Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday, 25 January 2013

TWMA High School.

Hyep assalamualaikum !

Accomplish or do not begin...

Waktu pertama kali masuk, I thought High School Bukit Mertajam ni sekolah macam cerita High School The Musical tu. kekeke. Ada nyanyi-nyanyi bagai. Ghupernyaa sama jaa macam sekolah lain, yang lainnya sekolah ni sekolah kawalan =)


Masa mula-mula waktu form 1 tu memang innocent laa kan. Semua kesalahan takut nak buat. Hana takkan pernah lupa waktu first time Hana jumpa Dinie kat bilik SPBT (bilik buku teks). Tanya banyak gilaa mak cikk nii, kekeke sampaikan dalam hati Hana rasa macam ' lembabnya budak ni kahkakah '. Tapi Hana salah, dia ni bukan lembab, tapi antara students yang pandai baqq hangg. Dia selalu dapat number Top 5 dalam kelas. Haishh nak kata jealous, tak jugak sebab dia baik ngan Hana =) Kami selalu gaduh, tapi berbaik balik, alaa biasalaa kanak-kanak ribena. Hana tak sangka 3 tahun berturut-turut same class with her >_< Memang jodoh kot. Hihi.

Naik form 2 yang paling teruk, Hana dah pandai nak berjatuh cinta bagai.. Macam taik jaa bila teringat balik. Ni semua sebab pengaruh hampa-hampa laa ni. LOL *nak salahkan orang pulaks* Tapi takdalaa sampai melebih-lebih couple bagai kan, hehehe. Suka menyuka jaaa sampai kena panggil dengan ustaz. LOL. Sumpah takmau ingat balik benda tuu T.T Pastu pastu, waktu form 2 yang paling best dapat men sofbol sampai kaki rosak. Kahkahkah. Haa dan waktu form 2 laaa Hana ngan Dinie start perangai Lesboo kami. Tahukah kamu apa benda tu?? Tepuk kepala tanya mulut. Kekeke.


Haaa ni naik form 3 kelas yang nih. Buruk kan? HAHA. Banyak gilaa contengan di meja namun itu tidak menjadi masalah untuk weoulls bergembira. Hehehe. Like I used to say before, form 3 laaa yang paling best sekali =) Waktu form 3 nih, budak bangunan sebelah, suka sambut birthday pastu nyanyi kuat-kuat sampai menganggu pembelajaran kami. LOL. Kadang-kadang kami pun nyanyi jugak lagu birthday walaupun di bangunan yang berlainan. Kekeke. Haa, dan waktu form 3 nih, satu kelas nyanyi kat Hana lagu Happy Birthday sebab Brandon yang mulakan dulu. Wuwuwuw. Malu dibuatnyaa tapi Hana sangat happy. Thanks to Brandon ! ^^


Banyak kenangan kat High School Bukit Mertajam. Terlalu banyaakkk sampai tak boleh nak listkan. Apa-apa pun perjuangan Hana kat HSBM sampai kat sini jaa. Perjuangan Hana harus diteruskan di tempat lain. Jyeahhh. Sebelum Hana mengakhiri semuanyaa, Hana ada pesanan kepada kawan-kawan terdekat yang selalu Hana kacau keke :

Dinie : Jadi budak yang baik, lepas ni dah takleh main lesbo2 dah. Dah takleh bermanj-manj dah dan dah takda orang yang nak tumbuk Dinie kuat-kuat. Kekeke.

Aida : Hana takkan lupa Aida walaupun kita dah bercerai. Haha. Hana takleh nak kawan balik ngan Aida sebab Hana nak carik isteri baru kat sekolah baru. Kekeke.

Baby (Ezzaty) : Bie, lepas ni dah takdak orang nak mintak belanja makan minum. Lepas ni dah takdak orang nak jerit panggil 'bieeee baaaa bii' dah kat sekolah kan. Kekeke.

Honey (Fazira) : Hon, lepas ni dah takdak orang nak jerit panggil 'honeeeeeeey' dari belakang kan. Dah takdak orang nak merengek kan kat sekolah tu. Hehehe.

Aufa : Lepas ni dah takdak orang nak carik Aufa pagi-pagi. Dah takdak orang nak peluk Aufa kat sekolah. Kekeke.

