Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Thursday, 15 October 2020

Bukan milik aku.

 Hyep assalamualaikum !


14/10/2020 - Semalam naqibah aku suruh aku buat istikarah lagi dan lagi untuk bagi keputusan kepada ikhwah yang nak taqdim aku haritu. Aku dah cakap parents aku tak setuju dan memang mak ngan abah pun memang tak setuju adalah sebab-sebab tertentu, tapi masih, naqibah aku suruh dapatkan jawapan daripada Allah. Jujurnya, selama aku istikarah jarang aku dapat jawapan yang tepat daripada diri aku, biasanya melalui istisyarah dengan parents. 

Malam semalam aku terjaga 2.50 pagi, walaupun tengah ABC, aku bangun jugak untuk qiam. "Hana kuat Hana kuat, bangun, hang kena dapatkan jugak jawapan daripada Allah soal kehidupan hang dan ikhwah tu" ... Bisik hati aku, sebabnya aku perlu beri jawapan pada pihak Baitul Muslim esoknya. Sebab depa kata aku dah ambil masa yang lama untuk decide taaruf ja pun uhuks.

Lepastu macam biasalah qiam tanpa solat sebab tak boleh solat. Desperately aku mintak pada Allah, supaya tunjukkan aku jawapan. Orang lain tak percaya jawapan aku, orang tak percaya aku bila aku bagi jawapan apa-apa sebab siapalah aku, aku banyak dosa sebelum-sebelum ni. Siapa ja nak percaya aku. Allah saja yang percayakan aku, aku tak tahu macam mana nak cerita jawapan yang aku dapat pada orang lain. Orang tak percaya aku. 

Lepastu aku tidur semula, aku termimpi. Aku termimpi ikhwah yang request aku tu dah nak kahwin dengan perempuan lain, dia update kat Facebook dan dia nampak sangat bahagia. Aku dalam mimpi tu macam wah lajunya ikhwah ni move on lepas aku. Tapi dalam mimpi tu aku berfikir, eh aku belum tolak dia lagi. Tiba-tiba aku terjaga, oh mimpi rupanya. 

Lepastu aku berfikir, eh lain macam mimpi ni. Inikah jawapan Tuhan? Aku tak pernah mimpi apa-apa lepas qiam. Tiba-tiba aku fikir maybe inilah jawapan Allah. Dia bukan milik aku ! Dia jodoh orang lain. Bagi aku Allah mungkin nak tunjuk bahawa dia memang milik orang lain dan dia akan bahagia dengan orang tu. Dia bukan jodoh aku. 




15/10/2020 - Aku mesej pihak baitul muslim untuk tolak lamaran ikhwah ni. Aku doakan supaya ikhwah ni berjumpa dengan akhawat yang dalam mimpi aku tu dan dia bahagia dengannya in sha Allah. Takdir Tuhan tak pernah salah. Aku berharap ikhwah tu yakin bahawa penolakan aku adalah gerak dia untuk berjumpa dengan jodoh dia yang sebenar, yang pastinya bukan aku.

Aku? Entah. Jodohku masih menjadi rahsia Allah. Ya Allah, aku akan sabar ya Allah. Aku yakin dengan ketentuanMu ya Allah... Jangan tinggalkan aku. :')

Monday, 12 October 2020

Istikarah Chenta.

 Hyep assalamualaikum !


12/10/2020 . Lagi dua bulan lagi cukuplah setahun aku ditinggalkan oleh insan yang aku sangat sayang dan sejak ditinggalkan tu hari-hari aku berdoa dan menanti dia kembali. Tapi anehnya masuk bulan 10 haritu aku totally hilang rasa dan dapat lepaskan insan tersebut dari lubuk hati aku yang paling dalam. Tapi aku masih tetap teruskan doa aku perihal insan ni supaya semuanya berakhir dengan keadilan bagi pihak aku dan bagi pihak insan tersebut


6/10/2020 . Cerita 6 Oktober, naqibah aku mintak jumpa. Katanya nak jumpa personal, dah 3 minggu jugak dia kata nak jumpa tapi asyik tangguh. Akhirnya, bila jumpa dia tanya Hana nak suami macam mana? Hana berdoa yang macam mana? Lepastu aku pun cakap jelah apa-apa benda yang selama ni aku doa tapi takdalah cerita semua sebab bab doa ni tambah bab jodoh ni aku tulis 'Letter To God'... Memang sumpah panjang doa aku. Pada sepertiga malam, aku bangun dan berdoa aku takkan tinggal doa-doa ni sebab that powerful moment yang memang confirm-confirm Allah makbulkan, aku takkan pernah tinggalkan waktu tu. 


Kak Ira : Hana, akak ada borang ni untuk Hana. Ada ikhwah request Hana, tapi Hana kena janji satu benda dengan akak. Jangan comparekan ikhwah ni dengan ikhwah lain. Janji dulu baru akak bagi.


Me : Emm, baik kak Hana janji.


Lepastu sehingga harinilah aku masih istikarah. Masuk ni dah 12 Oktober. Dah seminggu masih aku tak dapat jawapan. Tapi paling penting aku tak dapat rasa 'spark' tu. Orang kata bila kita tengok jodoh kita, kita akan rasa 'spark' tu yang buat kita yakin 'Oh he is the one !' . But even though aku masih belum taaruf dengan ikhwah ni aku still rasa dia adalah someone else punya jodoh. Bagi aku he is kind and he has everything but he is not the one. I don't know why. In sha Allah, nanti bila aku dah decide nak bagi jawapan lagi seminggu camtu, if he still not the one for me, I'll pray that man will marry a beautiful and solehah woman better than me.


For what ever situations that are hitting me right now, I pray to Allah all of these will come to a very good ending. My business career, my dreams and my husband out there ! Please wait for me ! Allah will make a way for us.

Xoxo, Shuhada.





Wednesday, 22 April 2020

Rasa Nak Tulis Buku...Onz Tak Onz?

Hyep assalamualaikum !

Rindunya nak tulis blog ! Rindu nak kongsi kisah-kisah kehidupan dengan rakyat jelata haha. Sekarang dah tak sure masih ada orang nak baca ke tak kisah-kisah hidup orang lain dalam blog. Tapi Hana rasa why not Hana cuba? Kadang-kadang penulisan kita, pengalaman hidup kita, ada orang yang sangat admirer dan nak tahu.

