Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday, 9 November 2012

Pulau Langkawi-Part Two

Hyep assalamualaikum !

Pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang, aku amat merindui kamuuu. Hehe okay saja buat kata alu-aluan yang spesial special sikit. =)

Okay, sekarang dah masuk part two Hana bercerita kan kan? Kalau tak baca lagi part one korang scroll ke bawah takpun tekan SINI. Ok, pada pagi yang tenang 4 November 2012 tersebut lebih kurang pukul 6 kot. Hana dan Zafirah pun bangun setelah nyenyak tidur. Ermm, Im not sure whether Zaf seronok ke tidakk tidur sebab bangun2x jaa tengok dia duk berselimut macam pocong. Awrr pocong -,-. Alaaah, biasa la tidur dekat hotel confirm jadi ice cream ice. Okay, lepas tu macam yang dijadualkan, pukul 8 pagi breakfast so weoulls pun turun ke lobby hotel untuk menjamu selera.

Okay, breakfast-breakfast . Action je lebih ni, Hana bukan minum pun teh pagi-pagi. Haha, kalau rasa nak membuang pagi-pagi uolls minumlah teh. ^^

Ok, Hana sebagai pelanggan ataupun customer hotel ni, Hana ada hak kan nak komen tentang masakan pagi hotel ni kan kan? Berdasarkan lidah saya mengatakan bahawa (acecey action sungguh) , bihun yang Hana makan tu tak berapa nak rasa keenakkannye.. Rasa macam kurang garamla (hehehe, buat macam chef terkenal yang duk komen masakan orang tuu) . Hey, Im serious ! Bukan senang tau nak dengar Hana komen bab-bab makanan ni sebab Hana ni jenis yang bila orang tanya sedap takk? Hana akan jawab semua sedap. Jadi, kalau Hana komen memang sahla tak sedap. Kekekeke.

Lepas makan-makan semua weoulls pun packed barang-barang and then terus menuju ke Kilim Geoforest Park.


Gambar-gambar yang kat Geoforest ni Hana yang amik yee sebab memang dah set dalam mind nak share ngan uolls. Hihi. Kat sini, weoulls dibawa untuk menikmati udara yang segar, tengok pemandangan yang indah and apa yang menarik kat sini ialah batu-batu yang pelik. Okay apa yang peliknya? Meh nak khabor. Uolls tahu tak Langkawi ni banyak kisah pelik-pelik kan? Antara yang famous dan tipula kalau uolls tak tahu ialah kisah Mahsuri kena bunuh keluar darah putih tu. Awwrr, setakat apa yang Hana belajar selama Hana hidup di dunia yang Allah cipta ni, darah warna merahkan? So, kat situ kita boleh tahu dah yang kisah tu memang pelik. Nak tahu kebenarannya? Pegi amik pinjam alat doremon kalau nak kembali ke masa dahulu. Hihi.

Selain itu *acecey dah nada buat karangan BM pulak hehe, kisah Mat Cincang and Mat Raya. Jangan cakap uolls dah lupa, bende ni kita dah belajar waktu darjah berapa Im not sure. Kisah ni ada dalam buku teks. Kalau memang uolls tak tahu tu maknanya dulu cikgu korang tak pakai buku teks laaa tu. Haa, apa kisah ni sebenarnya? Ok, if Im not mistaken, Hana rasala dulu Hana ada baca, diorang ni disumpah menjadi gunung sebab diorang gaduh. Haaa, Hana tak tahula kenapa orang dulu-dulu kalau gaduh memang kena sumpah ke? Hihi, abaikan, sebab tak masuk exam pun.^^ 

Ok, panjang giler Hana bercerita kat hampa ehh. Dah serupa Tourist Guide derr. Tadi Hana ada cakap batu yang pelikkan? 

Jeng-jeng. Black Indian beb ! Inilah batu yang menyerupai Black Indian dari tepi. Tak nampak? Hey ! Tinggikan imaginasi sikit, jangan set dalam mind yang bende ni batu jaa. Kalau macam tu sampai bila-bila tak nampak bentuk Black Indian. Haishh.^^

Haa, ini namanya Pulau Kasut. Ade rupa kasut ke? Tengok betol-betol. Memang ada. Kalau abang boat tu bawak weoulls pergi dekat lagik dapatla uolls tengok dengan jelas, huh, tapi si abang boat tu tak peramah. Hewhew. 

And then lepastu, weoulls masuk gua kelawar. Kat sini, satu kelawar pun iolls tak nampak. Hai la kelawar, sampai hati tak tonjolkan diri kau ye kelawar, kesian kite tak dapat nengok. Lepas dah habis semua, weoulls pun pergi ke Galeria Perdana. Haaa, kat sini kalau uolls nak tahu, temat ni macam ala-ala muzium atau lebih tepat, tempat hadiah-hadiah Tun Mahathir dapat disimpan di sini. Erkk, disimpan ke ditayang? Whatever, yang pastinya, apa yang Hana dapat lihat semua hadiah tu cantik-cantik and majority nya hadiah tersebut berbentuk pasu hiasan. Bagi sesiapa yang suka tengok2x hiasan-hiasan yang cantiks cenggini, bolehla datang-datang melawat yee. Hana tak amik gambar pun sebab kalau nak bawak masuk camera kena bayar RM2. Ceyhh, lebih baik beli eskrem daripada membazir. Kekeke.

Then lepastu weoulls pergi tempat minyak gamat. Eh actually Hana tak sure weoulls pergi Galeria Perdana dulu ka pergi tempat minyak gamat ni. Ermm, takpela asalkan Hana cerita jugak. Hehe. Tempat minyak gamat ni bukan kilang tapi macam kedai jee. Kat sini adela Hana beli Bedak Sejuk, Losen Gamat dengan Sabun Aloevera. Haaa, kenapa Hana tak beli minyak gamat? Hoho, punya banyak kat rumah minyak gamat tersimpan buat apa nak beli lagi ??? 

Lepas tu weoulls pergi singgah pulak kat Kedai Kain Batik. Hewhew, Hana tak beli pun sebab Hana tak pakai dan mak Hana pulak tak suka kain batik Langkawi, katanya sebab kainnya kasar dan gatal-gatal. Awwr boleh pulak cenggitu? O.o Okay, keluar je dari kedai batik tu tetiba ramai kawan-kawan berkerumun kat satu meja ni. Kat meja tu penuh pinggang-pinggan dan kat tengah pinggan tu ada gambar manusia. Manusia mana pulak? Weoulls punya gambarla. Sorang-sorang dia amik candid. Hey ! Candid der, buruk gila muka Hana. Macam berok. -,- 

Cantik tersusun. -,- Dahla sepuluh ringgit satu pinggan. Baik simpan duit untuk topup. Awrr

#Eh, sedar tak sedar macam panjang pulak Hana taip entry kali ni. Okayla, nanti Hana sambung lagi yee.

3 comment:

Hana said...

tempat kelahiran hana. mmg nampak mcm kasut :)

Zafirah nazri said...

owh , i give up tulis entry . just nak masukkan gambar ja :P

Hana said...

Hnahdy : Ohh, Hana lahir kat kasut? LOL. HAHA.

Zaf : Give up? Awwr.