Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Saturday, 4 June 2016

Ramadhan di KMPP vs Ramadhan di rumah.

Hyep assalamualaikum !

Ramadhan tiba Ramadhan tiba~

Ya Allah rindunya suasana Ramadhan kat KMPP !

Apa yang masih segar dalam ingatan Hana, waktu kat kmpp dulu, outing boleh balik pukul 10 malam. Gempak en. Rasa keluar malam cemana ngan kawan-kawan haha. Tapi Hana tak pernah pulak pi outing bukak puasa ngan kawan-kawan kat luar sebab hujung minggu ja Hana balik rumah lepastu bukak puasa kat rumah. Alang-alang tu bawak makanan lebih kat kawan-kawan.

Tapi memang waktu bulan puasa ni ramai geng-geng praktikum/kelas buat bukak puasa sekali kat luar sebab boleh balik lambatkan. Tak silap Hana kelas Hana dulu buat bukak puasa kat LV ja kot. Lagipun nak refresh balik tadak kenangan manis sangat bulan puasa kat kmpp sebab waktu tu semua baru nak menyesuaikan diri. Cuma batch kami dah lebih kurang dua bulan lah kat kmpp time tu sebab daftar waktu hujung bulan 5. Puasa nak masuk bulan 7. Tahun ni students baru masuk bulan 6 kan time bulan puasa pulak tu. Mesti depa nak rasa suasana tu lambat sikit sebab baru nak adapt kat kmpp.

Seingat Hana jugak selalu ada makanan free sebab Surau Annur rajin jugak buat majlis iftar kat surau. Pihak HEP pun buat majlis iftar untuk setiap blok sekali waktu bulan puasa tu.

Aktiviti dalam kelas, dalam kuliah semua berjalan sama ja tak silap Hana. Ka masa disingkatkan? Dak dak rasanya sama ja. Time kuliah of course lah ramai mengantuk en, rasanya bulan puasa ka tak puasa ka kami sepanjang masa mengantuk huahua. Mulala lecturer membebel 'kamu ni mentang-mentangla bulan puasa bla bla bla'

Ha ! Ni best jugak ! Pernah Hana dengan kawan-kawan lepas abis kelas, kami pi Bazar Ramadhan sama-sama sebab haritu memang boleh outing sebab hari Sabtu cuma ada kelas ganti sebabtu yang petang baru boleh outing.

Terawih pulak buat kat dataran. Depa bentang tikar. Seingat Hana jarang Hana pi terawih kat kmpp dulu. Huhu rasa ruginya! Sebab waktu tu baru nak menyesuaikan diri lah apa semua dahtu kerap balik so macam tak rasa sangat. Lagi satu sebab panas hahaha. Mungkin tahun ni pulak budak-budak yang nak masuk ni buat terawih kat surau kot sebab surau kat belakang tu dah perbesar and cantik. Lagipun lelaki mesti cukup punya kat surau. Tau-taulah lelaki berapa saf ja. -.-


Ni Hana belanja gambar surau. Ni bahagian perempuan. Belah depan di balik langsir kuning tu bahagian lelaki. Satu-satunya gambar surau yang Hana still simpan dalam fon. Yang lain dalam insta tapi dah disable. Sobsobs. Rindunya ya Allah ! :'( Untuk adik-adik yang bakal masuk kmpp, hampa tolonglah jaga surau ni baik-baik nah. Sayangilah surau. Banyakkanlah pi surau sebab orang yang selalu pi rumah Allah ni hati dia jiwa dia dekat dengan Allah sebab berada di rumah Allah.


Ramadhan kat rumah taktau cemana. Sebelum ni pernah ramadhan kat rumah tapi waktu jadi budak sekolah harian la cuma time tu masih pelajar. Tak rasa lagi bulan ramadhan macam tahun ni yang takdak apa tugas. Tak belajar mana-mana. Tak kerja. Duk rumah ja. So tadak alasanlah kan tak buat amal ibadah haha.


Langit kmpp :')

Untuk yang bakal masuk kmpp yang tak baca lagi entry tentang life kat kmpp klik sini

1 comment:

NOR SYAHIRAH said...

Huhu.. Tkut plus excited nak msuk kmpp nih kak.. 😭😭😭