Daniel : Lepas ni dah takdak gangguan daripada perempuan laa kan. Haha. Dah takdak orang nak carik hang pagi-pagi. Wekk wekk :P

Kawan-kawan yang lain : Lepas ni dah takdak budak merapu macam Hana kan kan kan. Hihi.

Jangan diucap selamat tinggal...

#Budak2 HSBM, kita buddyzz kan? Takkan terpisah. Ingat tu. =') Till we meet again(TWMA) HSBM..
Wednesday, 23 January 2013

Rasulullah S.A.W =')

Hyep assalamualaikum !

Allahumasollialamuhammad waala alihiwasobbihi wassalam..

Once a day, tengok diri kita balik, adakah kita ingat kepada Rasulullah S.A.W? Orang yang akan bagi syafa'at kat kita nanti. Orang yang akan tolong kita nanti. Ingat tak kita kepada baginda? MasyaAllah, kadang-kadang kita lupa kepada baginda. Ya, hina sungguh diri kita ini. Sedarlah bahawa kita ni manusia yang tak reti nak bersyukur, tak reti nak kenang budi. Memang kita tak nampak pengorbanan yang Rasulullah buat semua tu, memang kita tak dapat rasa sebab kita tak wujud pada zaman Rasulullah, sebab kita tak dengar dengan telinga kita sendiri apa yang Rasulullah cakap waktu baginda dah nak meninggal. 'Ummati'

Andai kita ada pada waktu itu, baru kita sedar betapa sayangnya Rasululah kepada kita, betapa care nya baginda kepada kita, perghhh sampai nak wafat dah pun sempat sebut pasal kita. Kita ni buat apa sekarang?? DOSA. DOSA. DOSA. MasyaAllah, lagi sekali, hina sungguh diri kita. ='( Tapi Allah tu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Nabi Muhammad S.A.W pulak sangat sayang kepada kita, jadi seharusnya woulls ni ingat kepada Allah dan Rasulullah. Takpa, mungkin kita leka dulu, tapi lepas nii kita kena sentiasa ingat dan ingat, barulah Allah tak murka dengan kita, barulahh Rasulullah tak sedih tengok kita =)

Sempena Maulidur Rasul ni, Hana nak peringatkan diri sendiri dan jugak kawan-kawan di luar sana.. Sama-sama kita sentiasa berselawat kepada Rasulullah. At least paling kurang pun sehari, selawat lah 3 kali untuk kita peringatkan diri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kalau lebih lagi baik. InsyaAllah, Hana pun akan sama-sama ingat !

So, mari kita refresh otak kita pasal biodata Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin ada yang dah lupa, takpun ada yang masih ingat, takpaa baca lagi sekali nak refresh haa, tak salahkan? =)

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M ( known as Tahun Gajah: sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Makkah. )
Tempat Lahir : Makkah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Haa ni serba sedikit berkenaan Rasulullah, kalau dah boleh hafal nama mak pak gepren boypren uolls tu, kenapa biodata Rasulullah tak boleh nak hafal pulak? Haa haaa, jangan kasik alasan kosong-kosong. Tepuk kepala tanya mulut. ^_^

#Esok yee Maulud Nabi, tapi saja buat awal sebab tak pergi sekolah ni, hihi takdek keja. =)
Sunday, 20 January 2013

Permata Pintar.

Hyep assalamualaikum !

Esok secara rasminya, Zafirah akan diiktirafkan sebagai pelajar Teknik Tunku Abdul Rahman Putera which means esok dan hari seterusnyaa jugak I'll be absent from twitter, facebook and blog =) So if Im not around, don't ask me whyy!! *sapalaa jugak en nak carik Hana. Hihihi

Oke, harini Hana nak share something kat uolls. Korang pernah dengar tak about 'Permata Pintar' ??? I bet ada antara uolls yang pernah dengar dan ada yang memang tak tahu langsung apa itu permata pintar. Ok then, let me tell uolls pasal benda nih. Hana bukan nak promote ke apa ke, but kalau korang nak future yang cerah, just stay there and read my entry =)

Alright, what is Permata Pintar?

