'Weyhh, aku senior la next year ! Yahoooo, aku boleh buat apa ja !!! '
'Haa, tahun depan aku dah senior, hamekaww junior-junior yang kuajiaq ngan aku tu. Aku nak balas dendam. Muahahaha *gelak jahat* '
'Kita senior weyhh tahun depan ! Syok auhh ada orang nak respect kat kita ! '
Ohhh wait wait, apa maksud semua ni? Senior ? Junior respect? Boleh buat apa ja? Boleh balas dendam? Are you serious? *angkat kening*
Hampa tau ka apa maksud senior? Tau ka ? Besar sangat ka pangkat 'SENIOR' tu dalam hidup kita? Tahukah kamu bahawa ada yang lebih tua daripada kamu? Form five tu 17 tahun der. Yang 18 tahun tu apa? Seseniorkah? Oh kiranya kalau orang yang tua daripada kita dah keluar dari sekolah, kira kita yang paling besarlahh? Come on guys, tak perasanka apabila kita digelar senior tu bermakna itu satu ujian daripada Allah buat kita? Besar wohh tanggungjawab kita sebab apa yang kita buat akan menjadi contoh kepada adik-adik. Am I right?
Bismillahirahmanirrahim.. Izinkan Hana berkongsi dengan kawan-kawan.
Tegas tapi beradab.
Bila kita jadi senior, yaa, mesti wujud perasaan dalam diri kita nak junior respect kita so bertegaslah sebagai seorang senior. Tegas tu macam mana? Kalau adik2 buat salah, tegur dengan cara yang baik macam Rasulullah selalu buat tapi tegas. Haa, dah tegas tu pulak mestilah beradab. Janganlah pulak kita mencarut-carut kat adik2. Marah pulak, marah gila-gila macam orang yang kehilangan akal. Lebih-lebih lagi perempuan, jaga mulut kita wahai kaum hawa.
Bagi salam.
Amalan junior memberi salam kat senior di asrama . Haa, rasanya semua sekolah ada kan amalan ni? Ya, memberi salam sesama saudara seislam itu adalah sangat mulia tetapi kita sebagai senior jangan asyik nak harapkan adik-adik bagi salam kat kita. Cuba kita bagi salam pulak kat adik-adik? Depa pun saudara seislam jugak. Nampak macam kurang ajar? Kurang ajar sebab senior bagi salam kat junior? Kenapa kurang ajar pulak sedangkan kita buat benda yang dituntut dalam islam? Pemikiran kita biar matang sikit. Ya, Hana mengaku Hana malu jugak tiba-tiba lalu sebelah adik-adik cakap 'assalamualaikum adik' . Hoho disebabkan Hana segan jadi bila Hana nampak adik-adik tengah relax2 dengan kawan dia, Hana datang dekat, bagi salam pastu ajak berbual. Tanya depa sihat tak, bukankah itu boleh merapatkan ukhwah kita?
Hormat cikgu dan orang lain.
Mengikut pemerhatian Hana, ramai dalam kalangan kita sekarang dah kurang rasa hormat kat cikgu. Mengapakah ini terjadi? Kadang-kadang sebab kita rasa kita ni nak dihormati sebab tu sampai cikgu pun kita dah tak hormat. Ingat kengkawan, senior yang baik ialah senior yang disayangi cikgu. Ingat tu. Bila cikgu pun sayang kita, maknanya cikgu respect kita. Begitu juga dengan kawan, bila kita respect kawan, kawan akan buat benda yang sama. Kita nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dululah.
Solat.
Allahuakhbar, takkan kot solat pun nak kena suruh? Kita dah besar, pandai-pandai fikirlah benda yang wajib tu mesti kena buat. Kata nak orang nampak kita senior, tapi solat pun takmau. Macam mana nak bagi contoh kat adik-adik? Adik-adik tak solat kita marah, tapi kita tak solat takmau marah diri sendiri ? Tunjukkan contoh yang baik kat orang lain.
Tutup aurat.
Amboi, kemain lagi canang sana sini. Cerita kat orang yang dia ni tak tutup aurat. Adik ni tak pakai stoking. Yang diri sendiri dah cermin ka? Kalau kita sendiri duk buat perangai tak tutup aurat, macam mana adik-adik tak ikut? Haa, ni yang bahaya. Kalau kita nak orang lain nampak sempurna, tunjuk dulu yang kita punn boleh jadi sempurna. Wallahualam.
Jaga hubungan.
Couple. Benda ni memang tak sah kalau tadak kat sekolah. Kita sebagai senior, kekadang kita bara kan nampak adik-adik dating? Kalau macam tu kita pun janganlah dating. Janganlah couple. Ni tidakk, canang pasal dia kat sana sini kata dia couple lah datinglah. Buat rancangan nak marah budak tu lah, tapi kita ni yang duk couple ni, kawan-kawan sokong pulak? Apa cerita ni ? Awat? Islam bagi kebenaran ka kat senior couple? Islam bagi kebenaran kat senior nak dating? Tepuk dada tanya mulut sendiri.
Ingat kawan-kawan, terutama batch 97 yang bakal jadi form five 2014. Jadilah orang yang boleh bagi contoh kat generasi yang akan datang. Jangan bagi depa ulangi kesalahan yang kita pernah buat. Buat perubahan mengikut peraturan dan pemikiran yang berlandaskan Islam, insyaAllah Allah jaga hidup kita. Doa-doalah selalu.
'Ya Allah, bagilah aku jadi senior yang baik ya rabb. Amin..'
3 comment:
gudluck with ur senior year.. And all the best for the spm nnt okeyh.. Buat yang terbaik okeyh *wink2*
Eyqa : Haha insyaAllah kak, thanks. ^_^
Sabila : Thank youu :3
Hanaaaaa, I should learn more!
Post a Comment