Kita ja rasa ada ke orang nak baca? Samalah macam kalau nak berdakwah, kita ingat nak buat program, majlis ilmu ke apa... Tapi kita terlalu fikir ada ke orang nak join? Masih ada ke orang nak dengar apa kita nak sampaikan? Sedangkan hati-hati manusia ni, hati makhluk ni...Allah yang pegang. Kita takkan tahu apa dan siapa yang akan terkesan dengan setiap penulisan kita.

Lagi sehari nak Ramadhan 2020. Bagi sesiapa yang masih baca post Hana ni, Hana nak mintak maaf atas segala dosa-dosa Hana dari segala segi. Maafkanlah Hana ya. Kalau ada hutang ke apa, jangan lupa tuntut tau ! Yelah Hana ni manusia, manusia ni cepat lupa. Takutlah sifat manusia ni dah menzalimi orang lain. Huhu



So mulai esok Hana ingat nak mula menulis satu cerita kehidupan ni. Tajuk dia, Kau Tinggalkan Aku Kerana Allah... Haa cerita ni best sangat ! Berdasarkan kisah benar, lepastu tajuk-tajuk dalam cerita ni semua pun best. Sesuai untuk siapa saja yang ada mencintai mana-mana hamba Allah, tapi tanak dibelenggu cinta haram, cinta yang Allah tak redha, tapi nak sangat jaga hubungan tu tapi tanak couple tanak sebab takda istilah couple Islamik pun. Tapi macam mana? Macam mana nak buat. Sedih sakit.  Cerita ni juga sesuai untuk orang yang carik kerja, tak dapat-dapat. Dah cuba nak kerja, kalau boleh nak capai cita-cita. Nak jugak jadi doktor contohnya. Tapi kehidupan membataskan segala-galanya. Semuanya nampak samar-samar. Tak tahulah, rasa dah putus asa dengan banyak hal dalam kehidupan.

Jadi adakah anda orang-orang yang tergolong dalam golongan yang Hana sebutkan ni? In sha Allah, nanti lapangkan lah masa korang untuk baca ye. Selamat berpuasa semuanya ! Semoga Allah redha dengan segala amal-amal kita. Hana sayang semua <3


Wednesday, 25 December 2019

Moving forward.







Saturday, 21 December 2019

Forgive me.

Forgive me Allah.

My Lord, forgive me for my sins.

Forgive me for not being good enough for my whole 22 years.

Forgive me for ignoring every signs that you have shown me.

Forgive me for not being able to distract myself away from human's love.

Forgive me for keep on repeating my sins since my days from school.

Forgive me for crying a lot for human rather than for you.

Forgive me for everything that I have done...


Forgive me, people.

Forgive me for being such a loser.

Forgive me as I couldn't keep all those promises I have made.

Forgive me for my past.

Forgive me for hurting others.



Forgive me.
Monday, 20 May 2019

Menanti 10 hari terakhir Ramadhan.

Hyep assalamualaikum !

Macam mana puasa you guys? Masih bertahan tak? Relaks, relaks, ni baru hari ke-15. Baru 15 hari je puasa belum setahun huehuehue. Tahniah Hana ucapkan pada korang yang baru mula berjinak untuk tunaikan kewajipan berpuasa tahun ini. Jangan terkejut ! Memang ada yang baru mula berhijrah nak puasa, contohnya orang yang baru masuk Islam, kanak-kanak dan orang yang bertaubat kembali pada jalan Allah ;).

Tahu tak kenapa Allah jadikan puasa ni sebulan? Semalam Hana dengar ustaz cakap, sebab sifat manusia ni dia tak suka buat benda berterusan. Siapa ja mampu istiqamah? Baru mula berjinak baca 1 juz sehari daripada langsung tak pernah baca bolehke istiqamah terus sampai bila-bila? Baru mula pakai tudung labuh harini, esoknya tengok tudung Ariani lawo ! Masih yakin boleh istiqamah? Susah kan?

Sebabtu Allah jadikan Ramadhan ni 30 hari supaya dapat didik diri individu tu buat benda yang tak pernah buat secara 30 hari berturut-turut. Takdanya skip sehari nak cuti dari kewajipan. Sebab dalam sebulan ni lah bila kita buat secara berterusan ja dia jadi sebati dalam jiwa kita. Walaupun lain orang lain tahap dia punya keimanan bila berpuasa tu, at least every each of us belajar satu benda, untuk terus buat perkara yang sama berterusan.


(sumber : weheartit)

Hana sendiri jujurnya walaupun dah tiga tahun dalam tarbiyah, masih belum istiqamah nak baca 1 juz sehari. Malunya, hiks ! Azam Ramadhan Hana kalini memang nak cuba berterusan bagi dapat khatam sebulan. Alhamdulillah buat masa sekarang masih lah berterusan walaupun dah ketinggalan kereta api beberapa juz. At least, kita mencuba dan terus mencuba daripada tak cuba langsung kan?

Cakap pasal Ramadhan jugak kita tak lari dari nak buat bulan ni jadi lubuk permintaan doa pada Allah. Macam-macam weyh nak mintak ! Kalau boleh nak mintak tu tak habis. Yelah dah sepanjang Ramadhan ni dimakbulkan doa ! Mintak jelah haha dah nama pun manusia memang tamak gamaknya. At least kita tamak mintak pada Allah kan? Dah nak mintak tu kena lah buat baik jugak in return, buat semaksima amal yang mampu untuk seiring dengan doa kita.

Ada orang kata, eh! Buat amal sebab nak mintak doa konon. Tak ikhlas ! Eh, ikhlas tu kita ka yang tentukan? Boleh jadi amal kita selama 30 hari ni lah pendorong bulan lain kita rasa bosan kalau tak buat amal-amal tu jadi last-last buat jelah sebab rasa kosong. Haa kan dah istiqamah tuuu.

(sumber : google image)

Best kan banyak gila waktu boleh berdoa! Tashabar kan. Kalau tak mampu hafal apa yang kita nak mintak masih sempat buat list doa. Tampal kat tempat kita selalu solat atau buat salinan to bring one wherever you go.

Yang peliknya Hana tak tahu kenapa, Hana mintak doa-doa Hana ada yang Hana nak dimakbulkan 10 hari terakhir Ramadhan. Boleh je sebenarnya doa mintak minggu ke-3 Ramadhan ke atau sekian-sekian. Tapi entah! Rasa macam mungkin sebab Hana tengah belajar jadi penyabar, so Hana nak cuba sabar dengan permintaan. Yakin dan sabar Allah akan makbulkan juga nanti. Lagipun nak doa tak boleh terburu-buru kan ! Macam harini doa esok nak Allah cepat makbulkan. Tak bolehlah camtu. Nak amik duit kat atm pun kena beratur inikan pulak nak mintak doa yang berbillion lagi umat Islam duk mintak. Uhuhu.