'Macam pernah dengar ahh, yang ujian pelik-pelik tu kan.. '

'Kejadah apa tuuu? O.o'

As far as I know and benda ni atas my own research laa kan. Permata Pintar ni bagi yang tahu, people will say 'ohh ujian IQ tu ehh' Yes it is but ia bukan sahaja ujian IQ semata-mata. Ujian ni akan dijalankan setiap tahun melalui webnyaa yang tersendiri,  http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/bm/ from awal February until bulan May if Im not mistaken. Ikutlaa setiap tahun dia nak bagi tarikh bila sampai bila uolls boleh buat exam tuu. Permata Pintar ni bawah UKM if im not mistaken and ujian ni sangat susah except for those who're really rajin to think and think and think. Ok enough.

Taken by me (TBM). Yesterday at The Mesyuarat PIBG. 

Exam ni bila uolls dah habis buat then dia ada saringan untuk ke ujian seterusnya iaitu UKM 2. Yelaa nama ujian tu ujian UKM 2 lee. Yang first tadi tu mula-mula ujian UKM 1. Ujian yang first tadi tu korang duk umah relaks-relaks bukak laptop atau komputer dah boleh jawab tapi untuk ujian seterusnya uolls kena buat ujian tu kat sekolah lain. Depand laa mana-mana sekolah diorang nak kasi korang buat exam kedua ni. Haa bukan senang nak lepas ujian pertama, so kalau korang ditawarkan ke ujian kedua tu kira Alhamdulillah laa, rezeki kan. Haa lepastu ujian kedua pun susah jugakk nak lepas.

Kalau korang dapat melepasi ujian kedua tu, korang akan ditawarkan untuk ke Program Perkhemahan Permata Pintar at UKM, Bangi. Haa, kem ni selalu diorang buat dalam bulan 11 bila start cuti sekolah tu. Haa kat sini adalaa diorang buat apa-apa aktiviti yang menarik kat uolls. Haa, bila dah ada kat sini, bagi pelajar form 3, uolls akan diberikan ujian untuk ke sekolah Permata Pintar ni haaa. Hana lupa nak bagitahu, students yang boleh amik exam ni daripada umur 15 ke bawah jee. So bagi yang pass untuk exam masuk ke sekolah ni, memang untuglaah korang.

Dewan makan diaa. Macam pi dinner hotel jaa. Perghh. *jelly belly* (TBM)

Sekolah Permata Pintar ni sekolah special. Yeaa, special laa sangat~ Kekeke nampak macam jealous je kan Hana nii. Yelaa Hana buat exam tu tak lepas :P Sekolah ni memang kalau nak cakaplaa kan, budak-budak pandai jee. Memang gred diorang punya exam pun tinggi-tinggi. Jadi bila dah sekolah kat sini, jadilah budak yang rajin belajar, kalau setakat belajar last-last minute tuu haa habislaa korang. Bagi students yang pandai, diorang akan hantar ke US, California dan sebagainya. Perghh sila nganga luas-luas. Caihh. Bagi yang tak dapat keputusan yang perghh dalam SPM, diorang still duduk dapat masuk UKM so diorang takyah risau laa en. Untunglaa.

My family.Cantik sekolah diaa =) Hana takda keke. (TBM)

Sekolah ni macam universiti. Fon, laptop, PSP, gadget-gadget kejadah semua tuu memang dibenarkan bawak. So takyah risaulaa uolls yang anak manjaa ni. Keke, nak call mak hari-hari pun tak kisah. =3 Apa yang Hana nak cakap kat sini, bagi korang yang baru tahu or memang dah lama tahu, buatlaa sungguh-sungguh untuk masuk jadi anak-anak Permata ni. Haa especially for muslims yang berbangsa Melayu, korang harumkan nama Islam dan nama anak Melayu dalam kejayaan haa. Hana dah tak boleh join exam ni because dah dua kali Hana try still tak berjaya.

Macam mana Hana tahu nii? Jyeaa, my brother is one of the Permata's students =) He told me everything so jangan lepaskan peluang yang ada nii. ^_^ Macam promote pulak. HAHA memang pun, nak suruh anak-anak Melayu ni bangkit dan amik peluang ni selagi uolls mampu. Pejuangkan Islam dengan kejayaan ilmu yang ada.

