla nak bertexting / bermesej.

Nama-nama ini tidak ada kaitan antara hidup dengan mati

Leha : Buat ape? *send*

Bedah : Tak buat apa2 pun. Kau? *send*

Leha : Pun sama. Hehe. *send*

Bedah : :D *send*

Leha : :) *send*

Bedah : *ok, macam dah tadak apa dah. Takpe kut tak balas. lalala*

10 minit kemudian ..

Leha : Asal tak balas? *send*

Bedah : Oh, aku ingat kau dah kehabisan idea >_< *send*

Leha : Mana ade. Aku tunggu kau balas tahu tak. *send*

Bedah : Alahai, sorrylah *sending....message failed...* 'aduhai, pehal pulak ni. Kang tak pasal-pasal Leha mengamuk. Alamak ! Kredit habis. Ayuyuyu.

Leha : Kfine. Suka hati kaulahh ! *send*

Dalam hal ni, takkan setiap masa nak mesej? Ikut orang jugak guys. Kalau macam kawan korang memang suka mesej setiap masa macam Hana ngan Zaf atau Hana ngan Mira, takpelah. Ini tidak, kalau korang sendiri bagi petanda takda idea, memang tak balaslah kawan korang tuu. 



Jealous tak tentu pasal.

Korang tengok kawan korang rapat dengan orang lain. Ok fine, biar jelah bukan dia nak lari daripada hidup korang pun. Selagi kawan tu masih layan kita, okaylah kan? Ini tidak, korang nak konker dia sorang-sorang. Orang lain tak boleh nak baik sangat dengan dia. Hey ! Kawan hang tu bukan laki hang. Hana pun akui Hana pernah mengalami simptom ini, tapi Hana dah cuba buang so alhamdulillah okay ja. Cuma, ingat tau, once kita dah ada kawan baru dan kita baik sangat dengan dia, tolong jangan abaikan kawan lama kita yang pernah tolong kita selama ni. Kesian kawan kan?

Asyik nak berteman.

Pergi mana pun nak kawan kita teman. Pergi situ nak orang teman, pergi sini nak orang teman. Ya, memang kita kawan. Tapi janganlah guna ayat ' macam nilah kawan, ajak teman tanak teman. ' Cuba fikir balik, selama ni kita memang duk teman ka kawan kita pegi mana-mana. Rasanya tak selalu. Macam tulah kat kawan kita, depa ada hak jugak sebagai pengguna. Luls kejadah.


Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri orang yang suka anggap kawan tu macam pasangan. Boeh tu ikutla kawan kita, kalau dia memang tak kisah, so go onlahh. Kalau kawan kita sendiri buat-buat ja selesa tapi kat belakang duk mengadu kat orang lain yang dia tak puas hati kat kita, baik kita berubah. Ya, Hana akui Hana pun macam tu jugak kekadang tapi Hana cuba ubah. Hana nak tolong jugak kau orang. Berhati-hati dengan kawan dan jaga perasaan kawan kita. Tapi sebenarnya, kalau orang tu betul-betul sahabat kita dia tak kisah pun perangai kita yang duk anggap pasangan nih. Seriously. :')



Sahabat . Bukan orang yang sentiasa ada kat kita waktu happy ja.. Sahabat ni orang yang selalu ada susah senang kita, selalu doakan kita tanpa kita tahu, walaupun dia tak selalu ada dengan kita tapi bila kita perlukan dia, dia tak pernah menolak. Ingat tu . 

#SayaSayangSahabatSaya. 4S :')


Wednesday, 4 December 2013

Muka Bahasa Arab?

Hyep assalamualaikum !

Ana uhibbu enti / I love you . Ainun / Mata . Babun / Pintu. Eh?? Lagi? Yang tu ja Hana tau pasal Bahasa Arab. Malunyaa >_< Ok, sebelum hampa memalukan Hana lagi, Hana adala jugak tahu Bahasa Arab yang hadis punya tapi bukan yang ni semua. Hana bukan budak Arab ! Ok. Tegaskan lagi.


Saya

Hana Shuhada Binti Sarizat Bin Mohd. Nor Bin Ismail Bin ok cukup,

bukan 

budak 

Arab.

Apakah yang membuatkan Hana Shuhada bersuara sebegini rupa? Jeng jeng jeng.

Tersebutlah kisah uda dan dara ~

Kes 1.

Waktu first masuk Mad Jiwa. Entah hapa yang membuatkan mereka semua berfikiran sebegitu rupa. 

'Eh, cenna nak tulis tulisan khat ni? Nak buh 'assalamualaikum' kat depan kelas. Sapa pandai?'

'Kau  tak reti ke Hana? Bukan kau budak sekolah agama ke?'

'Hahh? Sejak bila pulak? Choy, Hana sekolah biasa ja bukan agama -.-'

Kes 2.