Hana kongsikan 5 doa utama yang Hana sangat-sangat mintak pada Allah Ramadhan ini supaya korang yang baca sekarang ni tolongler aminkan ! Hehe :

"Ya Allah, bagilah hambaMu yang bernama Hana Shuhada Binti Sarizat ni dapat :

-Dikurniakan suami yang baik, jaga ikhtilat, beriman, berharta, hensem, setia, tak panas baran dan sangat sayang pada dia dan takkan tinggalkan dia ya Allah. 

-Grad on time pada November 2019

-Buat thesis dan viva dengan baik 23/5 ni hantar dan viva 27/Mei

-Kerja tetap as soon as habis belajar in the middle of July, dapat boss baik, staff baik, surrounding baik dan gaji pun baik.

-Bisnes semakin okey dan income sebulan lepasni at least 10k.

Aaminn ya rabbal alamin...

(sumber : google image)

Thank you korang! Comelnya tolong doakan Hana. Moga-moga orang yang baca ni dikurniakan syurga Firdaus dan hidupnya tenang di dunia, dan berjumpa Hana suatu hari nanti !

Kalau korang yang baca ni sporting, jangan lupa tinggalkan pesanan kat chat box atau komen nama panjang dan doa apa korang nak mintak. In sha Allah Hana selitkan dalam doa Hana.

Semoga Ramadhan kali ni sangat bermakna buat kita ! Tempuhi baki hari yang ada ni dengan penuh keimanan dan sabar <3 Bertemu lagi dalam entry akan datang hihi.

Thursday, 11 April 2019

Step to not hurt others : Love yourself first.

Do you know that sometimes we tend to hurt the people we love ( your family, friends, spouse or anyone ), is because we lack of loving our own self.

Sometimes, kita terlalu terluka dengan apa yang pernah berlaku pada diri sendiri sampai kita rasa diri kita ni tak berguna. Bila sampai tahap kita benci pada diri sendiri, susah untuk kita sayang dan hargai orang lain sedangkan ada ja orang yang sayangkan kita.

Mereka ada di luar sana, meraikan diri kita sendiri. Sanggup buat apa sahaja demi kita, tapi end up kita tak hargai mereka.

Sebab apa?

Sebab kita masih kesal dengan diri sendiri. Akhirnya, kita berbalik pada kesedihan dan kisah silam lama.

Berhentilah menyakiti diri sendiri. Berhentilah membenci diri sendiri. Begitu ramai orang yang mencintai dan menghargai kita. Bangun dan hargai diri sendiri !

To those who love and always be there for me, I am very sorry for my wrongdoings. I pray to Allah may Allah always bring happiness for all of you.

To myself, I love you Hana Shuhada. I love my own self. I am precious !



Sunday, 26 August 2018

Takut

Hyep assalamualaikum !

Pernah tak korang rasa takut nak hadapi masa depan?

Mesti pernahkan?

Macam situasi Hana sekarang, lagi beberapa hari Hana akan melalui final year sebagai seorang pelajar Degree. Hana rasa sangat takut, bukan takut nak belajar ja, takut kenangan lama menghantui.

Kalau boleh, Hana nak cepat-cepat lari balik Penang takmau duduk Bangi dah. Takmau dekat dengan Nilai dah. Takmau.

Sedih dan sakit.

Sedih dan takut.

Takut.
Wednesday, 13 June 2018

Memberi Tanpa Alasan.

Hyep assalamualaikum!

Have you ever had a second thought when you're about to do something good?

Bila rasa macam nak buat solat sunat dua rakaat lepas Maghrib ke Isyak, you suddenly fikir hmm nak buat ke, ramai pulak orang.

 Bila nak bagi salam kat mak cik cleaner yang lalu lalang, tetiba fikir hmm segannya tak pernah pun aku bagi salam kat mak cik ni tiba-tiba je nak bagi. Buang tebiat ke?

Bila nak mintak maaf kat lecturer sebab tak hantar assignment yang lepas, kita fikir hmm patut ke aku mintak maaf. Nanti dia ingat aku nak bodek markah pulak sebabtu mintak maaf.

Bila tersakitkan hati mak abah, berat mulut nak mintak maaf tercakap perkara tak sepatutnya.

Bila dah menyusahkan kawan baik, berat mulut nak terima kasih sedangkan kita dah berfikir dah pun nak buat.

Bila setiap kali kita nak berbuat baik, kita asyik fikir ja akibatnya, tak ke kita akan buat keputusan yang berbeza nanti? Macam mana kehidupan kita akhirnya nak berakhir dengan kebaikan kalau asyik ada second thought bila nak buat baik? Aduhh rumitnya !!!

 Banyak lagi sebenarnya perkara baik yang kita bakal dapat ganjaran yang besar tapi kita TERLEPAS sebab second thought kita !


Harini ni Hana nak cakap pasal satu kebaikan yang kita SUSAH nak buat iaitu MEMBERI TANPA ALASAN.

Bila rasa nak belanja kawan, belanja jer walaupun takda sebab kukuh. Bila rasa  nak bagi mak cik tepi jalan yang dah selalu duduk situ (memang dia macam buat part time duduk tepi jalan mintak sedekah) , bagi jer bila rasa nak bagi. Bila dan bila itu ini rasa nak memberi, beri sahaja tanpa alasan.
 Macam mana yang dikatakan tanpa alasan tu? Pada Hana, second thought adalah salah satu alasan kita. PENGHALANG kita ! Jangan fikir kenapa aku nak bagi. Kalau 'aku' rasa nak bagi, bagi sahaja. Niatkan perkara yang baik-baik berlaku dalam kehidupan penerima dan pemberi.

Kadang ada yang menipu, dah selalu sangat mintak sedekah kat situ, tapi kalau kita rasa nak bagi jugak something, bagilah. Tapi pesanlah pada orang tu.

"Dik, gunakan duit ni untuk benda baik-baik. Jangan guna duit ni untuk benda-benda tak elok."

Lepastu terserah, bagilah.

Dulu Hana sangat ekstrim. Hana fikir tak guna betul orang yang mintak sedekah ni semua dahla malas bekerja tapi mintak sedekah jer kerja. Orang Malaysia ni ramai baik-baik sangat sebabtu yang ramai buat jahat.