#Perghh panjang mempromote. Ade gaji tak abang hoii? Kekeke.

NOTIS BARU UPDATED ON 13/2/2017 : banyak peraturan baru yang dah ditetapkan dalam PERMATA PINTAR, jadi jangan terkejut kalau post Hana lain daripada yang korang akan alami nanti ye.
Thursday, 17 January 2013

Journey =)

Hyep assalamualaikum !

Add maths makin lama makin bertambah rumit tapi alhamdulillah berkat doa penerang hati boleh catch up jugak walaupun agak lambat. Tadi Hana balik lambat, pergi jumpa cikgu Normah dan mintak cikgu ajarkan add maths lagi sekali. Nak buat macam mana dah otak kesayanganku tiba-tiba 'blank' bila tengok soalan. Huhu.

Hari demi hari ku menanti sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang sangat sukar untuk diperolehi namun itu tidak langsung mematahkan semangatku untuk terus percaya dan yakin dengan takdirNya ='). Keep believing. Akhirnyaa... SubahanaAllah !



I got tawaran from the school that I applied before. Auuh, orang lain semua dapat sekolah yang diorang tak mintak tapi Hana sorang ja dapat sekolah yang Hana mintak. Ahaks, memang rezeki ku di sana mungkin. Rasa nak jerit kegembiraan pun ada sebab akhirnya dapat jugak keluar dari high school dan pergi ke sekolah yang lebih baik. Allahu. Hana sorang ja dapat sini. Nampaknyaa kena mulakan kehidupan baru dengan kenalan baru. Ohya, Hana baru tahu yang kawan lama Hana waktu sekolah rendah, namanya Alya Farzana. Dia pun dapat Sains Mahommad Jiwa. Good then, at least there is someone yang Hana kenal. Awwr.

Right now, semua orang dah nak pindah except for my wives. Masih meneruskan pelajaran kat high school. Hana, Zafirah, Aqilah, Elya, Huda, Fatin Asmida and many more dah nak belah. So weoulls pasti akan merindui high school. =') Anyway, this's what we call JOURNEY. Dah macam nama blog Aqilah pulak haha. Life is not a destiny. Life is a journey where we have to go through it and make it beautiful with happiness and joyful. This is my journey that had been written. Terima kasih kat semua yang selalu mendoakan Hana. Terharuu >_<

#SM Sains Mohammad Jiwa, saya datanggg. !! Peace yoo (Y)
Saturday, 12 January 2013

Zafirah Nazri.

Hyep assalamualaikum !

Hana masih ingat, pertama kali Hana tengok dia, takda apa yang ada dalam fikiran, satu ja ' Dia budak kelas 2H ' I don't know her and I don't want to. Tak terasa dalam hati ingin berkenalan dengan dia sebab dia budak kelas lain tapi kuasa Allah, kami mula berkenalan sejak masing-masing jadi pengawas sekolah. Bila berjumpa senyum sahaja dan bercakap sesama sendiri mungkin untuk hal yang penting saja.

Dia kuat berfacebook. Yeaa, selalu nampak dia dalam facebook and Hana pun jenis yang diam dalam fb, so we started to chat. I begin to know her since she asked me about everything. I like her. Dia banyak cakap, rajin hantar mesej buatkan Hana rasa, Hana diberi perhatian. And that moment, we're just friend.


Tahun 2012, bermulalah segala-galanya. Hana mula kenal bini-bini Hana dan dia merupakan salah seorang daripada bini Hana. Hihi. She's always there when I need her. Dia selalu buat bagi Hana rasa Hana tak sunyi. Al-maklumlaah, dalam fb tu, sapa lagi nak chat ngan Hana kalau bukan dia? Sapa lagi nak mesej Hana kalau bukan dia? Sapaa? Habaq kat cheq sat. :'3 Hana tahu sesuatu tentang dia, bila dia sedih, dia akan senyap. Senyap jaa. Bila orang tanya, dia kata takda apa-apa. Dia tipu ! Hana tahu ada yang tak kena.

