Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Thursday, 17 January 2013

Journey =)

Hyep assalamualaikum !

Add maths makin lama makin bertambah rumit tapi alhamdulillah berkat doa penerang hati boleh catch up jugak walaupun agak lambat. Tadi Hana balik lambat, pergi jumpa cikgu Normah dan mintak cikgu ajarkan add maths lagi sekali. Nak buat macam mana dah otak kesayanganku tiba-tiba 'blank' bila tengok soalan. Huhu.

Hari demi hari ku menanti sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang sangat sukar untuk diperolehi namun itu tidak langsung mematahkan semangatku untuk terus percaya dan yakin dengan takdirNya ='). Keep believing. Akhirnyaa... SubahanaAllah !



I got tawaran from the school that I applied before. Auuh, orang lain semua dapat sekolah yang diorang tak mintak tapi Hana sorang ja dapat sekolah yang Hana mintak. Ahaks, memang rezeki ku di sana mungkin. Rasa nak jerit kegembiraan pun ada sebab akhirnya dapat jugak keluar dari high school dan pergi ke sekolah yang lebih baik. Allahu. Hana sorang ja dapat sini. Nampaknyaa kena mulakan kehidupan baru dengan kenalan baru. Ohya, Hana baru tahu yang kawan lama Hana waktu sekolah rendah, namanya Alya Farzana. Dia pun dapat Sains Mahommad Jiwa. Good then, at least there is someone yang Hana kenal. Awwr.

Right now, semua orang dah nak pindah except for my wives. Masih meneruskan pelajaran kat high school. Hana, Zafirah, Aqilah, Elya, Huda, Fatin Asmida and many more dah nak belah. So weoulls pasti akan merindui high school. =') Anyway, this's what we call JOURNEY. Dah macam nama blog Aqilah pulak haha. Life is not a destiny. Life is a journey where we have to go through it and make it beautiful with happiness and joyful. This is my journey that had been written. Terima kasih kat semua yang selalu mendoakan Hana. Terharuu >_<

#SM Sains Mohammad Jiwa, saya datanggg. !! Peace yoo (Y)
Saturday, 12 January 2013

Zafirah Nazri.

Hyep assalamualaikum !

Hana masih ingat, pertama kali Hana tengok dia, takda apa yang ada dalam fikiran, satu ja ' Dia budak kelas 2H ' I don't know her and I don't want to. Tak terasa dalam hati ingin berkenalan dengan dia sebab dia budak kelas lain tapi kuasa Allah, kami mula berkenalan sejak masing-masing jadi pengawas sekolah. Bila berjumpa senyum sahaja dan bercakap sesama sendiri mungkin untuk hal yang penting saja.

Dia kuat berfacebook. Yeaa, selalu nampak dia dalam facebook and Hana pun jenis yang diam dalam fb, so we started to chat. I begin to know her since she asked me about everything. I like her. Dia banyak cakap, rajin hantar mesej buatkan Hana rasa, Hana diberi perhatian. And that moment, we're just friend.


Tahun 2012, bermulalah segala-galanya. Hana mula kenal bini-bini Hana dan dia merupakan salah seorang daripada bini Hana. Hihi. She's always there when I need her. Dia selalu buat bagi Hana rasa Hana tak sunyi. Al-maklumlaah, dalam fb tu, sapa lagi nak chat ngan Hana kalau bukan dia? Sapa lagi nak mesej Hana kalau bukan dia? Sapaa? Habaq kat cheq sat. :'3 Hana tahu sesuatu tentang dia, bila dia sedih, dia akan senyap. Senyap jaa. Bila orang tanya, dia kata takda apa-apa. Dia tipu ! Hana tahu ada yang tak kena.

Hana suka orang, Hana bagitau dia. Dia suka orang, dia bagitau Hana. Hana suka merengek, menangis, macam-macamaa dan dia saja yang sanggup dengar semua tu even banyak kali mungkin, benda yang sama Hana ulang, dia still sedia mendengar. Hana jahat, dia sabar. Hana pernah gaduh dengan dia tapi kami berbaik balik because I can't live without her. She's everything. Dia jelaa yang sanggup ada susah senang Hana walaupun sekarang dia just my ex wife. Hakshaks. Bini-bini yang lain pun sentiasa ada dengan Hana jangan jealous pulak tapi uolls kadang-kadang hilang. Huhuhu. Dialaa yang ada bila uolls hilang. Sapa lagi kalau bukan dia? =')


Tapi sekarang, sekarang semuanya akan berubah. Zaf nak pindah ke sekolah baru. Teknik Abdul Rahman Putra. Lepas ni, agak-agak sapalaa yang nak hantar mesej kat Hana bila hang takdak woii? Sapa nak chat dengan Hana bila hang takdak woii? Woi woi woi berjuanglaah dekat sekolah baru. Hana akan sentiasa sokong hang monyet. Always. Pesan Hana, jangan lupa Hana woii, jangan curangs dengan Ayyan hihi. Kat sana nanti Hana dah tak boleh jaga hang macam Ayyan pesan. ' Jaga Zaf HAHAHAHA ' Lepas ni hang jaga diri sendiri. Dah jadi budak asrama yankk oii. Kahkahkah. Kalau kat sana, jangan lupa call I guna public fone. Akan ku tunggu rungutan kau di sana kahkahkah. SAYANG MONYET SAMPAI BILA-BILA ! =')

Hihi. Macam entry hang nak pegi mana jaa kan. Tapi terasa kot, terasa sangat bila hang takdak nanti.
#Nur Zafirah Binti Mohd Nazri. ='D