Tapi bila Hana dah lalui banyak perkara dalam kehidupan. Hana mula sedar perkara yang jelas. Bukankah Allah dah janji perkara yang baik selalunya berakhir juga dengan perkara yang baik? Cuma jalannya perlu jelas dan keyakinan perlu ada.

Kalau kita memberi sahaja tanpa sedikit pengisian kepada penerima, memang umpama jalan cerita yang kosong. Kalau kita rasa ragu-ragu, instead of ragu-ragu bagilah nasihat dan doa pada si penerima. Kalau nak tanya pasal status si peminta sedekah macam orang yang duk mintak wakaf tapi kita tak tau status sebenar pusat dia tu wujud atau tidak, tanyalah elok-elok. Tidak perlu memaki hamun. Pada Hana, ini cara untuk bagi yang nak memberi tapi ragu-ragu.



Untuk kes kalau kita ada banyak hajat kita nak Allah tunaikan, untuk orang yang rasa tak bahagia, untuk orang yang rasa kosong, memberilah tanpa ragu-ragu. Jumpa saja sapa-sapa yang meminta, bagilah tanpa persoalan dan niatkan dalam hati berkenaan hajat-hajat kita. Hana pernah dengar radio ikim, ustazah tu kata kalau kita ni nak sangat anak, dah lama tak dapat-dapat jugak, kena banyak bersedekah. Kalau kita ni susah, tak kaya-kaya jugak pun sama kena banyak bersedekah.

Allah dah berjanji, sedekah ni tidak akan mengurangkan harta bahkan rezeki kita akan bertambah dan memanjangkan umur. Percayalah pada janji Allah, kalau nak kaya, nak sihat, nak itu ini. Sedekah ! Memberilah tanpa alasan.

Hinanya kita ni bila macam-macam hajat kita nak Allah tunaikan tapi kita payah sangat nak memberi. Macam mana kita nak menerima hajat-hajat kita tu kalau diri sendiri pun kurang memberi? Macam mana?

Maka, jadilah manusia yang sentiasa memberi tanpa alasan. Moga dari situ Allah perkenankan setiap hajat kita dan menjadikan kita dan orang sekeliling lebih baik, Allahumma aamiin.
Sunday, 10 June 2018

Semangat Al Fateh yang hilang.

Hyep assalamualaikum !

Pernah dengar lagu Sultan Muhammad Al Fateh? Mari kita renungi liriknya.

Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,

Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

70 kapal pun tiba,
Byzantine gegak gempita,
200 ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

800 tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.


 (gambar sumber google)
Siapa pernah baca kisah Sultan Muhammad Al Fateh ni ataupun pernah dengar kisah ni? Majoritinya mesti katakan YA kan sebab kisah ni agak famous dan lagunya pun best! Bagi yang tak pernah dengar lagu ni boleh search kat youtube this song.

Kalau kita tengok kat liriknya pun kita tahu, dah beratus tahun penantian kita nak jadikan Kota Konstatinople tu sebagai negara Islam.  


(gambar sumber google)

Apa sebenarnya yang Hana cuba nak sampaikan? Apa yang dimaksudkan dengan semangat Al Fateh yang hilang? Korang boleh bayang tak macam mana beratus penantian nak jadikan kota tu sebagai kemenangan Islam punya payah tapi akhirnya berjaya ditawan oleh pemuda hanya berumur 21 Tahun guys, 21 TAHUN ! Umur Hana sekarang ! Tapi Hana belum pun contribute apa-apa pada umur semuda ini . Ini bermaksud, Al Fateh ni ada semangat yang sangat POWER yang mampu menjadi penolakan untuk dia berusaha menangkan Islam.

TAPI, semangat yang ada pada Al Fateh sekarang ni, ada ka pada kita? Semangat untuk menangkan Islam itu sendiri. Semangat nak menangkan bukannya maksud Hana kita perlu berperang, angkat senapang, pakai meriam, bunuh semua orang kafir. Bukan. Kalau kita lihat negara kita iaitu Malaysia ni, korang tahu kan negara kita sekarang ni ialah negara ISLAM. Ini bermakna, usaha kita tak perlu susah payah macam Al Fateh sampai nak kena bawak kapal dia yang besar tu tarik dengan tentera-tentera untuk redah laut. TIDAK. Begitu mudahnya kita berupaya rasa nikmat ISLAM tanpa susah payah seperti umat terdahulu.

Jadi, sepatutnya SEMANGAT yang perlu ada pada diri kita sekarang ialah SEMANGAT PERTAHANKAN NEGARA ISLAM kita. Jangan biarkan sedikit demi sedikit orang yang anti-Islam ni melenyapkan Islam dalam negara kita. Korang aware kan kebelakangan ni negara kita macam-macam lah isunya sejak tukar kerajaan baru ni. Ancaman daripada orang-orang liberal, agenda fahaman daripada segelintir orang atasan bukan Islam, semuanya membawa kepada negara yang sekular iaitu yang memisahkan Islam dengan kehidupan.

Bila ada yang nak naikkan non Muslim sebagai menteri ( yang sepatutnya diberikan mandat kepada orang Islam, Supposedly ! Sebab kita negara Islam ), kita bukan tak bagi. Kita menyatakan kerisauan kita pada orang awam. Tahu jawapan apa yang Hana dapat daripada geng-geng pelajar luar negara yang kononnya memang pandai, dah belajar jauh di negara bukan Islam ( seperti US , UK ) misalnya.

"Hana, jangan risau. I belajar kat sini, kat US, walaupun orang cakap Islam itu ini, ancaman pun macam banyak, tapi even though pemimpin dia bukan Islam pun, kami dapat menjalankan kehidupan Islam kami dengan baik. Boleh je buat ibadah tanpa gangguan."

Let me highlight the words yang tak boleh belah.

'even though pemimpin dia bukan Islam pun, kami dapat menjalankan kehidupan Islam kami dengan baik'

Kesiannya ! Pathetic ! Hana rasa sedih sangat dengan ayat tu. Maksudnya, you don't ever care kalau negara Malaysia ni ditadbir suatu hari nanti oleh non Muslim. Mana semangat Al Fateh yang berusaha macam nak mati untuk dapatkan negara Islam? Kita yang asalnya dah negara Islam sendiri TIADA LANGSUNG semangat nak pertahankan KEISLAMAN negara kita. Be careful guys, mana ada negara Islam ditadbir oleh bukan Islam. Syarat sesebuah negara itu untuk menjadi agama rasmi negara ialah ISLAM MUST pemimpin dia Islam. Bila you bagi peluang pemimpin itu bukan Islam, means you're giving up you're country as a Muslim's country.

