Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday 14 December 2012

Persoalan kepada mimpi.

Hyep assalamualaikum !

Lepas ni no more facebook, twitter and ask.fm. But why? Maaf, saya takda jawapan untuk itu. Wallahualam. =)

Ok, back to the point. Mimpi ? Bila sebut ja mimpi, orang kata mimpi ni ' mainan tidur '. Tidur pun ada mainan ke? Ada jugak yang pernah cakap bahawa mimpi ni ' mainan syaitan '. Kejadahnya lagi teruk jawapan ni, saya lebih rela memilih jawapan pertama. LOL. Overall apa yang Hana boleh describe about ' mimpi ' ni ialah imaginasi kita waktu kita tidur. Ada jugak manusia yang cakap mimpi ni berlakunya apabila roh kita keluar berlegar-legar ke masa depan. Awwr, secara kesimpulannya, iolls tak dapat nak bagitau 100 percent maksud mimpi.

Ok, cukup. Sebenarnya entry kali ni bukan Hana nak jadi tukang tafsir mimpi uolls tapi Hana nak cerita mimpi yang paling kerap I ever had in my life. Jeng jeng jeng. Hana rasa uolls pun mesti pernah mimpi jugak benda nih, mimpi apaa? JATUH BANGUNAN. Tak kira laa bangunan kecik ke besor ke, tapi Hana rasa mesti antara hampa yang baca ni pernah alami mimpi ni. Bagi yang tak pernah, bentuk mimpi dia cenggini. Kita tengah syok tidur, tiba-tiba terjatuh bangunan. Awwr, something like that laa. Mimpi ni memang bagi orang terkejut gilaa sebabnya bila kita dah jatuh bangunan tu, secara automatiknya kita akan terbangun daripada tidur ataupun badan kita macam err macam terkejutlaa LOL. Mengikut apa yang Hana baca dalam google, mimpi jatuh ni sebab nak jumpa jodoh ataupun nak berkahwin tak lama lagi. Macam penipu jaa tafsiran tu. Ok, abaikan tafsiran tuttt itu.


Seterusnyaa mimpi yang Hana pernah dapat jugak dalam tiga kali, I think so. Mimpi berlakunya HARI KIAMAT. Sounds weirdkan? Yealaa, mana boleh orang imagine hari kiamat tu because kejadian tu kita sendiri tak tahu macam mana keadaan bila tibanya hari kiamat tu. Tapi, kita kan tahu dan dapat bayangkan sikit-sikit apa yang berlaku nanti macam cerita omputeh buat tuu ' The day after tomorrow ngan 2012 '. Kalau pernah tengok cerita tu maknanya korang dapat bayangkan laa sikit-sikit tapi cerita tu pembohong jaa, hero ngan heroin selamat pulak sedangkan hari kiamat mana ada orang selamatkan :P. Persoalannya kenapa kita mimpi cemni ?? Maybe ini something like petunjuk Allah supaya kita bertaubat. Mungkin Hana ada mimpi tu sebab Hana pernah leka dengan duniaa. MasyaAllah, mimpi cenggini memang menakutkan, bagi yang dah pernah rasa tahulaaa macam mana. Kekeke.


Furthermore, acecey english pulaks. LOL. Mimpi HANTU. Pernah mimpi tak hantuu? Yelaa mimpi kena kejar hantu ka apa ka. Tapi mimpi hantu ni Hana selalu mimpi Hana berlawan dengan hantu tu. Hoho. Entah macam-macam surah keluar waktu berlawan ngan hantu tu, *acecey dah macam pak ustaz yang expert uh. Hana pun taktau surah apa -__-. Lepastu bila dah mimpi hantu tu terbangun tidur mesti jadi takut. Keke. Tengok kiri kanan. Macam apaa lagii. Mulalaa duk ingat yang hantu tindih laa apalaa. Cakap pasal hantu tindih ni, pernah alami tak? Kadang-kadang ianya bukan hantu tindih kita tapi boleh jadii jugak kita mengalami ' sleep paralysis '. Amendee uh? Benda ni macam lumpuh seketika. Yea, like thatlaaa. Kalau nak tahu lebih lanjut bukak wikipedia. =3


Selain itu, mimpi BENDA YANG SELALU KITA FIKIR. Apa niii? Alaa, mimpi kengkawan laa, mimpi result PMR laa err, mimpi awekss laa and etc. Haaa, sebut pasal mimpi result PMR, orang kata kalau mimpi result teruk dapat result baik. Maksudnyaa kat sini bila kita mimpi apa-apa, in real life benda ni akan jadi opposite. Awwr. Maknanya, budak form 3 tolong mimpi result teruks baru dapat 8A cemtu arh? LOL. Takdaalaa. Karut. Huhu.

Kesimpulannya, mimpi ni mengandungi berbagai-bagai bentuk. Orang kata kadang-kadang kalau kita buat solat isthikarah contohnyaa, jawapan kepada solat kita tuu boleh dapat melalui mimpi. Haa tu Hana taktau. Tanya orang yang lebih arif soal benda-benda ni. Hee~

#Panjang pulak cerita pasal mimpi ni. Awwr =3

3 comment:

محمد رازيق said...

mimpi kena kejar hantu paling tak best. hehe. bangun je berpeluh2. hehe. salam kenal.

Hana said...

Mohd Razik :Bangun2x mesti takut nak pandang belakang. LOL. Ya, salam kenal jugak. =)

Unknown said...

y u not put your Cbox on your blog Hanaaa :O hheheheeh :b