Hana suka orang, Hana bagitau dia. Dia suka orang, dia bagitau Hana. Hana suka merengek, menangis, macam-macamaa dan dia saja yang sanggup dengar semua tu even banyak kali mungkin, benda yang sama Hana ulang, dia still sedia mendengar. Hana jahat, dia sabar. Hana pernah gaduh dengan dia tapi kami berbaik balik because I can't live without her. She's everything. Dia jelaa yang sanggup ada susah senang Hana walaupun sekarang dia just my ex wife. Hakshaks. Bini-bini yang lain pun sentiasa ada dengan Hana jangan jealous pulak tapi uolls kadang-kadang hilang. Huhuhu. Dialaa yang ada bila uolls hilang. Sapa lagi kalau bukan dia? =')


Tapi sekarang, sekarang semuanya akan berubah. Zaf nak pindah ke sekolah baru. Teknik Abdul Rahman Putra. Lepas ni, agak-agak sapalaa yang nak hantar mesej kat Hana bila hang takdak woii? Sapa nak chat dengan Hana bila hang takdak woii? Woi woi woi berjuanglaah dekat sekolah baru. Hana akan sentiasa sokong hang monyet. Always. Pesan Hana, jangan lupa Hana woii, jangan curangs dengan Ayyan hihi. Kat sana nanti Hana dah tak boleh jaga hang macam Ayyan pesan. ' Jaga Zaf HAHAHAHA ' Lepas ni hang jaga diri sendiri. Dah jadi budak asrama yankk oii. Kahkahkah. Kalau kat sana, jangan lupa call I guna public fone. Akan ku tunggu rungutan kau di sana kahkahkah. SAYANG MONYET SAMPAI BILA-BILA ! =')

Hihi. Macam entry hang nak pegi mana jaa kan. Tapi terasa kot, terasa sangat bila hang takdak nanti.
#Nur Zafirah Binti Mohd Nazri. ='D
Friday, 11 January 2013

Teknik?

Hyep assalamualaikum !

Ape khabor uolls? Sihat? Bahagia tak? Lebih kurang dua minggu dah kan masuk bulan Januari ni and Im still waiting for TAWARAN SBP. Maybe hujung bulan ni kot, tawaran untuk first intake keluar. Hana harap sangat-sangat-sangat-sangat-sangat dapat first intake. Ahaks. :3 Ok, berbalik kepada tajuk. TEKNIK.


Hahahaha. Nak tergelak tengok gambar ni. Tergelak ke? Macam-macam perasaan Hana rasa sekarang. Nak kata sedih tak. Nak kata happy pun tak. Terkilan kot. Agaklaa sebab, sebab, tak bersebab oii. Ada hikmah lettew, lagipun Hana kan tengah tunggu SBP so orang lain yang lebih memerlukan untuk ke teknik diberi peluangla. Tahniah kat sapa yang dapat teknik atau vokasional. Belajar rajin-rajin. =D

Ok dah, Hana nak masuk cerita minggu ni. Yelaa, seminggu sekali je kan update jadi Hana nak share-sharelaa walaupun tajuk tak kena. Kekeke. Hana ada dua benda yang Hana tak suka nak buat sejak masuk tahun ni. Firstly, kena pakai tie. Yeaa, menyusahkan jaa benda alah yang panjang ni. Huhu. Dahlaa Hana tak reti nak pakai. Bila dah ada orang tolong ikatkan, esoknya ikatan tu jadi dah tak betul. Pastu mulalaa pegi sekolah carik orang yang boleh tolong ikatkan tie. Uhuks.

Second thing, tangga bangunan Blok C yang dihuni oleh students form 4 ni diperbuat daripada papan dan saya tak suka.LOL. Hana ni dahlaa ganas. Bila naik tangga, Hana akan hentak kaki Hana kuat-kuat sebab dah terbiasa. Sebelum ni Hana naik tangga semua tanggan simen, tapi kali ni tangga papan pulak, jadi paham-pahamlaa apa akan jadi bila Hana hentak kaki kuat-kuat atas tangga papan. Confirm bunyi kuat macam nak reban. Seriously, Hana tak puaslaa naik tangga tak hentak kaki kuat-kuat. Haishh. Kekeke.