Sumpah sedih! Apa gunanya parents korang hantar korang belajar jauh-jauh ke negara orang kalau balik, korang gadaikan sendiri semangat Islam korang? ( untuk segelintir)

Nanti, akan ada orang bagi respon,

"Lebih baik negara ditadbir oleh orang bukan Islam dah orang Islam sendiri korup"

O Allah, there are so many pemimpin Islam yang tak korup tapi yang non Muslim jugak orang sanjung. Im not trying to be racist. Mempertahankan agama saya bukan bermaksud saya menjadi racist. Tapi kalau sampai agama tergadai untuk elak daripada dikatakan racist, saya rela menjadi racist. 

So guys, whatever happen in future, please !! please ! Pertahankan Islam. Jangan sampai pemikiran untuk gadaikan negara Islam kita terlintas kat fikiran. Selama ni kita hidup aman damai saja tanpa gangguan. Please guys? Apa yang korang fikir korup sangat sampai rasa tak bernafas sangat kat hidup sebelum ni? Suara rakyat mampu mengubah orang atasan. In Sha Allah jom kita sama-sama berdoa kerajaan baru kita ni mampu mempertahankan hak Muslim dan hak orang Melayu . 
Monday, 4 June 2018

Titik Perubahan



Hyep assalamualaikum !

Its been a while. Dah berhabuk gamaknya blog ni but even though dah lama tak tulis entry, big thanks to adik-adik batch 2018 matrikulasi yang search kat google dan etc pasal KMPP and been choosing my blog as their guidance.

To my readers out there yang once memang rajin baca plus ikut setiap entry Hana, I am really sorry for being away in such a long term.  Life gets tougher once you are getting older. I have been through a lot of things in my life and honestly it is very tiring.

 Of course, orang akan tanya.

'Hana, where have you been?'

Takk,,, tipuu.... Hahaha orang tanya dalam bahasa Melayu bukan English.

It's been 2 years since I really write something about my entire life. Last menulis pasal life rasanya waktu zaman matrik and then I stopped. Then, Hana sambung tulis entry dengan cerpen. It is because I am sad and I am not happy sebabtu tulis cerpen but it turn out that my cerpen ada fans. Thanks to kawan-kawan yang suka cerpen-cerpen tu.



..............................................

So? How am I right now?

Honestly, I have been through fasa menyedihkan dalam kehidupan. I can't tell more. It just somebody yang I love, really love, left me. He met my parent and my tok belah abah. Told me that he was going to marry me but the whole thing was a lie. Maybe he was just going to experience something new and he chose me to be the actor yang boleh melakonkan watak pengalaman baru. Well, it just something yang very shameful to share. Orang akan cakap, alahh biasalah cintan-cintun ni yang tak halal ni memang tak diredhai. Yes, I admit it. I was someone yang jaga ikhtilat before this and you know someone randomly geng surau approach me, of course la kita akan herghhh buat kesilapan dalam hidup. I have started to not put blame on people. I try to accept.

And now, I think I am going to start my new lovely life. Teringin nak jadi superb muslimah macam dulu. A very good one I think? But life taught me to be kind in other way. Like when my best friend crying, I am going to act like ' Oh no . Jangan nangis. ' and gelak. Buat lawak bagai. In the end tengah malam, I cry so hard. I even say to Allah untuk jangan bagi orang yang aku sayang sedih ya Allah, bagi aku sedih takpa . Aku dah biasa. 

You know what, once people yang kita sayang tinggalkan kita. Whatever it takes is kita nak happiness along them. Its okay bila orang tinggalkan kita, (orang maksudnya, family kita, kawan or etc), bila kita ditinggalkan, means they are happy now. Just pray the best for others. 

Banyak benda yang Hana lalui, bukan saja apa yang Hana sebut kat atas buatkan Hana kuat. The word 'Tak mengapa' tak semestinya kita meletakkan diri kita di bawah bila kita mengutamakan orang lain. It just, apa yang membuatkan kita bahagia? Mestilah dengan melihat kebahagiaan orang yang kita sayang. Instead of duduk bersedih, orang sekeliling kita takkan bahagia. Nak ibadah pun susah, nak study pun susah. Nanti Allah dan parent marah la kalau tak ibadah dan study. Kan?

Sooooo, TITIK PERUBAHAN. Dari satu titik, Hana akan mulakan corak seni kehidupan yang baru. Penuh dengan kebahagian yang diredhai Allah, penuh dengan kejayaan, penuh dengan cinta dan kehidupan. I am going to be sweet Muslimah like I am before and even better ! Sekarang ni I am 21, upcoming 23 I am going to get married ( with somebody that I dont even know, am hoping for the best from Allah) !

 (A picture of me shows that I am happy !)

I am writing this in Ramadhan. Hari pertama dalam 10 malam terakhir. Jom kejar Lailatulqadr ! Yeahh! I want it! I want to be SOMEBODY <3 ^^

Monday, 13 February 2017

Cerpen : Antara Dua Cinta

Cerpen : Antara Dua Cinta

     Pernah kau rasa bagaimana perasaannya apabila jatuh cinta? Pernah rasa bagaimana sakitnya ditinggalkan oleh orang yang kita sayang atau sakitnya kau rasa untuk tinggalkan cinta yang tidak diredhai Allah hanya untuk mendapatkan cinta Allah dahulu? Nama aku Aqil. Ikuti kisah aku.

     “Muhamad Aqil ! Muhamad Aqil! Tak datang kuliah lagi ke budak ni harini?” bebel pensyarah Fizik.

     Masuk hari ini, dah seminggu aku tidak menghadiri kuliah. Sejak didapati ibu angkat aku menghadapi penyakit kanser perut, aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam kuliah. Walaupun dia hanya ibu angkat aku, namun dia satu-satunya ibu yang aku ada selain adik-beradik angkat aku. Bagaimana mungkin setelah mendapat tahu hal menyedihkan ini, aku dapat fokus dalam kuliah? Jadi, disebabkan itulah aku mengambil keputusan untuk ponteng kuliah dan belajar bersendirian di dalam bilik. Aku hanya pergi ke kelas tutorial dan perjumpaan kelab kerana pembelajarannya agak padat dan tidak membuatkan fikiran aku melayang memikirkan ibu aku yang sedang sakit.