*sedang menganggu konsentrasi Ustazah Rusmalina*

Ustazah : Eh dah dah, ustazah busy nih. Hang bukan ada exam Arab kat satgi. Pi la cepat.

Hana : Errkk, sejak bila pulak saya amik Arab ustazah oii. 

Ustazah : Ohyaka, *tengok atas bawah* 

Hana : -.-'

Kes 3.

Kat Kem Kepimpinan Pengawas.

*Sedang khusyuk mendengar ceramah*

Mail Wajdi form 3 : Pssstt, psstt kak Hana.

Hana : Haa?

Mail Wajdi form 3 : Kak Hana tolong sat, kak Hana pandai Arabkan?

Hana : *deyyyy . Haih taklah. Kak Hana mana amik Arab. -.-

Banyak lagi kes yang telah disiasat tapi lupa. Ini ja yang ingat. Kepada manusia-manusia di luar sana, saya bukan budak Arab yah.  Saya sekolah omputeh dulu. Tak belajar Arab -.-' 


Ikhlas, Madam Hana asdghjklllahdfkgjgadlkdfhfkffk, ok enough.

#Hoho, budak Arab >_<
Monday, 2 December 2013

Dugaan : Siapa sangka?

Hyep assalamualaikum !

Alhamdulillah tenang ja petang ni. Im waiting for my sushi from my brother and adik.  Pegi Jusco katanya mereka tuh, jalan kaki pulak. Semata-mata nak beli CD game PS2. Al maklumlah yang sorang baru habis SPM, sorang lagi habis UPSR. :P

Bila kita cakap pasal dugaan. Kita tahu, setiap kesulitan pasti berakhir dengan kebahagiaanbut for now, entahlah kebahagiaan apa yang mungkin Hana kecapi? Cerita ni berlaku pada 29 November 2013. Kami satu family happy sangat sebab mak abah nak pergi Bangi amik abang. Yelah, budak tu dah habis sekolah buat apa lagi duduk lama-lama kat situ. Cadangnya lepas amik abang nak tumpang rumah Pak Teh kat Shah Alam, pastu duduklah dalam 3 hari ke, sempatlah pergi jalan-jalan Keyel. Tup tup tup barang abang banyak gileerrr. Haa amekaw, barang dia tudiaaa, nala punya berat-berat nak habaq mai. Sampai kereta pun jadi berat, tayar pun kempis kat bahagian belakang.

Hana : Abang ni bawak apa? adik pun duduk asrama jugak tadaklah sampai banyak barang macam ni -.-.

Abang : Hang tu duduk mana? Duduk Kedah. Aku ni duduk mana?

Hana : Ada beza ka? 

Abang : Ni buku-buku ni semua aku bawak balik kat hang tau, kalau tak aku ingat nak bakar ja.

Disebabkan itu, kami pun tak jadi nak pergi bercuti. Abah kata berat sangat takut bahaya. Lagipun cenna nak berjalan dengan sempitnya barang-barang abang nih. Kami pun dengan rela hati terima kenyataan untuk balik Penang balik. Choyy. On the way balik, tiba-tiba kat Serdang, kereta bunyi pelik gila, kuat pulak tu. Abah pun pergilah singgah kedai repair kereta. Repairlah dalam dua jam. Rosak bahagian belting kejadah apa tah. Aduyai, ni semua sebab barang abang ka? HOHO. Pastu malam tu dalam pukul 9 tiba-tiba dapat call yang tok bah ( belah abah kat Penang ) meninggal dunia. Hmm, setiap yang hidup pasti akan mati. Sedihnya, hmm. Pastu nak balik tu time lepas ja dari Perhentian Tapah, tiba-tiba kereta berasap pastu abah pun berhentikan kat tepi jalan. Dahla malam -.-. Maigadd, giler kau?? Time tu dah pukul 10.30. Kat highway tu kami berdirilah tunggu bantuan PLUS nak tarik kereta. Kereta rosak balik. Entah cenna orang tu repair tadi. Tak reti repair toksah la buat pandaikan? -.-

Belting tu putus-putus macam ni. Inikah yang dikatakan dah repaired?

Nasib baiklah Mak Ngah duk kat Ipoh ja. Mak Ngah pun amiklah kami duduk ja kat rumah Mak Ngah. Time tu dah pukul 12 dah. Ya Allah, dahla tok bah meninggal. Kereta pulak rosak. Huhu. Pukul 2 pagi kami bertolak ke rumah tok kat Penang belah Pulau. Dugaan Allah, siapa sangka? Nasib baiklah kami tak jadi bercuti, kalau jadilah duduk rumah Pak Teh, mesti tak dapat tengok tok bah sebelum dikebumikan. Allah itu Perancang yang HEBAT. :')

Bye bye sekolah abang. :3 

Macam hantu ja gambar nih, memang asalnya gambar ni gelap dah sebabtu buat terus cenni. :3 / with abang.

#Biar pun berat dugaan yang kita hadapi, bersabarlah. :)