Ohyaa, Hana dah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ni. Yelaa, kehidupan tanpa bini-bini dalam kelas, kehidupan tanpa facebook dan twitter. Hana bukak fb pun kadang-kadang je la ni yela nak kurangkan rasa rindu kat kawan-kawan yang duk kat asrama tuu. Untunglaa pelajar SBP. Kekeke. Hana dah mula rasa minat kat Add maths ngan Chemist. Awwr alhamdulillah. :3 Okelaa till we meet again~

#Ya Allah, bagilaa Hana Shuhada Bt. Sarizat dapat tawaran SBP untuk first intake. Amiin yarabbalamiin. ^^
Sunday, 6 January 2013

Kehidupan baru.

Hyep assalamualaikum !

Aku tak percaya lagi akan guna matahari...-Sheila On7-

Acaner uolls? Best tak 2013? Haa? Haa? Lama kan Hana tak update, memang lama. Malas + takdak mood  + tired derr. Hana dapat kelas 4CS iaitu 4 Cemerlang Sains. Yaa 'SAINS'. Ini bermakna Hana telah mengambil keputusan untuk menghadap buku Biology, Physic, Chemist. Yaa, SAINS TULEN. Kenapa Hana cerita ni macam tak syokk jaa huhu. Hana seronok jaa amik mana-mana aliran pun tapi yang tak seronoknyaa tahun ni macam 'lain sangat'. You know like, kelas dah tak sama dengan bini-bini, facebook and twitter sunyi. Lifeless.

Aufa kelas sebelah Hana jaa, 4DS tapi bila Hana carik dia pagi-pagi mesti takdak. Selalu takdak. Masuk jaa kelas tu mesti Huda akan kata 'Aufa tak mai lagi'. Honey pulak kelas kat bawah, kelas 4FS. Bila pergi jaa mesti takdak jugak, al maklumlah honey kaki berjalan. Selalu keluar kelas ada kojer. Huhu. Baby ngan Zaf kelas account. Haishh. Seriously Hana cakap, masuk form 4 ni dah jarang sangat jumpa kawan-kawan lain. Entahlaa kelas sebelah-sebelah pun still jarang jumpa sampai kadang-kadang tak nampak langsung. Macam semua orang hilang dengan hal masing-masing. I was like double erghhh ! Mungkin sebab semua dah start sekolah pagi, jadi terlalu ramai manusia kat sekolah.


Hana sekarang kelas dengan students yang pendiam. Sad life. Aqilah kelas Hana, Aqilah my mak cik. Uhuks. Tapi dia tak duduk sebelah Hana. Its okay. Humm tapi betul Hana cakap, kelas yang Hana dapat tahun ni kelas yang diam, alhamdulillah laa nasib baik ada Kriind ngan Brandon yang kadang-kadang mengamatkan suasana kelas. Kawan yang duduk sebelah Hana namanya Fatin. Seorang yang pendiam dan sentiasa mendengar apa Hana cakap. LOL. Hana niii kan cakap banyakkk, so bila Hana bercakap jaa dia kena denganrlaa kan, hehe ke dia terpaksa dengar? Hana taktahu tapi thanks Fatin at least you buat I rasa I cakap dengan orang. :3

Homework? Banyaklaa jugak dengan nak kena study lagii. Itu takpelaa lagi cuma sekarang ni bila time Maghrib jaa, Hana akan mengenang kisah lalu. Time form 3 yang penuh dengan suka dukanya. Time bergelak ketawa dengan bini-bini iolls. Really miss those moments. Hana pun akan teringat Ayyan and Ariff. Yelaa waktu cuti bila bukak facebook ngan twitter, dioranglaa yang ceriakan Hana. Sekarang diorang dah balik asrama, dah sunyi. Sad life.

Sekarang, Hana tengah tunggu tawaran SBP. Hana sangat berharap dapat tawaran tu dan kalau boleh nak panggilan pertama. Hana dah set on mind sebelum start sekolah lagi yang Hana nak start my new life in a new school. Nak rasa kehidupan baru yang lain, bukan kehidupan baru yang cemni. Humm mungkin ni ujian Allah sebelum Hana melangkah lebih jauh. Apa-apa pun Hana tak boleh mengeluh.Yaa Hana, jangan mengeluh. Teruskan berdoaa. (Y)

#Hana rasa tu jaa yang Hana nak cakap kot. Humm.