“Sya, kenapa ketua kelab aku tu dah lama eh tak datang kuliah?” Soal Hanis yang merupakan pelajar daripada kuliah dan kelab yang sama dengan aku.

“Entahlah Hanis. Aku pun tak ambil tahu sangat siapa yang datang kuliah ke tak. Bukan hal aku.” Jawab Syarifah yang juga merupakan pelajar kuliah aku dan merangkap kawan baik Hanis.

“Taklah, aku bukannya nak menyibuk tapi macam peliklah dia tu kan ketua kelab aku, baru-baru ni kami sama-sama buat kerja kumpulan. Sejak tu, aku macam kawanlah jugak dengan dia so macam nak tahulah kenapa tak datang kuliah.”

     Malam itu, aku mendapat satu mesej melalui Whatsapp.

“Assalamualaikum ketua kelab, maaflah ganggu. Aku bukannya nak menyibuk, tapi kenapa kau tak datang kuliah dah seminggu ni? Time kelab kau datang pulak tolong aku buat kerja apa semua, tapi time kuliah kau takda. Itu yang aku nak tanya.” Mesej daripada Hanis terpapar di skrin telefon pintar aku.

“Aku..” Aku buntu mahu berikan jawapan yang macam mana. Nak tipu atau nak jujur? Aku mula berfikir sendirian. Kenapa pula aku nak jujur kepada dia? Dia siapa kepada aku? Cis !
“Aku tak pergi adalah sebab-sebab tertentu.”

“Kalau kot ya pun sebab tertentu, janganlah sampai ponteng. Exam nak dekat dah ni. Kau kawan aku, sebab itulah aku nasihat. Sorrylah kalau bunyi macam menyibuk.”

      Berani betul perempuan niWhatsapp aku. Tudung bukan main labuh tapi berani nak tanya hal aku. Alamak haish ! Jujur sajalah!

“Kalau aku cerita ni, kau jangan cerita kat siapa-siapa. Aku pun tak tau kenapa aku nak cerita kat kau tapi sebenarnya…..”

     Aku mula memberitahu hal sebenar kepada Hanis. Entah mengapa aku selesa bercerita kepada dia sedangkan dia itu hanyalah rakan sekelab sedangkan tiada seorang pun kawan aku yang tahu berkenaal hal ini. Aku jarang berbual dengan perempuan apatah lagi bermesej dengan perempuan, tetapi aku rasa lain macam apabila meluahkan kepada Hanis. Hanis mula menasihati aku untuk teruskan belajar dan fokus.  Katanya, kalau aku sayangkan dan fikirkan ibu aku, aku seharusnya berbuat baik dan teruskan belajar supaya dapat membalas kebaikan ibu aku dan menunaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar. Kalau ibu aku tahu aku ponteng kuliah, lagi dia sedih dan sakit ! Terima kasih Hanis atas nasihat dan maafkan aku ibu.

       “Jadi esok datang kuliah tau. Jangan ponteng dah !”

“Baik Hanis”

………………………..........

“Tengok tu Sya ! Ketua kelab aku datang kuliah harini!” Hanis gembira tatkala melihat Aqil masuk melalui pintu utama dewan kuliah.

“Haahlah dia datang harini. Kenapa kau seronok sangat nih? Hmmm. Aku bau sesuatu yang ganjil di sini.” Syarifah memandang Hanis sambil mengusap-usap dagunya yang tidak berjanggut.


“Sebenarnya, aku Whatsapp dia semalam. Aku tanya kenapa dia tak datang apa semua. Adalah dia bagitahu aku sesuatu. Aku cuma nak tolong dia, Sya. Aku tak berniat apa-apa pun. Aku risau ja dah seminggu dia tak datang kuliah. Ha, tengok harini dia datang kuliah dah lepas aku nasihat dia.”

“Kau ni biar betul? Beraninya kauWhatsapp dia? Tak pernah-pernah mesej lelaki ni apehal tiba-tiba dengan mamat nih kau berani pulak.”

“Alah, aku cuma nak tolong ja. Tak salahkan?”

“Ha, cukup bermesej sampai sini je. Jangan lebih-lebih dah lepasni. Risau pulak aku dengan kau orang nih.”

“Eh, janganlah risau ! Takda apa yang berlakulah.”

…………………………………….

      Sudah seminggu berlalu, prestasi aku dalam pembelajaran makin baik. Aku semakin bersemangat ke kuliah. Tidak pasti semangat sebab nak belajar atau bersemangat nak tengok Hanis?Ah! Aku buntu dengan perasaan aku. Sejak Hanis Whatsappaku, aku kerap bertukar mesej dengan dia berkenaan ilmu-ilmu agama. Dia juga banyak berkongsi ilmu dengan aku. Aku jadi bermain dengan perasaan sendiri, bolehkah aku mesej dengan dia dengan alasan berkongsi ilmu agama? Argh !

………………………………………….

“Hanis, kau mesej siapa tu?” Soal Syarifah.

“Err… Takdalah. Bukan siapa-siapa pun.”

“Aqil tu ke? Kau belum berhenti bermesej dengan dia lagi ke Hanis? Kau lupa ke hal ikhtilat yang selama ni kau perjuangkan? Jangan sebab dia kau hancur Hanis.”

“Mana ada… Apa kau ni.. Aku .. Hmm..”
      Malam itu, aku dengan beraninya meluahkan perasaan aku pada Hanis. Sejujurnya, selama aku hidup, aku tidak pernah rasa perasaan begini. Aku rasa aku dah jatuh cinta pada dia ! Aku juga dengan beraninya bersetuju mahu berjumpa kedua ibu bapa Hanis.

…………………………………………….

“Aku dah agak dah benda ni akan berlaku. Kenapa kau tak jaga diri kau Hanis? Jangan percaya cakap lelaki ni Hanis. Kita tak tahu apa yang dia orang fikir.”

“Sya, tapi dia cakap dia nak jumpa mak bapak aku. Mana ada lelaki yang berani nak jumpa mak bapak kita? Dia ni lain Sya !”

“Habistu? Kau nak buat apa dengan dia? Couple?”

“Mana ada ! Bukanlah couple cuma mungkin bertunang ka?”

“Kau buat lawak eh Hanis?”

…………………………………………………….

      Sebulan berlalu, aku dan Hanis seperti biasa bertukar-tukar mesej melalui Whatsapp. Suatu hari,

“Aqil, aku rasa salahlah perhubungan kita ni. Boleh tak kita tunggu sampai kau dah nak masuk minang aku nanti besar. Aku takut disebabkan aku, kau jauh daripada Allah.”

“Eh, mana ada ! Aku tak rasa aku jauh daripada Allah. Kau rasa macam itu ke Hanis?”

“Tak jugak tapi benda ni salah.”

“Aku pun rasa salah tapi kalau ini yang kau mintak, aku akan cuba buat. Aku akan cuba kurangkan rasa sayang aku pada kau supaya aku boleh bertahan. Hmmm.”

“Maafkan aku, Aqil.”

     Hari demi hari, aku berasa sangat sedih. Malam itu, aku duduk agak lama di surau kolej. Aku mula mengaji sambil menangis teresak-esak. Perasaan aku bercelaru, bukan sahaja aku sedih kerana ibu aku dimasukkan ke hospital pagi tadi, bahkan sedih juga kerana perlu mengawal pergaulan aku dengan Hanis.

    Akhirnya, aku kalah. Aku mula berkira-kira ingin menghantar mesej kepada Hanis tiba-tiba saat aku keluar daripada surau aku terlihat Hanis yang sedang berjalan keluar daripada surau bahagian perempuan. Matanya bengkak. Lantas aku terus menghantar mesej kepada Hanis.

“Hanis, aku dah tak tahan. Aku rindu kau. Susah buat aku.”

Hanis blue tick.

“Hanis…”

“Aku pun. Setiap malam aku menangis. Harini lama aku duduk kat surau. Maafkan aku Aqil.”

“Aku tahu. Aku nampak kau tadi..”

        Hari berlalu, aku dan Hanis tidak menjaga pergaulan sesama kami. Aku tidaklah berjumpa dia berhadapan tetapi pergaulan dalam Whatsappmemang tidak terjaga. Aku juga telah berjumpa dengan kedua ibu bapa Hanis setelah tamat pengajian di kolej. Kami pernah bertanya kepada ibu bapa masing-masing tentang pertunangan tetapi kedua-dua pihak ibu bapa memberikan jawapan yang sama.

“Tak boleh. Belajar bagi habis dulu. Bagi ibu abah rasa dulu duit kamu.”




      Lagi beberapa bulan, aku dan Hanis akan melanjutkan pelajaran di universiti yang berbeza. Aku mula risau. Hanis lebih bijak dan berkebolehan berbanding aku. Rupanya juga manis. Aku takut jika dia berjumpa dengan seseorang yang lebih baik daripada aku.

“Hanis, jangan carik lelaki lain pulak nanti kat sana.”

“Alah, sepatutnya aku yang kena pesan kat kau macam itu. Kau tu lelaki. Jangan nak menggatal tengok perempuan lain.”

“Aku nak tengok jugak. Haha !”

Aku takut dia tinggalkan aku. Hanis, kenapa aku rasa yang kau bakal meninggalkan aku suatu hari nanti?

………………………………………..

       Setelah berbulan berlalu, aku dan Hanis jarang berhubung. Masing-masing sibuk dengan pembelajaran masing-masing. Hanya sesekali saja Hanis menghantar mesej untuk bertanya berkenaan kesihatan ibu aku. Sejujurnya, ingin saja aku menghantar mesej setiap hari kepada Hanis. Aku rindu dan sedih. Aku tidak dapat mengawal perasaan aku. Kenapa Hanis dah berubah? Kenapa dia tidak lagi mesej-mesej dengan aku seperti dulu?

Malam itu,

“Assalamualaikum Aqil. Aku mintak maaf lama tak contact kau. Sebenarnya, berbulan ni aku dah joinusrah dan badan dakwah. Banyak benda aku belajar. Aku rasa seronok sangat. Cuma satu hal yang selalu menganggu fikiran aku.”

“Kenapa? Kau nak tinggalkan aku kan? Kau dah jumpa lelaki yang lebih soleh dan baik dari aku kan?!”

Hanis blue tick.

“Hanis ! Jawab Hanis !”
“Kau ingat aku ni murah sangat ka Aqil? Aku takda masa la nak carik lelaki lain. Aku bukan nak tinggalkan kau. Aku cuma nak masa yang tentukan semua. Aku nak mula jaga ikhtilat. Selama ni perhubungan kita salah. Sampai bila nak macam ni? Kita bawak imej Islam Aqil.”

“Tak, sekarang ni kau jawablah kau memang nak tinggalkan aku kan ! Aku cuma nak jawapan ya atau tidak saja!”

Aku menangis teresak-esak. Hanis, betul lah sangkaan aku selama ni. Kau akan tinggalkan aku.

“Aku tak nak pakai istilah ‘tinggalkan’ kau. Aku cuma nak kita sama-sama cari cinta Allah dulu Aqil.”

“Hanis, kenapa kau buat aku macam ni? Selama ni aku jaga pergaulan aku dengan perempuan lain. Aku jaga mata aku. Aku jaga hati aku. Aku jarakkan diri aku daripada perempuan apa semua untuk kau Hanis !”

“Untuk aku? Kau buat untuk aku? Sepatutnya kau buat semua ni untuk Allah. Bukan untuk aku !”

“Aku buat untuk Allah, tapi bersandarkan pada kau Hanis. Tolonglah faham.”

“Maafkan aku Aqil.”

 Hanis block aku dalam Whatsapp.

      Berhari-hari aku tunggu mesej daripada dia. Aku cuba menghubungi dia namun hanyalah peti suara yang masuk. Aku berasa sangat kecewa dan sedih. Solat aku lewatkan, surau aku tinggalkan, kuliah aku ponteng, dan juga Al-Quran aku tak sentuh. Fikiran aku bercelaru. Perkara yang sama bermain dalam benak fikiran aku.

‘Sampai hati kau Hanis. Aku buat semua untuk kau. Sampai hati kau tinggalkan aku macam tu ja. Aku korbankan muka tak malu aku pergi jumpa mak bapak kau. Arghhh’

……………………………………….
“Bro, jom pergi masjid.” Kawan serumah aku, Hazim, mengajak aku.

“Kau pergilah dulu. Jangan kacau aku.”

      Sejak kebelakangan ni aku menyibukkan diri aku dengan bermain video game. Makan pun sehari hanya sekali itu pun kalau aku rajin untuk keluar membeli makanan. Aku tidak pernah menyuruh kawan serumah aku, Hazim untuk membeli makanan kerana dia jarang berada di rumah. Hazim seorang lelaki yang baik. Dia sangat aktif dalam badan dakwah dan jarang berada di rumah. Mungkin dia sibuk dengan pelbagai program universiti atau badan dakwahnya.

“Aqil, kau ada masalah ke? Tak nak cerita kat aku?”

“Takda apalah bro. Pergilah masjid. Nanti lewat.”

“Aku nak kau pergi dengan aku kali ni. Jom, bro? Lepas solat aku belanja kau makan chicken chop nak?”

Perut aku berbunyi tatkala mendengar perkataan chicken chop tu.

“Aduh bro ! Bunyi tu tandanya setuju lah kan?” Hazim mengenyitkan matanya kepada aku.

     Malam itu, entah mengapa hati aku tergerak untuk mengikuti Hazim ke masjid. Bukan sebab Hazim menawarkan chicken chop kepada aku, tetapi hati aku ni seperti rindukan sesuatu. Ya, aku rindukan rumah Allah.

     Sejurus selepas selesai solat Isyak, aku mula berdoa kepada Allah. Aku juga menunaikan solat sunat taubat. Aku mula menangis dan terus menangis tanpa henti.

“Aku memohon keampunanmu ya Rabb. Aku berdosa padaMu. Ampunkan hambaMu ini. Terimalah aku kembali ya Rabb.”

     Dari jauh Hazim terlihat sekujur tubuh yang sedang terinjut-injut menangis sambil berdoa. Ya, itulah Aqil, sahabat serumah yang telah lama tidak kelihatan ke masjid. Hazim tersenyum lantas air mata jernih mengalir di pipinya. Dia melangkah mendekati Aqil.
     Aku menoleh ke belakang setelah selesai berdoa. Terlihat Hazim yang sedang duduk bersila sambil tersenyum di belakang aku.

“Kau dah kenapa tersenyum-senyum belakang aku. Kau jangan, ni dalam masjid ni.”

“Haha ! Kau gila ke, Aqil ? Aku straightokay. Aku cuma rindu nak tengok kau datang ke masjid. Setelah sekian lama, tahniah bro !” Hazim menepuk bahu aku.

“Terima kasih, Hazim.”

“Sebenarnya, aku tahu apa masalah kau.”

“Masalah aku? Kau tahu? Macam mana kau tahu? Aku tak pernah cerita pun?”

“Setiap malam kau mengigau sebut nama gadis tu. Apa nama dia? Hanis?”

“Jangan sebut dah nama dia ! Meluat !”

“Bro, aku mungkin tak tahu banyak tapi aku nak cakap sikit boleh?”

“Cakap banyak pun aku tak kisah asalkan kau belanja aku macam kau janji tadi.”

“Adui, ke situ pulak kau ! Kau cintakan dia kan? Kerana apa kau cintakan dia? Adakah betul kau cintakan dia kerana Allah?”

“Kau cakap apa ni? Aku tak nak cakap pasal hal ni.”

“Bro, please…”

“Hmmm. Aku cintakan dia. Aku sangat cintakan dia. Dia orang pertama yang aku cintai. Aku tak tahu definisi cinta kerana Allah tu macam mana tapi aku nak dia jadi isteri aku. Aku nak dia Hazim. Setiap kali aku berdoa, aku takkan lupakan nama dia dalam doa aku. Aku berdoa sangat biar dia jodoh aku dan dia akan jadi isteri aku. Kau bayangkan, setiap hari bro ! Aku selalu berdoa untuk kebahagiaan dia tapi akhirnya dia tinggalkan aku macam tu ja !”

“Dia ada bagitahu kau dia tinggalkan kau sebab apa?”

“Hmm. Dia cakap dia nak masa yang tentukan semuanya. Dia nak kejar cinta Allah dulu.”

“MasyaAllah, kau tak rasa ka keputusan yang dia buat tu baik? Kalau kau kata kau cintakan dia sebab Allah, kau takkan tinggalkan ibadah yang kau buat selama ni hanya kerana dia dah tinggalkan kau. Kau jaga mata, jaga hati, jaga pergaulan dengan ajnabi, adakah disebabkan Allah? Kalau betul kau buat sebab Allah, bila dia dah takda, kau takkan tinggalkan semua tu. Kau takkan ungkit setiap malam sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Kalau kau buat sebab dia, maka bila dia dah takda, inilah jadinya. Kau mula rasa bercelaru, kecewa, sedih bahkan masjid pun kau tinggalkan.”

Aku mula menangis apabila mendengar nasihat Hazim.

“Aku sedar Hazim, aku salah. Aku salah. Aku berdosa pada Allah. Niat aku dah salah dari awal lagi. Tapi… Kau tak tahu betapa sakitnya ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Orang yang kita cintai. Aku sayang dia sangat. Waktu ibu aku sakit, aku hilang harapan, dia datang bagi semangat kat aku. Aku rasa macam dia lah penyebab aku sampai ke universiti sekarang. Bila dia dah takda, aku rasa lemah sangat. Apa aku nak buat Hazim? Aku rasa sangat kecewa.”

“Bro, redha bro. Kau kena redha. Kau nak kembali kepada Allah kan? Dia buat benda yang sama bro. Dia jugak tengah cari jalan dia kembali kepada Allah. Aku tahu aku tak pernah rasa kehilangan orang yang aku cintai, aku hanya boleh nasihat. Kau kena ingat bro, aku tak rasa benda ni jugak mudah buat dia. Dia sayangkan kau kan? Mestilah keputusan ni berat sangat buat dia tapi semangat dia nak kembali ke jalan Allah tu kau sepatutnya berbangga dicintai dan mencintai perempuan yang sanggup bertahan dengan nafsu untuk mencari cinta yang diredhai Allah. Bukan senang nak jumpa wanita macam ini.”

      Aku mengangguk lantas Hazim memeluk aku. Aku tidak dapat menahan kesedihan lalu berjurai juga air mata lelaki aku ini. Ahh ! Malu betul aku hari ini, banyak sangat menangis di hadapan Hazim. Tak macho langsung aku ! Aku mula tersenyum.

     Sejak itu, aku kembali seperti diri aku yang dahulu. Hari demi hari, aku dapat melupakan perasaan aku kepada Hanis. Antara dua cinta, aku pilih cinta Allah dahulu. Hanis? Aku tunggu kau. Aku akan selalu tunggu kau.

Bersambung...